Kemenangan Yang Tertangguh (KYT) kerana pimpinan PAS?

SESAT ATAU GORENG ???

“KESESATAN BUKU KEMENANGAN YANG TERTANGGUH OLEH HASBIE MUDA”

Saya telah meneliti penulisan Hasbie Muda (HM) di dalam buku Kemenangan Yang Tertangguh (KYT). Saya pada mulanya rasa kagum dengan beliau kerana ramai juga orang menyebut anak muda yang buat analisa PRU.

Setelah saya meneliti, saya dapati buku beliau tiada nilai tambah yang baru kerana semuanya bukan analisa, bahkan hanyalah dalam bentuk copy paste data, bukan analisa.

Setelah baca lanjut, saya temui banyak perkara yang bukan sahaja tidak berfakta tetapi boleh mengelirukan dan merosakkan persepsi pas dan ‘menyesatkan’ pembaca.

Antara point yang boleh merosakkan persepsi ialah kenyataan yang berunsur fitnah apabila beliau menyebut: “Apa yang menjadi masalah adalah konsep apabila konsep ini (kepimpinan ulama) disalahgunakan oleh segelintir individu dalam parti untuk menjadi pemimpin. Ada pemimpin yang tidak kompeten tetapi dilantik menjadi pimpinan hanya semata-mata kerana dia berada dalam jalur ulama.” – M/S 130.

Isunya, siapa, apa bukti penulis menuduh sedemikian rupa? Tanpa bukti dan menyebut siapa, maka itu adalah fitnah. Lebih teruk fitnah ini dalam bentuk bertulis.

Antara point yang boleh merosakkan (menyesatkan) pemahaman pembaca ialah: “PAS adalah parti yang sangat berpotensi kerana dasarnya adalah Islam. Namun mempunyai semata-mata dasar islam tidak menjamin parti ini menang pilihanraya seterusnya memerintah negara. Perubahan adalah sangat penting jika parti ini mahu memimpin Malaysia.”

Kekeliruan HM ialah dasar islam dan perubahan adalah dua perkara yang berbeza. Mustahil ada dasar islam tetapi tiada perubahan ke arah kebaikan. Jika pisahkan dasar islam dan perubahan ke arah kebaikan, maka itu adalah pemikiran sekular. Tambahan pula, jika ini ditujukan kepada PAS, maka ia adalah satu lagi fitnah seoalah pAS hanya ada dasar islam, tetapi tidak membawa perubahan. Saya minta bukti daripada HM, mana dasar Islam yang tidak bawa kepada perubahan? Ini bukan sahaja fitnah terhadap PAS , tetapi sudah melampau sehingga cuba menggambarkan bahawa ‘dasar islam tidak boleh membawa perubahan.” Kalau dasar islam tidak membawa perubahan, itu bukan dasar islam. Saya berani cabar HM bawa bukti contoh dasar islam PAS yang tidak membawa perubahan.

Antara fitnah lagi ialah beliau menyebut: “Amatlah malang jika individu dalam parti yang berpotensi dicantas dan dibuang manakala individu yang kurang berkebolehan masih diberikan ruang dalam barisan kepimpinan”. seterusnya HM menyambung: “Pada hari ini, sesetengah ahli PAS sudah menjadi sangat takut untuk membiarkan seorang yang berkebolehan untuk menerajui parti hanya semata-mata orang itu dilihat berbeza pendapat dalam beberapa perkara” – m/s 125.

Soalan saya, siapa yang buat begitu di dalam PAS? Siapa yang berpotensi yang dicantas? Siapa yang kurang berkebolehan masih diberikan ruang? Apa perkara yang berbeza yangmenjadikan mereka disingkir? Jika berbeza itu dalam perkara usul atau furu’?

Jika dibiarkan tulisan HM tanpa fakta dan bukti, maka itu adalah fitnah. Fitnah yang jahat kerana ia bukan fitnah idividu, tapi fitnah parti yang ingin menegakkan Islam.

Itu adalah sebahagian kecil contoh fitnah dan tohmahan yang tidak berfakta. Apa yang lebih malang ialah, saya telah beberapa kali ingin berhujah dengan beliau di dalam FB beliau, tetapi komen dan ulasan saya didelete. Inikah sikap seorang yang konon-kononnya berani dan benar?

Kesimpulannya, saya mempertikaikan buku tersebut dari segi:
1. Bukan sebuah buku analisis sebagaimana yang disebut, tetapi hanya copy and paste data dalam akhbar dan website SPRM.

2. Loci Standi beliau menyebut dan membuat rumusan terhadap isu-isu dalaman PAS sedangkan beliau bukan orang yang mempunyai jawatan penting parti. Jadi, sumbernya adalah sekunder dan tiada nilai Ilmiah. Kecuali jika ia menyebut atau memetik dari sumber yang primer seperti: “menurut temubual saya dengan Dr. Dzulkifli Ahmad di Pejabat Agong PAS, beliau menyebut bahawa ada individu dalam parti yang berpotensi dicantas dan dibuang manakala individu yang kurang berkebolehan masih diberikan ruang dalam barisan kepimpinan”. Baru poin tu kuat. Jika setakat bercerita tanpa sumber, maka itu adalah sekunder dan tiada langsung nilai ilmiah bahkan dah jadi tahap fitnah sebab ia melibatkan tuduhan buruk terhadap parti.

3. Jadi seperti ahi nujum yang konon-kononnya PR menang PRU13 tetapi tertangguh sebab bla bla bla. Jadi ini bercanggah dengan akidah yang PAS dan orang islam keseluruhannya pegang bahawa timing menang kalah adalah milik Allah, bukan milik HM.

Sekali lagi saya lahirkan kekesalan sebaga HM delete saya punya komen dalam FB beliau. Berani tuduh berani jawab.

Sekian.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: