Erdogan dikritik kerana bawa manhaj ala-barat dalam PAS

Nasrudin jawab kritikan Erdogan

Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan menjawab kritikan-kritikan kumpulan Erdogan yang menuntut perubahan besar dilakukan melibatkan pemimpin-pemimpin PAS, sekaligus mempertahankan presiden parti.Nasrudin memberikan jawapan panjang dalam blognya hari ini.

Dalam satu forum 25 Mei lalu, akademik pengkritik kuat kumpulan ulama Prof Dr Abdul Aziz Bari berkata PAS memerlukan pemimpin yang boleh membawa perubahan, merujuk kepada tokoh-tokoh Erdogan, sambil menyifatkan PAS kini seperti “gajah tanpa kepala.”

Dalam forum itu, Abdul Aziz meneruskan kritikan kerasnya menuntut Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berundur, sambil menyifatkan Abdul Hadi telah diberi marching order atau didesak berundur oleh ahli.

Ahli-ahli panel lain turut menyimpulkan bahawa apa yang dikenali sebagai kem Erdogan ialah kumpulan yang properubahan, memberi implikasi kem ulama tidak mahukan perubahan.

Sambil menegaskan perubahan perlu berhati-hati, Nasrudin juga menggesa supaya perubahan tidak didesak hanya untuk mendapatkan posisi tertentu.

Menurutnya lagi, perubahan tidak sepatutnya dituntut hanya berdasarkan rasa tidak puas hati.

“Gerakan perubahan tidak boleh bertolak dari rasa tidak puas hati, sebaliknya ia mesti berpaksi di atas kesedaran dan keinsafan yang tinggi terhadap cita-cita perubahan tersebut serta memiliki matlamat dan objektif yang jelas, tepat dan benar.”

Menurut Ketua Pemuda PAS itu lagi, perubahan juga bukan hanya mesti bermakna menukar individu tertentu, dan memberi ingatan agar perbezaan pendapat tidak mendasari tuntutan perubahan itu.

“Membawa perubahan bukan untuk menyalahkan orang selain daripada kita atau menidakkan apa yang telah dilakukan oleh orang lain untuk jamaah. Perubahan juga tidak hanya terhenti pada menukar susuk tubuh pemimpin kepada pemimpin yang lain.”

“Saya tidak prejudis dengan gerakan perubahan namun sebagai peringatan kepada semua termasuk diri saya sendiri, jika gerakan perubahan itu hanya bermula dari rasa tidak puas hati dan pertelingkahan politik serta perselisihan pendapat, saya yakin gerakan perubahan itu hanya seperti angin pantai yang meniup secara bermusim,” tegas Nasrudin.

Forum melibatkan semua moderator dan ahli panel sealiran pendapat itu menjelaskan lagi pandangan-pandangan kumpulan Erdogan dalam PAS, yang menolak label itu dengan menggantikannya dengan properubahan.

Moderator dan penganjur, Wan Saiful Wan Jan walau bagaimanapun masih tidak berpuas hati dengan kesatuan dan penegasan tuntutan Erdogan.

Dalam satu tulisannya, Wan Saiful menegaskan, “But the so-called ‘reformists’ in PAS have failed to even outline what reform they want to bring to the party. If they really want to bring reform, they should start speaking up now.”

Sumber: http://siasahdaily.blogspot.com/2011/05/nasrudin-jawab-kritikan-erdogan.html

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: