Asalnya IRC Menjadi JIM, Selepas Itu IKRAM dan Sekarang Mereka Adalah PARASIT

Apabila Almarhum Tuan Guru Harun Taib menyuarakan isi hatinya tentang Abu Urwah a.k.a Saari Sungib yang dikatakannya tidak ikhlas bersama-sama PAS, ramai yang mengecilkan mata dan menyangkakan Almarhum berdengki hati dengan Abu Urwah.

Namun hakikat kelebihan yang Allah Taala kurniakan kepada ulama seperti Almarhum, tidak dapat dibandingkan dengan logik pemikiran manusia.

Ramai yang dahulunya bersangka baik bahawa golongan berkenaan ikhlas menyertai PAS, kini menggeleng-geleng melihat tingkahlaku dan gelagat kedua-dua orang ADUN PAS yang melebihkan kepimpinan parti lain berbanding parti sendiri.

Menyingkap sejarah silam, kalangan jemaah PAS sangat berwaspada dengan golongan dari IRC yang kemudian ditukar nama menjadi JIM dan kemudian bertukar lagi menjadi IKRAM. Kelompok ini saling tidak ubah mengambil pendekatan ILLUMINATI dengan mencaturkan orang-orang mereka untuk masuk ke dalam semua parti politik di negara ini terutama sekali parti yang bermajoritikan umat Islam, bertujuan untuk menguasai parti tersebut pada kemudian mereka. Mereka mempunyai pelan sokongan jikalau hasrat utama mereka digagalkan iaitu menubuhkan parti baru.

Mungkin ramai yang tidak sedar, Gerakan HIS atau Harakah Islamiyyah Syamilah telah dapat dikesan semenjak tahun 1980-an lagi.

Beberapa hari lepas, kita mula mendengar saranan agar golongan profesional PAS mufaraqah dari PAS dan menubuhkan parti baru. Hari ini, Abu Urwah dan Hasnol Baharuddin terang-terang mencabar Presiden, Mursyidul Am dan PAS secara keseluruhannya. Dan seperti yang dikatakan oleh Ustam Idham Lim, kedua-duanya wajar keluar secara sukarela dari PAS dan mengisytiharkan diri sebagai ahli PKR atau DAP apabila kedua-duanya menzahirkan sokongan mereka kepada Wan Azizah, isteri kepada Anwar Ibrahim sebagai Menteri Besar.

Perlu diingat, antara jasa terbesar Anwar Ibrahim kepada kelompok ini ialah Anwar telah menggunakan kuasanya sebagai anggota Kabinet Kerajaan Pesekutuan untuk meluluskan pendaftaran JIM suatu ketika dahulu sebagai NGO berdaftar di Malaysia untuk bekerjasama dengan IKD yang sememangnya merupakan pusat pengkaderan bala tentera dan tukang propaganda buat Anwar.

Sekarang kedua-duanya telah membuktikan bahawa JIM adalah kumpulan parasit terbesar dalam PAS. Kewaspadaan yang diberitakan oleh Almarhum Tuan Guru Harun Taib dahulu, kini telah terbukti apabila kedua-duanya mendahului parti dan pucuk pimpinan sehinggakan mereka tidak sabar-sabar lagi untuk menyuarakan sokongan kepada Anwar Ibrahim tanpa perlu menunggu sehingga selesai 17 Ogos

 

Sumber http://santauberapi.blogspot.my/2014/08/asalnya-irc-menjadi-jim-selepas-itu.html?m=1

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: