‘Roadmap To Putrajaya’ GAGAL!!! Kenapa HUSAM & DR. HATTA diam membisu?

1229952_419483788173379_1827783394_n

PRU13 berakhir dengan keputusan BN menguasai 133 kerusi daripada 222 kerusi parlimen manakala PR memenangi 89 kerusi. Daripada 89 kerusi yang dimenangi PR, PAS hanya menang di 21 kerusi berbanding PKR dan DAP dengan masing-masing 30 dan 38 kerusi. Kedudukan ini menjadikan PR gagal menguasai majoriti dan PAS pula menjadi ‘juara tercorot’ dengan bilangan kerusi paling sedikit dalam kalangan PR. Isu besarnya ialah, ‘Roadmap to Putrajaya’ PAS GAGAL!

Prestasi PAS ini sepatutnya diberi keutamaan dan perhatian serius khususnya dua orang penting jentera PRU 13 PAS iaitu Dr. Hatta Ramli selaku Pengarah Pilihanraya PAS Pusat dan Dato Husam Musa selaku Pengerusi Jawatankuasa ‘Roadmap to Putrajaya’. Malangnya, apabila kedua-dua individu ini bersikap lepas tangan dan tidak fokus kepada isu sebenar prestasi PAS dalam PRU 13 baru-baru ini.

Mereka dilihat hanya lebih berminat dengan masa depan karier politik mereka di peringkat negeri, nasional dan dalaman parti. Dato Husam pula sibuk menaikkan namanya sebagai calon Putrajaya, sehingga lupa tanggungjawabnya untuk memastikan kejayaan “ROADMAP TO PUTRAJAYA”. Dipihak PAS memang mensasarkan sekitar 50 kerusi Parlimen untuk dimenangi,tetapi akhirnya PAS kalah sebanyak 52 kerusi Parlimen.

KEGAGALAN 1

‘Roadmap to Putrajaya’ PAS gagal mengekalkan kemenangan di semua kerusi yang telah dimenangi dalam PRU12 apabila BN berjaya merampas 15 kerusi daripada PR dan 7 daripadanya adalah kerusi PAS iaitu Parlimen Titiwangsa, Pendang, Kuala Selangor, Padang Terap, Jerai, Sik dan Baling.

KEGAGALAN 2

‘Roadmap to Putrajaya’ PAS gagal menambah bilangan kerusi parlimen di beberapa negeri sasaran. Di Perak dan Selangor hanya mengekalkan status quo PRU12 dengan masing 2 dan 4 kerusi sahaja iaitu di Perak PAS hanya menang di Parlimen Parit Buntar dan Bukit Gantang manakala di Selangor hanya menang di Parlimen Hulu Langat, Shah Alam, Kota Raja dan Sepang. PAS hanya boleh berbangga di Terengganu apabila berjaya menguasai 4 kerusi iaitu di Parlimen Marang, Dungun, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu.

KEGAGALAN 3

‘Roadmap to Putrajaya’ PAS gagal untuk memenangi sekurang-kurangnya 1 kerusi parlimen di Perlis, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Hanya di Pahang sahaja PAS berjaya mencapai sasaran untuk menang 1 kerusi iaitu di Parlimen Temerloh.

KEGAGALAN 4

‘Roadmap to Putrajaya’ PAS gagal mempertahankan Kedah kerana tidak berjaya menguasai majoriti kerusi DUN apabila hanya memenangi 9 kerusi pada PRU13 berbanding 16 kerusi pada PRU12. Di Kelantan pula, berlaku penyusutan bilangan kerusi DUN apabila hanya memenangi 32 kerusi pada PRU13 berbanding 38 kerusi pada PRU12. Di Pulau Pinang pula mengekalkan 1 kerusi DUN. Hanya di Selangor PAS boleh bernyawa selesa apabila berjaya memenangi 16 kerusi pada PRU13 berbanding hanya 8 kerusi pada PRU12.

KEGAGALAN 5

‘Roadmap to Putrajaya’ PAS gagal untuk merampas semula Perak, menawan Terengganu dan Perlis. Bahkan di Perak PAS hilang 1 kerusi DUN menjadikannya 5 kerusi pada PRU13 berbanding 6 kerusi pada PRU12. Di Perlis pula hanya mengekalkan 1 kerusi DUN. Hanya di Terengganu boleh dibanggakan PAS apabila penguasaan kerusi DUN meningkat kepada 14 kerusi pada PRU13 berbanding hanya 8 kerusi pada PRU12.

KEGAGALAN 6

‘Roadmap to Putrajaya’ PAS gagal melemahkan penguasaan UMNO/BN di Johor, Melaka, Pahang dan Negeri Sembilan. Ini berlaku apabila PAS tidak memberi sumbangan kemenangan kerusi DUN yang memberangsangkan, apatah lagi untuk menguasai kerusi Parlimen. Di Johor hanya 4 kerusi DUN dimenangi, Melaka 1 kerusi DUN dan Pahang 3 kerusi DUN. Natijahnya, UMNO/BN masih kekal selesa dengan penguasaan majoriti 2/3 kerusi di DUN masing-masing. Kekalahan kerusi tunggal PAS di Negeri Sembilan pula mengukuhkan lagi UMNO/BN di negeri itu.

KEGAGALAN 7

‘Roadmap to Putrajaya’ PAS gagal menambah sokongan pengundi-pengundi Melayu sehingga bertambah secara purata 3-4%. Sekiranya bertambah undi Melayu sebanyak sekurang-kurangnya 3%, PR berpotensi untuk menang sebanyak 103 kerusi parlimen dengan kemenangan di Parlimen Arau, Pendang, Jerai, Ketereh, Machang, Bagan Serai, Bentong, Sungai Besar, Kuala Selangor, Setiawangsa, Titiwangsa, Labis, Tebrau dan Pasir Gudang. Malangnya, keputusan PRU13 menunjukkan sebaliknya. PR kalah di semua kerusi tersebut termasuk yang ditandingi PAS iaitu Parlimen Arau, Pendang, Jerai, Sungai Besar, Kuala Selangor dan Titiwangsa. Ini bukti jelas bahawa tiadanya pertambahan undi Melayu terhadap PAS dan PR pada PRU13 lalu.

Daripada ketujuh-tujuh kegagalan ‘Roadmap to Putrajaya’ PAS itu, menunjukkan bahawa PAS hilang dominasi dalam PR, atau bahasa lainnya kedudukan PAS dalam PR adalah sangat lemah. Prestasi PAS dengan kekalahan 52 daripada 73 kerusi yang ditandingi pada PRU13 adalah lebih teruk berbanding PRU12, lebih-lebih lagi apabila berkurang pula 2 kerusi. Pertukaran dan penyerahan kerusi potensi PAS kepada rakan lain dalam PR juga seharusnya dipertikaikan.

Tapi pelik, prestasi sangat teruk PAS ini langsung tidak dibicarakan oleh Dato Husam dan Dr. Hatta. Adakah sememangnya kerana kedua-duanya berhasrat dan sedang merencana sesuatu untuk melemahkan kedudukan dan pengaruh PAS dalam PR sekaligus mengukuhkan penguasaan PKR bagi menjayakan aspirasi Anwar Ibrahim untuk ditabal sebagi Perdana Menteri? Jika demikian, PAS mesti berhati-hati dengan kedua-dua individu ini khususnya ketika berurusan dengan PKR dalam mewakili PAS.

Mohd Raduan B. Ramli

 

1234098_421789954609429_1651521680_n

HUSAM DAN HATTA BERDIAM DIRI?

PRU13 berakhir dengan keputusan BN menguasai 133 kerusi daripada 222 kerusi parlimen manakala PR memenangi 89 kerusi. Daripada 89 kerusi yang dimenangi PR, PAS hanya menang di 21 kerusi berbanding PKR dan DAP dengan masing-masing 30 dan 38 kerusi.

Kedudukan ini menjadikan PR gagal menguasai majoriti dan PAS pula menjadi ‘juara tercorot’ dengan bilangan kerusi paling sedikit dalam kalangan PR. Isu besarnya ialah, ‘Roadmap to Putrajaya’ PAS GAGAL!

Prestasi PAS ini sepatutnya diberi keutamaan dan perhatian serius khususnya dua orang penting jentera PRU 13 PAS iaitu Dr. Hatta Ramli selaku Pengarah Pilihanraya PAS Pusat dan Dato Husam Musa selaku Pengerusi Jawatankuasa ‘Roadmap to Putrajaya’.

Malangnya, apabila kedua-dua individu ini bersikap lepas tangan dan tidak fokus kepada isu sebenar prestasi PAS dalam PRU 13 baru-baru ini.

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: