Blind Spot disebalik fitnah Amin Iskandar – Zaharudin Muhammad

AUGUST 01, 2013 http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/blind-spot-disebalik-fitnah-amin-iskandar-zaharudin-muhammad

Dua tiga hari lepas banyak mesej sama ada sms, whatsapp, pm facebook bertanyakan komen tentang tulisan Amin Iskandar (AI) di dalam The Malaysia Insider (TMI). Saya tidak berkesempatan untuk meneliti satu persatu sehinggalah semalam. Kebetulannya, ada wartawan TMI telefon untuk temuramah dan saya bersetuju pada peringkat awalnya, tetapi saya menarik balik persetujuan tersebut selepas membaca surat layang tidak bertanggungjawab atas nama Muhamammad Abdullah kerana melihat hilangnya profesional pada portal TMI.

Mana bukti kekalahan PR di DUN Kota Damansara disebabkan PAS bertanding?

Kekalahan Pakatan Rakyat di DUN Kota Damansara bukanlah di sebabkan PAS bertanding. Congakan AI bahawa 7,312 undi yang diperolehi oleh PAS akan pergi kepada PSM adalah congakan yang tidak berasas. Kenapa pengundi PAS, PKR melayu dan masyarakat awam berjumlah 7,312 undi tidak memberikan undi kepada PSM dalam keadaan mereka dimaklumkan PAS tarik diri dan billboard calon PAS dipatahkan? Ini kerana, sebahagian daripada 7,312 undi tersebut adalah undi protes terhadap PSM atas sebab-sebab yang bagi saya tak sesuai untuk saya sebutkan secara awam kerana maklumat seperti ini akan menguntungkan UMNO. Sebagai contoh, sewaktu pagi sabtu, selepas saya menyampaikan kuliah subuh di Kota Damansara, saya di datangi oleh dua orang pengundi dan bertanya: adakah betul PAS tarik diri? Saya kata tidak. Mereka memberi respond: “ohhh… nasib baik saya tanya ustaz, kalau tidak saya akan sokong BN.” Pagi itu 2 orang bertanya saya soalan yang sama. Saya ada data dan fakta lain yang menunjukkan bahawa 7,312 ribu ini belum tentu akan menyokong PSM jika PAS tidak bertanding.

Perlu diketahui, pengundi Kota Damansara bukan pengundi kampung yang samada tegar PAS atau UMNO. Bukan akan sokong Pakatan Rakyat tanpa melihat siapa dan parti mana. Mereka adalah pengundi educated yang menilai setiap inci pergerakan calon dan parti. Pihak yang menyatakan PAS khianat di Kota Damansara hanyalah Khalid Samad dan kumpulan kecil yang saya sebutkan tadi. Sebab itu sampai sekarang Khalid Samad tidak menjawab isu ‘APA YANG DIMAKSUDKAN DENGAN PENGKHIANATAN OLEH YB KHALID SAMAD? ’?

(rujuk: https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=590879797609126&id=312456128784829).

Jika hanya disebabkan PSM, kenapa PKR dan DAP tidak dianggap pengkhianat juga? Justeru mereka juga bertanding 3 penjuru lawan PSM. Kenapa hanya Kota Damansara?

Untuk membuat kerjasama dengan PSM, PAS mempunyai prosedurnya. Tahaluf siasi dengan mana-mana parti perlulah melalui proses kelulusan Majlis Syura Ulama terlebih dahulu kerana ia melibatkan dasar parti. Ia tidak boleh sewenang-wenangnya diputuskan oleh perunding parti seperti Khalid Samad kerana status mereka adalah eksekutif parti atau pelaksana dasar yang telah diputuskan oleh Majlis Syura Ulama. Perlu diketahui bahawa PSM yang baru wujud selepas PRU 12 belum lagi di bawa ke Majlis Syura Ulama untuk mendapat kelulusan. Kedudkan PSM belum di bawa ke peringkat Majlis Syura Ulama disebabkan perbincangan terakhir Majlis Pakatan Rakyat dan AJK PAS Pusat sendiri tidak menerima PSM sebagai anggota Pakatan Rakyat. Maka, jika ada mana-mana individu di kalangan AJK PAS Pusat, sama ada secara individu atau sekalipun atas nama perunding kerusi bagi pihak PAS, sebenarnya tidak berautoriti untuk membuat keputusan menerima atau menolak Tahaluf Siasi diantara PAS dengan PSM. Jadi tiada istilah pengkhianatan di Dun Kota Damansara kecuali oleh mereka yang berusaha membuat kerjasama dengan PSM sebelum mendapat keputusan daripada Majlis Syura Ulama.

Jika Amin Iskandar mengaitkan saya dengan Khairi dan mentuanya Pak Lah, saya memang nak tergelak sebab menimbulkan persoalan siapakah Mahathirnya dan siapakah Najibnya? Lebih serius daripada itu ialah, adakah tulisan Amin Iskandar ini adalah susur galur cubaan menjatuhkan Tuan Guru Presiden oleh “Mahathir PAS” sebagaimana Mahathir UMNO pernah jatuhkan Pak Lah? Jadi, siapa ‘Najib PAS’ yang nak gantikan TG Presiden? Isunya bukan menantu yang menjadi punca, isunya ialah usaha menjatuhkan Presiden ini telah berlaku jauh lebih lama sebelum isu menantu ditimbulkan, sebelum nama saya di lambungkan, iaitu seawal sebelum PRU 2008. Semua bukti dalam bentuk saksi ada dalam tangan saya jika diperlukan. Ini bermaksud, bukan saya punca sebenarnya dan bukan juga TG Presiden, tetapi isu sebenar ialah usaha mengambil alih jawatan Presiden. Itu blind spotnya.

Dalam PRU 13 memang terdapat usaha sabotaj parti dari dalam. Memang saya terpaksa menjadi team backup mempertahankan jati diri parti, bukan mempertahankan bapa mertua atau sebaliknya. Saya yakin, kelompok kecil ini cukup marah kepada saya kerana peranan ini. Jika benar isu Kota Damansara timbul disebabkan hasutan saya, bagaimana pula di Sungai Acheh, Labuan, Bukit Besi dan tempat-tempat lain yang juga berlaku pertindanan disebabkan hasutan siapa? Oleh kerana saya tinggal di Kota Damansara, maka akhirnya isu KD ini dijadikan peluru dan modal murahan untuk terus dibangkitkan sebagai fitnah dan tuduhan terhadap parti dan Presiden walhal tempat lain juga kalah disebabkan tiga penjuru langsung tidak dibangkitkan oleh orang yang sama.

Kenapa kelompok kecil ini cukup marah?

Bagi saya, isu yang menjadikan kelompok kecil ini cukup marah kepada saya ialah kerana saya banyak mempertahankan jati diri parti daripada dalam dan menghalang usaha licik mereka. Cubaan menjatuhkan kredibiliti presiden, timbalan Mursyidul Am. Terakhir ialah saya terpaksa menjadi backcup team kepada Presiden di dalam PRU13 apabila ada usaha sabotaj daripada dalam oleh kelompok kecil yang saya maksudkan. Kesan sabotaj ini menjadikan PAS akan menyosot kerusinya dan hilang jati dirinya. Saya yakin, perwakilan muktamar memilih mereka bukan untuk ‘itu’ dan hatta para muktamirin langsung tidak mengetahui sifat orang-orang yang mereka pilih. Adakah mereka dari UMNO atau lain-lainnya, wallahuaklam.

Sebab itu saya berharap apa yang mereka lakukan di dalam PRU baru-baru ini dibentangkan oleh mereka-mereka ini di dalam muktamar supaya mereka mendapat sokongan akar umbi terhadap apa yang mereka nak buat. Sebab itu saya tak suka bermain di bawah tikar, belakang lain di depan perwakilan yang memberikan amanah bersifat sebaliknya.

Berterus terang lebih amanah untuk dinilai oleh ahli perwakilan seluruhnya, bukan lain amanah yang diterima, lain yang dilaksanakan. Saya yakin para muktamirin juga mengharapkan AJK PAS Pusat sebagai kuasa eksekutif (pelaksana) mematuhi segala garis panduan dan arahan Majlis Syura Ulama yang dipimpin oleh tuan guru-tuan guru yang hebat.

Fitnah yang tidak berkesudahan

Adapun baki fitnah yang lain yang disebutkan oleh blog-blog dan facebook tertentu, seperti memfitnah saya mempengaruhi mertua (Presiden), naik dalam parti secara kroni dan lain-lain fitnah termasuk cubaan menjatuhkan imej dengan gelaran buruk seperti ‘din ayam’, ‘din minyak’ dan lain-lain. Bagaimana saya hendak menjawab secara fakta terhadap fitnah-fitnah jahat ini justeru ia datang dalam bentuk fitnah tanpa fakta dan hujah serta tidak dinyatakan siapakah sumber perawinya. Di dalam ilmu hadis ada menyebut, “jika tidak kerana sanad (sumber maklumat yang jelas namanya), nescaya orang boleh kata apa sahaja”.

Semua orang boleh kata: saya dapat maklumat daripada sumber tertinggi PAS bahawa Presiden PAS dipengaruhi oleh menantunya Zaharudin. Saya diberitahu oleh sumber tertinggi PKR bahawa Datuk Sri Anwar Ibrahim dipengaruhi oleh anaknya Nurul Izzah. Saya diberitahu oleh sumber tertinggi DAP bahawa Lim Kit Siang dipengaruhi oleh anaknya Lim Guan Eng dan bla.. bla… bla… Tetapi mana sumbernya? Apa hujahnya?

Jika inilah status fitnahnya, maka saya hanya mampu bersabar dan meneruskan kerja perjuangan suci ini. Insyallah saya tidak akan berganjak walau seincipun daripada amanah dan tanggungjawab sebagaiamana diamanahkan. Kepada Allah tempat mengadu dan kepadaNya semua kita akan dikembalikan dan dibicarakan. Jika perlu, saya berdoa agar Allah membuktikan kejahatan mereka dan membalasnya di atas muka bumi ini, jika layak semoga Allah berikan petunjuk ke arah kebaikan. Dialah Tuhan yang maha mengetahui dan berkuasa atas segala sesuatu.

* Zaharudin Muhammad merupakan Ahli Majlis Syura Ulama PAS dan Ketua Jabatan Agama  Kumpulan Perangsang Selangor Berhad.

* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: