Inikah bakal calon Timbalan Presiden PAS?

PROJEK ‘WOW’ HUSAM JAMNAPARI : APA JAWAPAN HUSAM?

993703_430259210429170_69598472_nTidak pelik pun Husam tidak diperkenan sultan meneruskan jawatannya sebagai exco negeri. Sekalipun isu-isu dalaman dan hubungannya dengan pihak istana dikatakan punca namanya digugurkan dari senarai exco, apa yang lebih utama pasal Husam ialah apabila banyak idea ‘wow’nya telah memberi bebenan kepada Kerajaan Kelantan.

Selain isu Projek Lebuhraya Rakyat, Projek Jihad Ternak Kambing Jamnapari adalah antara projek yang merosakkan perancangan ekonomi dan sektor pertanian di negeri Kelantan. Projek yang menyediakan skim pemberian kambing kepada orang-orang miskin itu kononnya adalah bertujuan untuk membaiki taraf hidup orang-orang miskin dan menambah pendapatan sampingan kewangan mereka.

Malangnya Projek Jihad Ternak ini tidak mencapai objektifnya dan tiada seorang pun penduduk kampung yang berjaya menternak kambing jamnapari melalui projek ini. Lebih teruk lagi, Husam membelakangkan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Negeri ketika itu (YB Dr. Nik Mazian) dengan kerja-kerja belakang tabirnya bersama-sama dengan kroninya sebelum membawanya ke mesyuarat exco.

Lebih menarik tentang projek rancangan Husam ini sehingga dia sinonim dilabelkan sebagai ‘HUSAM JAMNAPARI’ ialah kerana perselisihan faham di kalangan pemegang saham sehingga membawa isu ini menjadi kes mahkamah. Husam agak licik dalam semua urusan kerana menggunakan proksi dan tidak menggunakan perjanjian bertulis dalam semua urusan perniagaannya. Husam menyalahgunakan status politiknya sebagai exco untuk mengarahkan GLC di bawah kerajaan PAS Kelantan menyalurkan modal untuk bisnes peribadinya.

Minatnya dengan kambing jamnapari sehingga dia membeli tiga ekor kambing secara tunai bernilai RM66,400. Husam juga telah dibawa berkenalan dengan seorang peniaga kambing jamnapari, Mohd Amin Pipit di Beranang, Negeri Sembilan. Sepulangnya dari melihat kawasan penternakan itu dia telah meluluskan satu tapak penternakan projek kambing jamnapari di Rong Chenak, Tok Uban, Pasir Mas, Kelantan.

Husam telah mengarahkan Fazli Abd. Samat, bekas Pengarah Urusan Kompleks Perkayuan Kelantan Sdn. Bhd. (KPKSB) untuk menggunakan duit KPKSB sebanyak RM6 juta untuk dimasukkan ke dalam akaun Akademi Pembangunan Keluarga Bahagia Berhad (APKBB) sebagai modal untuk Projek Kambing Jihad Ternak. APKBB ialah syarikat kroni Husam yang menjalankan usahasama dengan syarikat projek kambing Negeri Sembilan bagi menjayakan Projek Jihad Ternak di Kelantan.

Kemuncak krisis projek ini apabila berlaku perselisihan faham antara semua yang terlibat dan masing-masing berkeras ingin menjadi pemilik autonomi. Akhirnya projek itu difailkan ke mahkamah. Ia masih dalam perbicaraan di mahkamah antara Mohd Amin – Fauzi Daud (rakan usahasama projek kambing Negeri Sembilan) dan APKBB. Kedua-dua pihak sedang dalam proses mahkamah untuk memiliki ladang dan kambing berkenaan.

Buat masa ini Mohd Amin – Fauzi Daud sedang menguasai kandang berkenaan manakala pihak APKBB tidak dibenarkan masuk atau melakukan apa-apa aktiviti seperti sebelum ini. Sekali lagi ‘WOW’! Inilah kehebatan Husam memacu ekonomi Kelantan – rakyat miskin tidak mendapat manfaat, kambing entah kemana, wang pula hangus berjuta.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: