Pas tolak UG Najib-Anwar, kenapa erdogan dalam PAS tidak tolak UG itu?

10 budak hitamKalau sebelum ini Kumpulan Erdogan dalam PAS menentang keras usaha UG yang ditawarkan oleh PAS kepada Pak Lah kerana PAS dan PR kuat pada masa itu dan PR pegang 5 negeri, manakala UG versi baru yang ditawarkan oleh Najib kepada Anwar pula adalah ketika PKR dan PR tidak kuat dan PR hanya pegang dua negeri, maka mengapa erdogan dalam PAS tidak tolak UG versi Anwar Najib? Adakah versi UG baru ini lebih baik dari versi lama ketika PR kuat?

Mengapa erdogan dalam PAS senyap seribu bahasa dalam isu UG versi baru antara Najib dan Anwar?

Mengapa tidak ada selagi orang erdogan pun tidak protes? Adapakah bersetuju? Setuju dalam diam agaknya? Mana pergi pengikut setia erdogan? Masih setia lagi dengan erdogan yang letak harapan setinggi gunung pada pemimpin parti lain dari PAS? Kalau begitu wala’ dan taat tidak PAS dan pemimpin PAS. Eloklah lompat parti kalau tidak ras selesa dengan kepimpinan yang ada pada hari ini.  Dalam PAS hanya ada Islam. Tidak ada Islamic Demokrat atau Islam Liberal atau Islam Hadari.

UG: Saya jawablah secara ringkas – Nasrudin

KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan suka mengambil pendirian PAS yang telah dipertegaskan sejak sekian lama berhubungunity government (UG).

“Saya percaya rakan-rakan pimpinan PAS yang lain juga akan mengambil pendirian yang serupa justeru ia telah dipertegaskan secara bersama sejak sekian lama,” tulis beliau di facebooknya yang bertajuk PAS Menolak Unity Government (UG), sebagaimana di bawah.

[Sehingga pagi ini masih ramai wartawan menghubungi saya bertanya sikap saya mengenai isu Unity Government [UG], termasuklah orang perseorangan mengasak persoalan yang serupa. Saya jawablah secara ringkas…]

1. Beberapa siri mesyuarat PAS Pusat yang lalu telah menegaskan bahawa tiada lagi Unity Government [UG] antara PAS dengan UMNO. Ianya dipertegaskan oleh Datuk Seri Tuan Guru  Abdul Hadi Awang selaku Presiden PAS dan ianya dipersetujui oleh AJK Kerja PAS Pusat. Sememangnya PAS bertegas dalam hal ini dan ia bermula sejak awal. Malah masih segar dalam ingatan saya, selepas menerima keputusan PRU ke 12 pada tahun 2008 dan meneliti keperluan semasa pada waktu itu, Tuan Guru Abdul Hadi melalui ijtihad politiknya selaku Presiden PAS telah melontarkan idea Unity Government[UG]. Ijtihad ini dilontar 5 tahun lebih awal dari versi UG berkait dengan Datuk Seri Anwar yang sedang hangat dibincangkan pada hari ini.

2. Namun saya suka mengambil pendirian PAS yang telah dipertegaskan sejak sekian lama. Saya percaya rakan-rakan pimpinan PAS yang lain juga akan mengambil pendirian yang serupa justeru ia telah dipertegaskan secara bersama sejak sekian lama. [melalui 2 siri Muktamar PAS, satu Seminar Politik Khas dan beberapa siri mesyuarat PAS Pusat dan mesyuarat Lajnah Politik PAS Pusat.]

3. Mengambil pengajaran dari apa yang telah berlaku sebelum ini. PAS tidak perlu terseret dan tidak boleh dibiarkan sesiapa menyeretnya dalam apa jua tindakan yang melibatkan prinsip, dasar, polisi dan tindakan politik yang akan memulangkan implikasi kepada PAS.

4. Kiranya PAS mahu mengambil bahagian, maka mestilah terlebih dahulu mendapat kelulusan Majlis Syura Ulamak. Justeru itu tidak wajarlah mana-mana pimpinan PAS membuat keputusan awal bagi mengelak konflik serupa berulang kembali. Pengalaman lepas sangat berharga dan mendidik seluruh warga PAS mendepani cabaran politik semasa.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: