Polemik Kepimpinan: Khalid Samad dan Hasbie Muda Bersekongkol Memburuk-burukkan Pemimpin Tertinggi PAS

Polemik Kepimpinan: Khalid Samad dan Hasbie Muda Bersekongkol Memburuk-burukkan Pemimpin Tertinggi PAS

Seorang penulis baru iaitu Hasbie Muda (HM) yang mula bertapak mendapat reaksi tidak senang di kalangan ahli Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Reaksi ini menjadi runcing apabila Yang Berhormat Khalid Samad (KS) melalui wacana buku menghentam kepimpinan tertinggi PAS di Melaka.

Hasbie Muda mendapat tekanan apabila Ust Azhar Klang (Azhar) mengkritik tulisan HM kerana didakwa buku tersebut lebih kepada fitnah berbanding fakta. Fakta Hasbie Muda hanya tertumpu kepada keputusan Pilihanraya Umum 13 sebagai medan menfitnah ulama PAS sebagai tidak kompeten dan lemah. Rumusan buku itu hanya ingin menfitnah dengan memburuk-burukkan ulama semata-mata.Sedangkan orang yang bertanggungjawab merancang Roadmap Putrajaya langsung tidak dianalisa oleh Hasbie Muda.
Fitnah Hasbie Muda ini disambut baik oleh Khalid Samad. Tayangan video YouTube beralamat :

menjadi bukti kritikan terang-terangan terhadap kepimpinan tertinggi PAS. Video YouTube ini mendapat reaksi kurang senang dari kalangan ahli PAS. Kritikan terhadap Khalid Samad semakin ketara kerana bukti kritikan Khalid Samad terhadap pimpinan di luar program parti tentu sahaja dilihat sebagai serangan memburuk-burukan pemimpin lain.

Dakwaan kritikan membina ini jauh meleset kerana ia bukan bentuk nasihat tetapi merangsang dan menanamkan perasaan kurang enak di kalangan ahli PAS.

Namun, Hasbie Muda tidak memahami dengan baik kritikan-kritikan terhadap Khalid Samad ini. Malah, Hasbie Muda mempertahankan dua dakwaan Khalid Samad iaitu kritikan Khalid Samad tentang amalan sahabat Al-Habbib bin Al-Munzir dan ketaatan terhadap Majlis Syura Ulama bukan qati’e dalam agama. Sikap Hasbie Muda yang berpihak terhadap Khalid Samad tanpa melihat impak negetif terhadap PAS, mengundang perasaan marah di kalangan ahli.

Sebenarnya, kritikan Khalid Samad tidak boleh disamakan dengan sahabat baginda S.A.W, Al-Habbib bin Al-Munzir yang mencadangkan kepada nabi kedudukan ketumbukan tentera Badar ke arah kawasan mempunyai perigi. Banyak perbezaan antara kritikan Khalid Samad dan sahabat Rasulullah iaitu:

1. Khalid Samad mengkritik sesuatu yang lepas tragedi. Manakala Al-Habbib mencadangkan tindakan yg perlu utk masa depan.

2. Khalid Samad mengkritik dan memburuk-burukkan pemimpin. Al-Habbib pula tidak memburuk-burukkan pemimpin.

3. Al-Habbib mencadangkan untuk strategi dan manfaat tentera Islam. Khalid Samad pula mengkritik untuk memburuk-burukkan tentera Islam bagi manfaat segelitir puak.

4. Al-Habbib tiada maksud kritik, berdebat dan menjatuhkan kepercayaan pemimpin. Khalid Samad mempunyai maksud mengkritik, berdebat dan menjatuhkan kepercayaan kepada pemimpin.

5. Cadangan Al-Habbib adalah berjumpa secara bersemuka dan tertutup. Khalid Samad mengkritik dalam keadaan tidak berjumpa dengan mangsa kritikan dan terbuka kepada ahli dan bukan ahli PAS.

Rumusan, tujuan Al-Habbib adalah baik, sebaliknya tujuan Khalid Samad adalah jahat iaitu menjatuhkan kredibiliti kepimpinan ulama.

Hasbie Muda juga menyokong kritikan Khalid Samad yang mengatakan ketaatan kepada Majlis Syura Ulama (MSU) adalah tidak qat’ie. Padahal, nas-nas Al-Quran dan Al-Sunnah secara qat’ie samada dari segi periwayatan dan makna adalah qat’ie menyebut ketaatan kepada pemimpin adalah wajib. Walaupun ketaatan kepada pemimpin tidaklah mutlak, ketaatan kepada pemimpin tertinggi adalah wajib selagi tidak mengarahkan kemaksiatan dan bercanggah dari agama. Isu ketaatan kepada Majlis Syura Ulama (MSU) menimbulkan persoalan: kenapakah Khalid Samad tidak menghormati dan mendengar atau taat kepada MSU? Walaupun arahan bukanlah wahyu, ketaatan kepada kepimpinan tertinggi adalah wajib. Hakikatnya, pandangan Khalid Samad yang dilontarkan kepada umum merosakkan struktur organisasi parti jikalau tiada ketaatan ini dicanang. Rumusannya, menolak ketaatan gara-gara arahan pemimpin bukan taraf wahyu adalah berniat jahat menjatuhkan taraf Majlis Syura Ulama dari kepimpinan PAS.

Hasbie Muda dan Khalid Samad seharusnya berhenti menjadi ULAR DAUN yang membelit-belit menegakkan benang yang basah. Kesemua usaha-usaha ini menampakkan tembelang buruk dan kejahatan di sebalik kata-kata mengikuti sunnah sahabat dan pemahaman agama. Sudah tiba masanya Hasbie Muda dan Khalid Samad menilai kembali akhlak berjemaah. Koreksi kembali nilai seorang ahli parti yang sepatutnya mengorbankan diri dan segenap keupayaan untuk kebaikan parti.

Akhir pesanan kepada Hasbie Muda, jangan jadi budak jahat untuk bersengkokol dengan orang yang mempunyai niat jahat untuk menumbangkan kepimpinan ulamak. Adakah ini yang dilaungkan oleh Hasbie Muda suatu perubahan???

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: