Apa salah kajisemula Tahaluf Siyasi dengan PKR? Kenapa erdogan jadi kalut?

Semalam saya telah diminta untuk menjadi wakil pembahas dari Lajnah Keahlian Ulamak Pelapis (LKUP) Pusat dalam membahas ucaptama Tuan Guru Dato Haji Harun bin Taib. Antara yang saya bahas semalam adalah isi 8.0 yang bertajuk: “Menyemak Tahaaluf Siyasi Bagi Menguntungkan PAS”.

Dalam perbahasan tersebut, saya setelah berbincang dengan para sahabat LKUP yang lain menyatakan bahawa PAS telah RUGI hasil daripada Tahaaluf Siyasi bersama PKR. Ini kerana:

1) PAS semakin merosot dari sudut sokongan orang Melayu.

2) WALAK yang berubah. Segelintir pemimpin dan ahli PAS mula seakan-akan berwalak kepada Dato Seri Anwar bin Ibrahim atau kepada Pakatan rakyat dan bukan lagi kepada Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang selaku Presiden PAS.

3) PENIPUAN dalam tindakan. Perunding kerusi dalam isu Dun Kota Damansara menyatakan bahawa PAS memberikan laluan kepada PKR yang akan diwakili oleh calon PSM sedangkan keputusan ini tidak dibincangkan dengan Syura Ulamak.

4) RAMPASAN KERUSI PAS. Seperti yang berlaku di Labuan contohnya jelas menunjukkan sikap tidak setiakawan yang diamalkan oleh PKR apabila PKR meletakkan calonnya di Parlimen Labuan sedangkan hasil keputusan Pakatan Rakyat Wilayah Persekutuan dan Majlis Presiden Pakatan Rakyat adalah bersetuju untuk meletakkan PAS sebagai wakil PR di Labuan.

Ini adalah antara kerugian yang diterima oleh PAS hasil daripada Tahaaluf Siyasi bersama dengan PKR sedangkan Tahaaluf yang dibuat bertujuan untuk mengukuhkan dan memperhebatkan PAS bukannya untuk merugikan PAS.

Maka saya semalam telah mencadangkan kepada Dewan Ulamak PAS Pusat untuk meneliti perbahasan berkenaan dengan isu Tahaaluf ini. Maka sekiranya tahaaluf dengan PKR lebih merugikan PAS, maka mengapa tidak kita melepaskan PKR daripada terus bertahaaluf bersama PAS.

Semoga keputusan pimpinan PAS akan dipandu dengan cahaya Allah yang menguntungkan Islam dan menguntungkan perjuangan pelaksanaan Syariat Islamiyyah di bumi Malaysia.

Ustaz Hairul Nizam
Lajnah Keahlian Ulama’ Pelapis PAS

996004_424156954372729_298121440_nSindiran tajam dari Ustaz Moktar Senik :

Ooo, patutlah ada org melatah bila resolusi Multaqa Ulama mencadangkan kaji semula tahalluf. Sampai ada yg melenting macam dah meroyan. Rupanya mereka faham kaji semula tu maksudnya “batalkan” tahalluf. Laaa, tak tau laa pulak ada yg buta bahasa malaysia sampai tahap tu. Kaji semula tak semestinya batal. Siapa pernah menyewakan rumah kepada seorang penyewa. Bila sampai tempoh tertentu semak semula perjanjian dibuat. Semak semula tu mungkin batal, atau turunkan harga sewa atau teruskan sewaan tapi naik harga.
Kena mengajar bahasa Melayu la pulak.

1234361_424199914368433_1006672587_n

Tahaluf Siyasi : Perkara Mutaghayyirat

1. Antara benda penting yang wajib di fahami oleh ahli PAS n pejuang Islam berkaitan Tahaluf Siyasi ialah Tahaluf Siyasi termasuk dalam perkara Mutaghayyirat iaitu perkara yang boleh berubah, boleh dibincang dan di semak kembali khususnya dari sudut pelaksanaannya adakah tahaluf tersebut sentiasa tetap di atas landasan syariat atau telah lari dari syariat.

2. Para Ulamak antaranya Dr Abdul Halim Mahmud meletakkan Tahaluf Siyasi dalam perkara Mutaghayyirat kerana ianya hanya satu pendekatan demi menjaga maslahah perjuangan untuk menegakkan Islam. Sekiranya maslahah tersebut terjejas atau menampakkan kerugian kepada Islam dari sudut2 tertentu maka Tahaluf Siyasi wajib disemak kembali.

3. Di sana terdapat istilah Thawabit yang menjadi lawan kepada Mutaghayyirat. Thawabit ialah perkara2 dasar dan tidak boleh berubah. Contohnya menegakkan syariat Islam. Walaupun kita berada bersama pakatan rakyat matlamat menegakkan syariat tidak akan berubah kerana ianya suatu perkara yang tetap.

4. Namun berlaku sebaliknya, setelah bersama pakatan dalam tempoh tertentu terdapat segelintir pemimpin pas pusat membuat kenyataan demi kenyataan yang semakin hari semakin lari dari perkara Thawabit (Dasar2 & Matlamat Asal Perjuangan Islam) kerana kononya hendak menjaga pakatan atas nama tahaluf siyasi.

5. Maka resolusi multaqa ulamak se Malaysia mencadangkan supaya Tahaluf Siyasi bersama rakan-rakan pakatan disemak semula bukanlah suatu perkara yang pelik dan tidak bijak politik bahkan wajib hukumnya disemak semula demi untuk menjaga perkara Thawabit dalam perjuangan. Saya yakin demi untuk memartabatkan Islam segala pandangan baik akan diterima oleh ahli secara terbuka. Kerana ulamak hanya minta menyemak agar Tahaluf Siyasi dari sudut pelaksanaan n setakat ianya berjalan adakah masih dalam kebenaran syariat atau sebaliknya. Semoga ahli pas bersifat dengan salamatu sadri (berlapang dada)

Nik Bakri Nik Mat
Shah Alam

577951_424221134366311_78560195_nKaji Hanya Untuk Penambahbaikan

Saya membaca muka hadapan Sinar Harian hari ini 15 September 2013 yang memuatkan tajuk besar PAKATAN RUGIKAN PAS? dengan memetik ucapan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Harun Taib yang dikatakan meminta Majlis Syura Ulama mengkaji semula Tahaluf Siyasi (Persefahaman Politik) dalam Pakatan Rakyat.

Saya tidak menghadiri Multaqa Ulama yang diadakan di Kota Sarang Semut semalam sekalipun saya benar-benar berhasrat untuk hadir. Keuzuran dan situasi kesihatan menghalang saya untuk hadir ke program yang saya sifatkan sangat bermakna itu. Justeru, saya tidak mendengar sendiri ucapan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat seperti yang dilaporkan oleh akhbar. Berkemungkinan ia hanya ulasan akhbar dan bukannya ucapan sebenar beliau ataupun sememangnya dipetik dari ucapan beliau, wallahulam.

Walau bagaimanapun, suka untuk saya memberikan respon terhadap tajuk yang digunakan di muka hadapan Sinar Harian iaitu PAKATAN RUGIKAN PAS? Perlu dijelaskan bahawa penyertaaan PAS melalui Tahaluf Siyasi di dalam Pakatan Rakyat bukannya diputuskan oleh beberapa individu sahaja. Ia diputuskan oleh keputusan kolektif pimpinan PAS dan diperkuatkan melalui Muktamar Tahunan PAS yang berlangsung selepas pilihanraya umum 2008.

Saya melihat keputusan ini tidak sekali-kali silap bahkan ia lebih membawa PAS ke hadapan pentas politik di Malaysia. Lebih bermakna daripada itu, PAS berjaya mempersembahkan Islam kepada non Muslim dengan cara yang tidak pernah dilakukan oleh UMNO. UMNO bukan setakat menjauhkan bukan Islam daripada Islam bahkan menjauhkan orang Islam sendiri dari memahami agama mereka.

Senjata UMNO ialah perkauman, lambang UMNO ialah keris tidak bersarung, politik UMNO ialah politik samseng jalanan, sampai bila-bila non Muslim tidak akan melihat keindahan Islam melalui cermin mata politik UMNO yang penuh dengan habuk kebangsaan.
Di dalam Pakatan Rakyat, pendekatan Islam yang dibawa oleh PAS tidak pernah ditentang. Pemimpin-pemimpin DAP khususnya seringkali datang ke pejabat saya berbincang sentiasa tentang nilai-nilai Islam. Ada yang datang mengungkapkan istilah-istilah perundangan syarak yang kadang-kadang pemimpin UMNO sendiri pun barangkali tidak pernah bersua dengan istilah sebegini.

PAS wajib melangkah ke hadapan. Pengalaman sebagai gerakan Islam yang telah berusia lebih setengah abad wajar mengajar PAS bahawa untuk terus relevan di pentas politik negara, PAS wajib memahami suasana politik. Selagi tidak bertentangan dengan prinsip asas syariat, jangan mengurung PAS di dalam kandang pemikiran yang kita sendiri cipta. PAS membawa nama Islam di dalam perjuangannya, maka wajiblah ke atas PAS untuk mempersembahkan Islam dengan wajah terbaik kepada masyarakat Malaysia.

Saya mendegar pengalaman Yang Berhormat Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan yang baru pulang dari lawatan kerja di Johannesburg, Afrika Selatan. Katanya di sana zakat turut diberikan oleh orang Islam kepada bukan Islam. Di Malaysia, di bawah asnaf muallaf, hanya orang yang baru memeluk agama Islam menerima zakat. Sedangkan muallaf juga boleh jadi seorang non muslim yang hampir lembut hatinya untuk memeluk Islam dan juga seorang non muslim yang sangat tegar memusuhi Islam namun jika diberikan zakat, permusuhannya itu kendur.

Ini sebagai contoh bagaimana ada aspek pengamalan Islam secara praktikal di Malaysia masih belum tepat dengan wajahnya yang sebenar. Inilah yang perlu dibaiki dan PAS wajib memainkan peranan. Saya yakin, jika Islam difahami dengan baik tanpa gangguan daripada pihak-pihak yang berkepentingan, ia akan diterima dengan mudah tanpa sebarang syak wasangka oleh rakan-rakan daripada non Muslim.

Di sinilah letaknya misi sebenar PAS di dalam Pakatan Rakyat. Benar, kita ingin memburu kemenangan di dalam pilihanraya, tetapi juga perlu diingat PAS sebagai gerakan Islam juga memikul tanggungjawab dakwah yang besar di pentas politik. Justeru, keberadaan PAS di dalam Pakatan Rakyat sekali-kali bukan merupakan langkah yang silap, bahkan ia merupakan langkah yang sangat tepat dengan realiti politik negara.

Tahniah kepada para ulama yang bermultaqa semalam. Harapan saya agar ia dapat menguatkan iltizam kita semua di dalam memperkukuhkan PAS sebagai parti politik yang berdasarkan Islam. Berhubung kedudukan PAS di dalam Pakatan Rakyat, jika mahu dikaji, silakan. Tetapi kaji hanya untuk penambahaikan, bukan kaji untuk mengundur ke belakang. Kaji untuk berundur ke belakang hanyalah memberikan pelampung kepada UMNO yang sedang kelemasan.

Sekian.

Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat,
Al-Mursyidul Am PAS.
Bertarikh : 9 Zulkaedah 1434H bersamaan 15 September 2013M

1185343_423994017722356_1601553294_n

Ucapan Penutup Presiden dalam Multaqa Ulamak Semalaysia

وجعلنا منهم أئمة يهدون بأمرنا لما صبروا
“Dan kami jadikan di kalangan mereka pemimpin2 yg mengambil petunjuk berdasarkan lerintah Kami tatkala mereka terus bersabar”

1. Kita bersyukur menjadi salah seorang pejuang dalam parti islam semalaysia pas yang merupakan mata rantai gerakan islam yg tak berakhir hanya dengan wafatnya nabi saw.

2. Allah gantikan tugas menyambung risalah nabi2 dengan gerakan islam yg disebut sbgai “taifah” طائفة dlm hadis. Kumpulan ini menyambung tugas mendaulatkan pemerintahan islam.

3. Walau x ada negara islam berdaulat namun kumpulan islam tetap muncul krna cahaya islam dijanjikan oleh allah tidak akan padam

4. Mungkin ada yg tak sedar kalau tidak dibaca sejarah islam. Alam melayu adalah negeri awal dijajah di kala negara2 arab masih lagi dibawah kuasa khilafah uthmaniyah dan belum dijajah.

5. Maka Ulamak melayu bangkit menentang penjajahan dgn menubuhkan syarikat islam 1908. Berkembang cawangan di seluruh tanah melayu

6. Mereka bangkit menentang sekularisma yg memberikan kuasa agama kpd raja manakala kuasa pemerintahan lain kepada penjajah hingga meranapkan kefahaman islam.

7. Kumpulan islam menubuhkan pondok dn institusi pendidikan serta mengadakan kuliah di masjid surau mempertahankan islam.

8. PAS adalah mata rantai gerakan islam ini. Malah kita lebih awal berhadapan dgn demontrasi di kala saudara2 kita di asia barat belum berhadapan dengannya.

9. Ulamak mempunyai peranan lebih besar berbanding golongan lain dlm memimpin tanggungjawab ini.

10. Perkataan أولي اﻷمر dalam al-Quran disebut dlm kitab tafsir merujuk kpd ulamak dn pemerintah dgn maksudnya kedua2nya mesti ditaati.

11. Ulamak adalah uli amri kpd rakyat. Ini disebut dlm kitab2 tafsir. kedudukan ulamak ini jgn dilupakan.

12. Perlembagaan pas adalah quran hadis ijma qiyas dgn aqidah ahli sunnah. Tiada yg boleh menjaga dasar ini melainkan ulamak.

13. Sepanjang perjalanan PAS dpt memelihara bahtera perjuangan tanpa bocor dn tenggelam sama ada cabaran dlm bahtera atau cabaran luar iaitu ombak dn gelombang

14. Ketika ditubuhkan berlaku pertembungan antara kaum tua dn muda. Kaum muda membawa pemikiran tajdid yg berhadapan dgn penjajah. Ada yg melampau dan ada yang mempermudah-mudahkan. Tapi Pas berjaya mendamaikan antara 2 pihak.

15. Fiqh awlawiyyat mesti ditekuni oleh ulamak.

16. Ada golongan melampau yg nak laksana islam serta merta. Ada pula yg meringan2kannya hingga tak boleh bercakap tentang hudud dn qisas. Di sinilah Ulamak berperanan menjadikan PAS istiqamah dgn perjuangan menegakkan islam.

17. Kita berhadapan cabaran luar yg tak benarkan islam berkuasa.

18. Barat bimbang dgn perubahan rakyat di turki dn mesir

19. Bn tahu teras politik ialah melayu islam. Mereka tak pedulikan mca dn mic cina dan india krna bg mereka teras politik adalah melayu.

20. Roadmap kita ialah dapat 40 kerusi tapi hanya dapat 21 kerusi. Tapi mendapat pertambahan kerusi di peringkat negeri

21. Saya harap multaqa ini menjadi muzakarah penting yg tak habis di sini shaja tapi dgn melaksanakannya di seluruh pelusuk tanah air”

22. Allah tak bertanya tentang kemenangan tetapi apa yang kita amalkan untuk mendapatkan kemenangan.

Disusun oleh
Ust Dr Khairuddin at-Takiri
14hb sep 2013

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: