Islamis Demokrat = Erdogan dalam PAS cuba pecahbelah PAS

“(We are) no longer Islamists, but Islamist democrat” : henti keluarkan kenyataan mengelirukan tentang PAS

Tujuan atau matlamat perjuangan PAS ialah memperjuangkan wujudnya di dalam negara Malaysia sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah serta mempertahankan kesucian Islam, juga kemerdekaan dan kedaulatan negara.
Dasar yang diperjuangkan oleh PAS ialah lslam dengan seruannya ialah Allahu Akbar. Hukum tertinggi sekali dalam pegangan PAS ialah Kitabullah (al-Quran) dan Sunnah Rasul serta ljmak dan Qias yang terang dan nyata.
Kedua-dua perenggan ini adalah sedutan daripada perlembagaan PAS pindaan terkini.
Pernyataan ini cukup jelas menerangkan bahawa dasar PAS adalah Islam, sumber rujukan PAS adalah Islam, pergerakan PAS adalah Islam, perjuangan dalam PAS adalah perjuangan Islam. Dan PAS adalah sebuah gerakan Islam. Bahkan asas PAS berkawan dan bertentang berdasarkan panduan ISLAM
Dengan sebab itu, perjuangan PAS mempunyai konsep, asas dan sumber rujukan yang jelas. Sumber rujukan PAS ialah Al-Quran dan Sunnah yang jelas telah dilaksanakan oleh Rasulullah secara teori dan praktikal.Jangan pandang Islam seperti kristian. Kalau memandang Islam seperti kristian, secara langsung para akademia akan terbayang Negara kristian yang pernah tertegak di suatu masa yang jelas teokratiknya.Pandanglah Negara Islam seperti mana sistem khalifah yang pernah tertegak sebelum ini, bagaimana pembangunan yang ditinggalkan yang sampai sekarang menjadi kekaguman para pengkaji sejarah.  bagaimanan khazanah ilmu yang ditinggalkan sehingga menjadi rujukan oleh ilmuwan di zaman kini.

Ini yang ingin dibina oleh PAS samada atas nama Negara Islam mahupun Negara Berkebajikan. Inilah juga PAS yang kejap dan konsisten dengan dasarnya samada untuk berdepan dengan kawan mahupun lawan.

Semalam penulis ada terbaca keratan kenyataan terbaru Dr.Dzulkifly Ahmad yang antara lain menyebut PAS sekarang bukan lagi islamist tapi islamist democrat. Kononnya Perubahan PAS ini juga sejajar dengan perubahan gerakan Islam seluruh dunia

Dr.Dzulkifliy amat meminati istilah ini, bahkan beliau pernah mengakui bahawa beliau seorang pejuang Islam Demokrat dalam salah satu tulisannya.

Islamist Demokrat secara literalnya bermakna pendokong demokrasi yang bersifat islamik. Islamist menjadi kata sifat. Sementara Democrats adalah kata namanya. Dari sudut ini, Dr.Dzulkifly telah membuat kesilapan yang cukup besar. Secara tidak sengaja, beliau telah menukar penekanan dari Pejuang Islam kepada pejuang Demokrasi!. Istilah ini juga seterusnya meletakkan ciri islamik menjadi salah satu ciri sahaja kepada pejuang Islam. Kalau boleh tidak dianggap melampau. Penggunaan ini sama sebagaiaman Tun Abdullah Ahmad Badawi menggunakan istilah Islam Hadhari yang jelas ditentang oleh PAS.Istilah yang mengelirukan akan menghasilkan pemahaman yang mengelirukan.Sebenarnya istilah yang mengklafikasikan pekerja-pekerja Islam seperti Islamist, Reformist, Post Islamis kebanyakannya datang daripada penganalisis sosio-politik barat. Semestinya proses pemikiran mereka bersumberkan kepada perspektif bukan Islam yang tidak mahir skop keilmuan Islam. Sebagai seorang pejuang Islam, Al-Quran dan Sunnah menjadi asas dalam mengemukakan pandangan dan jalur pemikiran.

PAS memang menjadikan demokrasi sebagai perantaraan untuk mendapatkan kuasa. Bahkan PAS adalah gerakan Islam yang pertama mengambil demokrasi sebagai strategi utama untuk mendapat kuasa. Namun Demokrasi bukan menjadi dasar perjuangan, Demokrasi menjadi strategi PAS untuk melaksanakan Islam. Kalau dengan sebab Islam, PAS mengalami kekalahan, PAS rela kalah.

Dalam islam, bukan hanya urus tadbir mesti betul, tetapi perbentukan akhlak yang baik, larangan daripada berbuat perkara yang mendatangkan kemurkaan juga terdapat dalam Islam. Jangan kerana tamakkan undi, agenda sosial tidak disentuh kerana bimbang hilang undi orang muda.

Namun begitu, bukan bermakna PAS tidak bersifat nasional. Bahkan PAS sudah lama bersifat nasional (cintakan Negara). Ini dibuktikan semenjak awal penubuhan tanah melayu, PAS bersama-sama terlibat dalam membincangkan perlembagaan persekutuan. Bahkan sebelum itu, lagi pejuang PAS terlibat dalam menuntut kemerdekaan Negara.

Menyebut Islam democrat akan lebih mengelirukan ahli dan penyokong PAS yang majoritinya terdiri dari orang melayu. Ini juga akan lebih menggambarkan PAS telah lari dari dasar perjuangan kononnya apabila terlampau ingin mendapatkan kuasa.Bagi penulis, Dr.Dzulkifly tidak boleh lagi mengeluarkan kenyataan yang berbentuk dasar bagi mewakili PAS. Cukuplah dengan pandangan kontroversi sebelum ini seperti orang bukan Islam boleh dilantik menjadi timbalan presiden PAS, Hudud tidak sesuai dilaksanakan buat masa sekarang dan sebagainya.PAS adalah sebuah gerakan Islam. Bukannya sebagai tempat untuk melaksanakan politik Islam. Semata-mata. Kecuali kalau ANDA memang bersikap demikian.

Jangan kerana ANDA, PAS menjadi rosak.

Kenyataan Ulamak Pelapis. Rujuk Sini
Kenyataan Dr.Dzulkifly. Rujuk Sini
Teruskan Perjuangan
…Bekerja Untuk Islam…
8.40 petang ; Bandar Baru Bangi
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: