Islamis Demokrat: Fahaman Baru Ciptaan PAS?

Islamis Demokrat: Agama Baru Ciptaan PAS?

jejarikami | 13:00 |

“Kami bukan lagi Islamis, tetapi Islamis Demokrat,” begitulah kenyataan Dr Dzulkefly Ahmad, Pengarah Penyelidikan PAS Pusat seperti dilaporkan Mkini dotcom yang turut disalinkan ke laman peribadi beliau, drdzul.com dan dipetik oleh AIDC.

Dengan menyebut ‘kami’, maka Dr. Dzul semestinya merujuk kepada PAS, iaitu parti yang diwakilinya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi ahli forum “A Rising Economic Tide that Lifts All Boats” anjuran REFSA (Research For Social Advancement) pada 17 September di Publika, Solaris Dutamas, Kuala Lumpur.   Turut sama berforum bersama Dzulkefly adalah Nurul Izzah Anwar (PKR) dan dua wakil DAP, Liew Chin Tong dan Dr Ong Kian Ming.

Menjelaskan istilah Islamis Demokrat, Dr. Dzul berkata ia adalah sealiran dengan pendirian gerakan Islam seluruh dunia yang berubah-ubah di mana kini telah beralih dari “doktrin Negara Islam” kepada doktrin lain yang lebih mudah difahami oleh masyarakat umum.

Kenyataan Dr. Dzul tersebut telah ditempelak oleh sebuah laman web pro-PAS, tranungkite, tetapi selain dari itu, tiada langsung kenyataan rasmi dari kepimpinan tertinggi PAS mengenainya.

Justeru, tidak salah rasanya jika kita mengandaikan yang Nik Aziz serta Hadi Awang juga merestui fahaman atau pendekatan Islamis Demokrat ini?

Ingatkah lagi tentang bagaimana istilah Islam Hadhari yang diperkenalkan oleh Tun Abdullah Badawi telah dipertikai dan digoblokkan oleh PAS sebagai agama baru yang menyalahi ajaran Islam?  Sedangkan, Islam Hadhari hanyalah satu konsep yang membawa masyarakat Islam kembali kepada asas Al-Quran dan Sunnah dalam kehidupan seharian dan bukannya agama baru, serta tidak pula bertentangan dengan ajaran Islam.


Tetapi, bagaimana pula dengan Islamis Demokrat?

Demokrat atau demokrasi, mengikut pandangan barat yang juga dipegang oleh Anwar Ibrahim sepertimana yang terbukti dalam ucapan-ucapannya, adalah termasuk di dalamnya kebebasan (freedom/liberty), hak asasi manusia (human rights), ekonomi pasaran bebas (free market economy), ketelusan dan kebertanggungjawaban (Governance and Accountability).

Tentu sekali, demokrasi yang didokong oleh Anwar ini adalah tidak sama dengan demokrasi yang diamalkan di Malaysia kerana itu Anwar sering melaungkan memperjuangkan demokrasi walaupun negara ini telah termaktub sebagai mengamalkan demokrasi.

Demokrasi yang diperjuangkan Anwar mengikut perspektif barat adalah melampaui batas-batas ketamadunan yang dibawa oleh Islam.  Kebebasan bagi Barat membawa makna yang manusia tidak perlu terikat kepada peraturan dalam mengekspresi diri walaupun ia membawa keburukan kepada orang lain dan diri sendiri.  Contohnya, menyebar bahan lucah dan hasutan juga termasuk dalam kebebasan bersuara.

Begitu juga dengan ‘hak asasi’ bagi Barat, di mana ia merangkumi hak untuk tinggal serumah tanpa nikah atau mengamalkan seks bebas, malahan luar tabie asalkan ianya berdasarkan suka-sama-suka.

Oleh itu, di manakah PAS meletakkan partinya dalam Demokrasi ini?   Lebih-lebih lagi apabila Dr. Dzul sendiri menyatakan yang PAS bukan lagi ‘Islamis’ tetapi perlu disebut sebagai ‘Islamis Demokrat’?

Bagaimana Islam boleh digabungkan dengan demokrasi ala barat atau Anwar Ibrahim, sedangkan kedua-duanya amat bertentangan sepertimana bertentangannya prinsip PAS dengan DAP? Tentu sekali, seperti juga kerjasama antara PAS dengan DAP, salah satu pihak perlu beralah bagi membolehkan kerjasama tersebut direalisasi.  Untuk itu, PAS telah mengalah dengan menggadaikan prinsip Negara Islam.

Maka dalam soal Islamis Demokrat juga, salah satu fahaman perlu dilonggarkan atau digadaikan terus bagi membolehkan ia dipraktikkan.  Justeru, apakah PAS bersedia melonggarkan fahaman Islam dan menerima kebebasan dan hak asasi ala barat?

Ini adalah persoalan besar dan kepimpinan PAS tidak boleh hanya berdiam diri dan membisu mengenainya.  Pemimpin PAS punya tanggungjawab terhadap agama dan penyokong mereka untuk menjelaskan perkara ini serta mengambil pendirian yang pasti.

PAS tidak boleh bersekongkol dan merelakan Anwar menjadi pemimpin tertinggi tetapi menafikan yang turut mendokong fahaman demokrat.   PAS perlu memilih menjadi Islamis atau Demokrat tetapi tidak mungkin dapat menjadi kedua-duanya sekali.

Islamist Democrat: PAS’s New Religion?

“We are no longer Islamists, but Islamist Democrat,” that was the statement made by Dr Dzulkefly Ahmad, PAS’s Research Director, as reported by  Mkini dotcom which was also published at his own personal website, drdzul.com and quoted by AIDC.

By mentioning ‘us’, Dr. Dzul definitely referred to PAS, the party which he represents.

He made the statement as he became one of the forum members for “A Rising Economic Tide that Lifts All Boats” hosted by REFSA (Research For Social Advancement) on September 17 at Publika, Solaris Dutamas, Kuala Lumpur. Those who joined him at the forum include Nurul Izzah Anwar (PKR) and two DAP representatives Liew Chin Tong and Dr Ong Kian Ming.

Explaining the Islamist Democrat term, Dr. Dzul said that it is in line with the stand on Islamic organization around the world which often changes and now has moved from ‘Doctrine Islamic Country’ towards other doctrine so that it could easily be understand by general public.

His statement was then criticized by one of pro-PAS’s website, tranungkite, but other than that, there are no other official statement coming from PAS leaders.Thus, it is not wrong if we assume that Nik Aziz and Hadi Awang agree with the understanding and this Islamist Democrat move?Remember how the concept of Islam Hadhari which was introduced by Tun Abdullah Badawi was questioned and criticized by PAS as a new religion and that it goes against Islamic teachings when the fact is that Islam Hadhari is just a concept that brings all Muslim community towards the basics of Al-Quran and Sunnah into their daily life and not a religion, and it does not go against Islam.
But what about Islamist Democrat?

Democrat or democracy, according to Western understanding which is also used by Anwar Ibrahim like what was proven in his speeches such as freedom/liberty, human rights, free market economy and governance and accountability.

Obviously, the democracy which Anwar believes is different with Malaysian democracy and that is why Anwar would often fight for his own democracy even though this country practices the same concept.The democracy which Anwar believes in follows the Western perspective where everything goes against the civilization which Islam has brought. Freedom for the West brings the meaning where no one is bound to any rules in expressing themselves even though it would harm themselves and others. For example, spreading explicit materials.The same thing goes to its human rights where it covers the rights where one could live together without having to be married and they can have free sex, just as long as it is mutual.

Where would PAS put themselves in this Democracy matter? Especially when Dr. Dzul himself stated that PAS is no longer Islamists but it needs to be mentioned as Islamist Democrat.

How can Islam be mixed into the type of democracy which Anwar believes in, when both of them are different with the principal which both PAS and DAP has?

Even in the matter of Islamist Democrat, one of the understandings would have to be eased so that it could be implemented. Thus, would PAS be willing to ease Islamic understanding and accept the style of freedom and rights from the West?

PAS cannot let Anwar become its leader but refuse to accept his concept. The party would need to choose whether they want to be Islamists or Democrat but they can never have both.

Sumber: http://jejarikami.blogspot.com/2012/10/islamis-demokrat-agama-baru-ciptaan-pas.html

548396_427485750706516_2041442157_n (1)

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: