Dr Mujahid – memeriahkan “pecah-dan-perintah” terhadap kesatuan dalam PAS

Ulama vs non-Ulama: Game `Pecah dan Perintah’ Mujahid – Muhammad Atiullah Othman

SEPTEMBER 18, 2013

Merujuk kepada tulisan Mujahid dalam blognya (http://drmujahid.com/blog/ulama-atau-tidak-ulama-lagi/), menunjukkan gamezaman penjajah iaitu pecah dan perintah (divide and conquer).

Dengan memainkan pemecahan dalaman PAS ini, Mujahid dapat merealisasikan ideanya dalam buku “Rujuvenasi PAS” bagi menamatkan “kepimpinan ulama” yang diasaskan oleh ayahandanya sendiri iaitu Ustaz Yusof Rawa.

Mujahid memudahkan game ini dengan memberi definisi tidak benar mengenai ulama. Mujahid menyebut, “istilah ulama melambangkan keilmuan dan keterbukaan”. Definisi ulama ini menambah “keterbukaan” yang tiada dalam sebarang kamus tersohor. Dengan meletakkan makna keterbukaan, Mujahid boleh menafikan title ulama dengan mudah apabila melemparkan tuduhan seseorang ulama tidak diterima cara keterbukaan Mujahid dan golongan yang tidak sekongkol dengan ulama. Cara ini membuka ruang bagi mencabut title ulama dari kalangan pemimpin PAS.

Tanpa berselindung, Mujahid mengenepikan peranan ulama dalam menghadapi krisis dan konflik. Perhatikan luahannya, “Mengurus konflik dan krisis tidak memerlukan ulama atau tidak ulama, tetapi ianya memerlukan seseorang yang mampu melihat secara positif bahawa dalam krisis dan konflik”. Mujahid secara langsung mengenepikan peranan ulama sebagai elemen penting dalam penyelesaian krisis dan konflik. Sepatutnya, krisis dan konflik gerakan Islam perlu dan wajib merujuk kepada akidah dan syariat Islam yang difahami secara mendalam oleh ulama. Kegagalan merujuk ulama ini akan membuka ruang gerakan Islam tersasar daripada dasar dan prinsipnya.

Sebenarnya, pemikiran Mujahid gagal mengenal dasar dan prinsip Islam. Mujahid hanya mengenal wasilah dan strategi semata-mata. Perhatikan coretannya yang tidak langsung mengetengahkan kepentingan dasar dan prinsip Islam dalam gerakan Islam, “Nama Islam pada parti politik tidak menjamin ia suci dari kerenah manusia yang menggerakkan parti Islam. Apa yang perlu ada ialah kemahiran menguruskan dinamika ini kerana ia akan memberi peluang yang cerah kepada perubahan yang amat diperlukan oleh PAS hari ini jika ia mahu kekal relevan”.

Kegagalan Mujahid mengenal dasar dan prinsip Islam ini, menyebabkan Mujahid tanpa segan mengkritik resolusi bersama ulama dalam Multaqa Ulama SeMalaysia. Justeru tanpa rasa bersalah meletakkan istilah baru persaingan kelompok iaitu “konservatif vs reformis”. Padahal Islam mengajar berpegang teguh kepada dasar dan prinsip dan memberi kelonggaran dalam wasilah dan strategi.

Jikalau berpegang teguh dicop sebagai konservatif dan kelonggaran dicop sebagai reformis, Islam menggalakkan konservatif dan reformis seiringan dalam satu kelompok bukan dua kelompok yang terpisah.

Kegagalan memahami berpegang teguh kepada prinsip dan dasar Islam menyebabkan Mujahid melemparkan tuduhan bahawa dengan mendefinisikan konservatif dan reformis sebagai dua identiti yang terpisah. Perhatikan definis yang Mujahid berikan:

“Konservatif adalah golongan dalam parti yang melihat status-quo dan tidak berani keluar dari status-quo kerana menganggap itulah prinsip dan asas tertegaknya parti ini. Kelompok reformis mahukan parti keluar dari keadaannya dan melonjak kepada identiti baru untuk menggamit perubahan yang ada di sekelilingnya’.

Secara jelas, Mujahid gagal mengenal prinsip yang tetap tidak boleh berubah dan wasilah yang boleh berubah sehingga cuba memaksa org berpegang dengan prinsip supaya berubah dan memaksa idea orang yang ingin berubah kepada keburukan berprinsip. Padahal, prinsip dan wasilah berjalan seiringan bukan identiti yang terpisah tetapi keinginan Mujahid menggunakan divide and conquer  yang menyebabkan Mujahid mengiakan pemisahan ini.

Idea pecah dan perintah ini sebenarnya dilakukan oleh Khalid Samad (KS) apabila mewujudkan istilah “ulama vs profesional”. Walaupun di awal tulisan Mujahid menyatakan tidak setuju dengan istilah “ulama vs profesional”, Mujahid meletakkan juga dalam tulisan yang sama istilah ini dengan perakuannya, “Untuk mengenalpasti golongan bukan ulama maka terciptalah label ‘profesional’”. Ini menggambarkan kecelaruan Mujahid berfikir. Secara jelas, Mujahid cuba mencipta dan melebarkan istilah “ulama vs non-ulama” sebagaimana KS melebarkan istilah “ulama vs profesional”.

* Penulis ialah pensyarah di sebuah universiti tempatan dan banyak menulis mengenai PAS termasuk mengenai Islam Liberal dalam PAS.

* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

Sumber: http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/ulama-vs-non-ulama-game-pecah-dan-perintah-mujahid-muhammad-atiullah-othman

 

Baca lagi

http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/persaingan-dalam-pas-dr-mujahid-yusof

http://www.themalaysianinsider.com/opinion/mujahid-yusof-rawa/article/ulama-dan-bukan-ulama-lagi

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: