Surat terbuka kepada YDP PAS Putrayajaya

kamaruzaman.

Assalamu’alaikum.
Ana hanya boleh beri penjelasan setakat dalam pengetahuan ana dalam konteks perbincangan dalam mesyuarat AJK kawasan sahaja. Ini kerana ana tidak termasuk mana-mana kelompok kumpulan sama ada ‘khianat’ atau ‘tikam belakang’ YDP. Ini kerana ana tidak pernah mewujudkan kelompok atau join ‘mesyuarat selepas mesyuarat’ dengan mana-mana AJK, biasanya lepas mesyuarat ana balik. Mana mungkin ana termasuk dalam mana-mana komplot.

Kali terakhir ana dapat bermesyuarat bersama YDP sebelum PRU13 di mana pada malam itu berlaku ketegangan yang kritikal. Ana sendiri terkejut dan tak sangka macam mana boleh jadi macam itu ?
Hakikatnya kita telah membuat keputusan secara syura tentang calon dan tiada percanggahan pun untuk mencalonkan Dato’ Husam Musa.

Cuma kesimpulan yang boleh ana buat berlaku konflik dengan cara pendekatan YDP dan sebahagian AJK dalam usaha untuk memastikan calon kita itu dipilih oleh PAS Pusat.
YDP lebih tegas dan agak radikal sedikit untuk pastikan DHM bertanding di Putrajaya berbanding sebahagian AJK yang lebih redha dan terima sahaja siapa calon yang diputuskan oleh PAS Pusat.

Setelah berlaku ketegangan (lebih sesuai disebut pertelingkahan rasanya) dalam mesyuarat antara Setiausaha, TYDP dan beberapa AJK kanan (ana bukan ajk kanan sebab dilantik oleh YDP), tetiba SU merajuk dan meninggalkan mesyuarat. Dia menarik diri dan tidak mahu melibatkan diri dalam Jentera Pilihanraya, sedangkan PRU semakin hampir. Maka bermula di situlah isu nak merehatkan YDP.
Ana sendiri jadi terkejut dengan situasi tegang itu dan keputusan nak rehatkan YDP ini, namun rasanya ana masih beri pandangan yang neutral dalam mesyuarat.

Tapi terus terang ana nak beritahu ustaz, dalam hati ana sebelum itu lagi tertanya-tanya bila melihat carta organisasi JPRK, kenapa YDP tiada dalam carta ? Kenapa tiada peranan diberikan ? Sepatutnya YDP yang memimpin, tapi fikiran dah jadi tak tentu dan lidah jadi kelu nak tanya dalam mesyuarat dek kerana berlaku ketegangan dalam mesyuarat.

Dalam hati ana bila SU dah berlalu pergi, ana dok fikir mungkin ini masalah komunikasi (communication breakdown) antara SU dengan YDP, tak tahu apa puncanya ? Tapi hakikatnya yang menjadi mangsa keadaan adalah beberapa ajk yang terpaksa hadapi ketegangan dalam mesyuarat. Ana dok harap dan fikir perkara ini boleh settle lah kot antara YDP dan SU, tapi lain pula jadinya.

Bila TYDP ambil alih pengerusi dah nak direhatkan pula YDP kerana SU dan sebahagian AJK semacam tidak boleh bekerjasama dengan YDP, sedangkan PRU makin hampir, masa agak kritikal. Ana dah jadi keliru, sepatutnya YDP yang memimpin dan kita bersatu untuk hadapi PRU. Akhirnya secara kolektif diputuskan YDP direhat sehingga selepas PRU13, walaupun detik hati ana tidak setuju. Ana cadangkan sebaik selepas PRU13 mesti kena panggil YDP menjalankan tugas semula.

Episod selepas PRU13.
Ana masih hadir beberapa kali Mesyuarat AJK yang diadakan. Untuk pengetahuan ustaz, ana adalah satu2nya ajk yang sering bertanya tentang status YDP bila hendak dikembalikan tugasnya ? Ana tanya sama ada sebelum mesyuarat bermula, semasa mesyuarat dan ada juga sebaik sahaja selesai mesyuarat. Kali terakhir ana menerima jawapan daripada TYDP, katanya dia dah rujuk dengan PJ, dia kata tunggulah dekat-dekat dengan Mesyuarat Agung nanti.

Bila hari mesyuarat agung, ana tanya pula Pen. SU, YDP tahu tak mesyuarat agung ? Beritahu dan hadir tak YDP ?

Persoalannya, mengapa setiap kali mesyuarat AJK ana tanya tentang status perkembangan ustaz sebagai YDP ?
Mengapa semasa mesyuarat agung ana masih tanya juga kehadiran ustaz sebagai YDP ?

Itu tandanya ana masih ingat ustaz. Ana masih kasih dan sayangkan ustaz. Maknanya ana masih hormat dan iktiraf ustaz sebagai YDP.

Jadi kesimpulan penjelasan ini ana sekali-kali tidak pernah khianat dan tikam belakang ustaz. Dakwaan dan sangkaan itu tidak benar sama sekali.

Mohon maaf jika penjelasan terlalu panjang dan memenatkan ustaz untuk membacanya. Ana juga mohon maaf kerana belum kesempatan berjumpa dengan ustaz. Ini pun ana tulis ketika berbengkel berada di Lumut. Itulah kelemahan ana, yang mana kita jarang berjumpa dan berkomunikasi di luar, cuma di dalam mesyuarat sahaja.

Sekian. Wassalam.
29 October at 23:14 via mobile

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: