Respon kepada ucapan Khalid Samad: ulama vs profesional dan UG

Saya agak terkejut apabila melihat video rakaman  Yb Khalid Samad berucap di satu wacana

Bagi saya, beliau dengan jelas telah memberikan fakta yang tidak tepat dan bersifat tohmahan dan megelirukan terhadap  Tuan guru  Presiden apabila menyebut: “Isu istilah pertembungan ulama vs Profesional tidak wujud sehingga kita menang 2008. (minit ke 00:29)”.Seterusnya beliau mengheret TG Presiden di dalam isu ini dengan menyambung:  “Polemik Ulamak vs Profesional lebih meruncing apabila TGHH membawa konsep Unity Government(UG) yang dia campakkan ke dalam masyarakat umum tanpa adanya perbincangannya mendalam”. (minit ke 12:08).

Saya boleh buktikan bahawa, ulama vs profesional bukan timbul pada tahun 2008 sebagaimana dakwaan Yb KS, bahkan bibitnya bermula seawal tahun 2005-2006, iaitu ketika penggubalan draf Pindaan Perlembagaan PAS.  Ketika itu, satu kelompok kecil dlm pas telah berusaha untuk mengubah nama “Majlis Syura Ulama” di dalam perlembagaan parti kepada “Majlis Syura” tanpa perkataan “Ulama”. Perkara ini pernah dibawa ke  dalam mesyuarat PAS Pusat bagi mendapat kelulusan untuk dibawa ke Muktamar, tetapi di tolak oleh majoriti ahli mesyuarat.Walaupun Yb KS ketika itu belum menjadi AJK PAS Pusat, tetapi kelompok ini disertai oleh mereka-mereka yang pernah terlibat bersama-sama Yb KS untuk menjatuhkan Al-Marhum Ustaz Hassan Syukri.

Isu ini antara yg perlu penjelasan segera kerana ia seumpama fitnah tanpa bukti.Saudara (Dr. Fadhli Ghani/seorang sahabat) pada masa itu terlibat sebagai ahli jawatankuasa penggubalan semula perlembagaan parti, beliau pernah bertanya kepada Al marhum Ustaz Hassan Syukri (ketua) kenapa dibiarkan perkara ini dibawa ke Mesyuarat PAS Pusat untuk ditukar nama Majlis Syura Ulama?. Al marhum Ustaz Hassan menjawab: “ana nak tengok siapa yang anti ulama di dalam AJK PAS Pusat yang menyokong perubahan nama ini.”

Perkara ini lebih meruncing apabila bukan setakat usaha membuang perkataan ‘Ulama’ daripada Majlis Syura Ulama, tetapi ia berlanjutan sehingga usaha mendefinisikan semula maksud ‘ulama’ dan seterusnya timbul pula tuduhan yang menyatakan ulama tidak kompeten dan lain-lain. Perkara ini lebih meruncing sehingga isu profesional vs ulamak diperkatakan diperingkat blogger-blogger dan menjadi percakapan.

Ulama vs Profesional bermula bukan kerana ulama tidak berpuas hati dengan golongan profesional atau profesional tidak berpuas hati dengan ulama. Bukan juga kerana profesional tidak berpuashati dengan TG Presiden tentang isu UG sebagaimana tuduhan Yb KS di dalam video tersebut.Sebaliknya ianya timbul disebabkan segelintir yang mendakwa diri mereka sebagai profesional yang berusaha dan terus berusaha membuang perkataan ulama daripada Majlis Syura Ulama, kemudiannya berusaha mendefinisikan semula perkataan Ulama, seterusnya bercakap tentang isu kelayakan menduduki tempat tertinggi parti iaitu Majlis Syura Ulama dan Presiden. Dari sini timbulnya polemik Ulama vs Profesional kerana mereka menggelarkan selain ulama sebagai profesional sekalipun sebenarnya ulama juga adalah sebahagian daripada profesional.

Tuduhan Yb KS di dalam video tersebut bahawa isu UG menjadi sebab perpecahan ulama vs profesional juga adalah sesuatu yang tidak masuk akal kerana Isu Ulama vs Profesional sudah wujud sekitar 2005-2006 dan meruncing sekitar tahun 2007, iaitu selepas usaha membuang nama “Ulama” daripada Majlis Syura Ulama secara formal daripada perlembagaan parti gagal.

Bagaimana isu ini boleh meruncing selepas PRU 12 tahun 2008 sedangkan semua boleh melihat dengan jelas bahawa keributan ini meruncing tahun 2007. Bukti keributan Ulama vs Profesional berlaku tahun 2007 boleh dirujuk dengan jelas kepada blog-blog dan link-link yang membahaskan isu ini. Sebagai contoh, dibawah ini adalah sebahagian daripada perbahasan isu tersebut sekitar tahun 2007, bukan selepas PRU 12 tahun 2008:

http://www.malaysiakini.com/news/67143
http://laptopdarulfiqh.blogspot.com/2007/05/siapakah-profesional-pas-sebenar.html
http://www.mail-archive.com/harakahdaily@yahoogroups.com/msg08181.html
http://putraon9.wordpress.com/2007/06/03/apa-nak-jadidewan-ulama-pas-ibarat-tin-kosong-%E2%80%93-perwakilan/

Tulisan-tulisan ini jelas menunjukkan bahawa istilah ulama vs profesional dibahaskan kebanyakannya pada tahun 2007, bukan disebabkan isu UG selepas tahun 2008. Ini adalah bukti yang sangat jelas bahawa dakwaan Yb KS bahawa ulama vs profesional “tidak wujud sehingga kita menang 2008” adalah sesuatu yang tidak berasas. Bukti-bukti di atas sebenarnya telah jelas menunjukkan bahawa istilah ulama vs profesional telah ditimbulkan oleh mereka yang terpengaruh dengan kempen oleh satu kelompok kecil yg sebahagiannya adalah mereka-mereka yang pernah bersama Yb KS menjatuhkan Al marhum Ustaz Hassan Shukri.

Saya mengambil contoh, seorang blogger yang pro kepada kelompok ini menyebut di dalam blognya bertarikh 3 Jun 2007, : “Jadi saya cadangkan supaya kita tukar daripada ‘kepimpinan ulama’ kepada ‘kepimpinan Islam’ yang boleh memberikan tafsiran yang lebih luas dan seterusnya mengelakkan daripada UMNO menguarkan pertembungan ulama dan profesional dalam parti kita”.

Tulisan-tulisan yang mengaitkan polemik ulama vs professional sangat tersebar pada waktu tersebut yang menatijahkan cadangan supaya ditukarkan daripada kepimpinan ulama kepada kepimpinan Islam dan lain-lain lagi, asalkan bukan kepimpinan ulama.

Kadang-kadang timbul persoalan di benak saya, adakah agenda dan usaha mengambil alih tampuk kepimpinan PAS khususnya Majlis Syura Ulama dan Presiden PAS masih diteruskan oleh kelompok tersebut sehingga hari ini, khususnya apabila Yb KS secara tidak rasional telah menimbulkan isu Kota Damansara secara terbuka dan seterusnya terang-terangan melabel dan menuduh TG Presiden dengan tuduhan yang tidak berasas di dalam program awam yang terbuka sebagaimana video yang telah diupload di dalam youtube.

Selepas jelas fakta yang saya kemukakan sebagai tuduhan dan fakta, tohmahan Yb KS adalah tidak tepat dan tidak berasas . Maka setelah meneliti video di atas saya bersetuju dengan Ustaz Zaharudin bahawa bukan KD isunya, tetapi ada agenda lain yang disifatkan sebagai “bongkah ais”, dibawahnya kelompok sama yang telah terlibat jatuhkan Al-marhum Ustaz Hassan Shukri, kerana kumpulan yang sama juga pernah mengusahakan pembuangan perkataan “Ulama” daripada Majlis Syura Ulama di dalam perlembagaan,seterusnya kelompok yang sama juga telah memberi tekanan kepada TG Presiden supaya menyerahkan kerusi bertindih kepada PKR di dalam PRU 13, termasuk menyerahkan kerusi DUN Kota Damansara kepada PSM. Jika disambung kembali puzzle-puzzle ini, tiada sebab untuk ahli PAS tidak boleh mengambil sikap berhati-hati dengan kumpulan kecil ini khususnya apabila melihat Yb KS bersungguh-sungguh membangkitkan isu KD dan menjajanya ke sana sini di dalam program awam seperti contoh di salah sebuah masjid di Penang dan di dalam beberapa wacana yg beliau terlibat sebagaimana yang dirakam dan diupload ke dalam youtube.

Kamaruzaman Mohamad

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: