Fahami konsep niat bersama PAS, wala kepada parti

  Apabila kita mengisi borang Pas, ertinya diri kita sudah berintima’ ( bergabung) dengan jamaah Pas dalam amal Jama’i. Amal jamai ialah kerja jamaah yang mempunyai struktur keahlian dan kepimpinan untuk mencapai hasrat dan cita-cita yang sudah termaktub di dalam perlembagaan parti atau jamaah. Perkara asas yang perlu ada kepada ahli yang mengaku dirinya Pas iaalah Al-Fahmu ( Faham). Sama seperti apa yang digariskan oleh Imam Syahid Hassan Al Banna iaitu alfahmu yang paling awal di dalam rukun Baiah. Beliau tidak meletakkan ikhlas sebagai rukun yang awal.

Pentingnya faham, bila kita bersama dengan Pas. Bukan masuk Pas kerana peribadi, kagum dengan pimpinan tertentu, tidak puas hati dengan Umno, kecewa kerana tidak dapat jawatan, kalah dalam pertandingan. Sebaliknya kerana dasar yang ada kepada perjuangan Pas iaitu Islam, seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Pas Fasa 3.

Kita faham bahawa kita taat kepada pemimpin selagi tidak suruh kepada perkara maksiat. Walaupun kadang-kadang pahit untuk ditelan, tetapi itulah nikmat perjuangan. Selalunya yang pahit itu penawar, manis itu racun yang berbisa. Cubalah kita telan walaupun terpaksa menutup hidung. InsyaAllah di sana ada kebaikan dan mendapat keredaan Allah SWT. Sabda Rasulullah SAW “Barangsiapa taat kepada Aku, maka sesungguhnya ia taat kepada Allah, dan sebahagian taat kepada Aku iaitu mentaati ketuaKu”

Hendaklah kita faham bahawa kita berjuang di dalam Pas kerana hendak mencari ridha Allah untuk melihat Islam dihayati sebagai cara hidup. Kerana satu daripada tanggungjawab dakwah yang akan dipersoal oleh Allah SWT sebagaimana Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud “Kamu semua adalah pemimpin, setiap pemimpin akan dipersoal mengenai hal rakyatnya”. Walaupun nafsu ammarah kita sering mengusik jiwa kita supaya jangan terlibat di dalam kerja-kerja amal Jama’i. Sebab itu mereka yang tidak faham akan tergoda dan akan meninggalkan perjuangan. Mereka yang tidak faham menganggap kerja Amal Jama’i satu kerja yang membuang masa. Menganggap bahawa ini tidak ada kaitan dengan akhirat. Biarlah apa orang hendak kata kepada kita. Semuanya dibuktikan selepas kita mati nanti.

Faham Islam yang diperjuangkan oleh Pas ialah Din Wa Daulah (Agama dan negara), Bukan dalam bentuk ritual semata- mata. Semua ahli yang bersama dengan Pas wajib berusaha untuk memahamkan Islam yang syumul. Mereka mesti memahami Islam melalui program tarbiah yang dibuat oleh parti dan ustaz yang terlibat secara langsung dengan parti. Di dalam manhaj tarbiah Pas, kita susun mengikut maratib ( susunan) A, B, C. Ertinya penekanan awal bermula dengan tasawwur Islam yang syumul merangkumi Akidah, Ibadah dan Akhlak. Perkara asas ini perlu difahami terlebih dahulu. Sekiranya abjadiat ini tidak difahami maka, ahli ini akan mendatangkan masalah kepada parti. InsyaAllah jika faham perkara ini seorang ahli Pas tidak pening, resah dan gelisah apa yang berlaku dalam jamaah. Apabila tidak menghayati ruh ini, maka akan berlaku orang yang mabuk laut bila bahtera dilanggar ombak dan taufan.

Kita mesti faham bahawa apa yang diputuskan oleh pimpinan berteraskan kepada apa yang berpaksi kepada syara’. Dia faham bahawa Pas dikawal oleh Majlis Syura Ulama dalam soal dasar. Sebarang keputusan yang Majlis Syura ulama putuskan, kadang-kadang tidak popular, contohnya penggunaan kalimah Allah di kalangan orang bukan Islam. Keputusan yang dibuat berdasarkan ilmu bukan nafsu. Jangan pula bila Majlis Syura putuskan yang tidak selera dengan cita rasa kita, maka melenting macam orang mabuk ketum.

Begitu juga kita mesti faham, Pas menerima tahaluf Siasi yang diputuskan oleh Majlis Syura Ulama pada tahun 1986. Majlis Syura yang berbekalkan hujah syara’ dan melihat senario politik telah membuat keputusan yang berani. Sewaktu itu Pas bersama dengan CCC, Nasma,PSRM. Walaupun pilihanraya tersebut Pas kalah teruk. Media BN telah eksploit dengan menuduh Pas sudah berubah dasar kerana berkawan dengan parti yang berlainan dasar. Pas juga dikritik dengan hebat oleh ustaz yang tidak faham feqah politik, tetapi Pas terus bangkit dan menerangkan kepada masyarakat mengenai tahaluf siasi. Pada tahun 1990 Pas terpaksa berhadapan dengan ” Pas 51″ atau pun golongan ISLAH yang tidak bersetuju dengan Pas yang bertahaluf dengan Parti Semangat 46. Akhirnya lanskap politik baru telah dilakarkan di negara ini. Pas berjaya memerintah di Kelantan sehingga hari ini. Jika dahulu Pas asing di dalam masyarakat bukan Islam, sekarang sudah berbeza. Begitu juga Dap yang dianggap parti perkauman Cina telah berjaya dibuat pencerahan oleh Pas di dalam masyarakat Melayu, akhirnya Dap sudah tidak kekok lagi dalam masyarakat Melayu. Pihak musuh cuba bekerja siang malam untuk memecahkan perpaduan bersama rakan-rakan tahaluf tetapi masih tidak berjaya.

Faham tentang uslub yang diambil oleh Pas ialah, Muwajahah Silmiah (pendektan aman). Inilah uslub yang diajar oleh Nabi Muhammad SAW memilih perkara yang mudah daripada yang sukar, bermaksud “Aku memilih yang mudah daripada yang susah”. Walau pun kita lama berjuang dan berdakwah hampir 63 tahun selepas kewujudan Pas secara rasmi 1951. Sudah 13 kali kita menyertai Pilihanraya Umum namun belum lagi diberi kemenangan untuk memerintah negara. Biasalah adat berlawan, ada ketika menang dan ada ketika kalah. Kerana menghadapi pilihanraya yang penuh dengan cabaran. Pas bukan berlawan dengan parti tetapi berlawan dengan jentera negara. Parti lawan menggunakan 3 M ( machinery, money, media). Jentera kerajaan digunakan semaksimum mungkin untuk memastikan kemenangan Barisan Nasional. Janji wang ditabur macam salji dan media konvensyenal yang telah menjadi alat propaganda parti lawan sehingga kita tidak bernafas.

Mesti faham struktur parti berdasarkan Perlembagaan Pas. Jangan ketepikan Perlembagaan ketika menguruskan parti. Berlakunya krisis organisasi apabila tidak mengikut arahan Perlembagaan parti. Perkara ini mesti dihadamkan oleh setiap peringkat ahli, jangan ikut selera masing-masing. Bukan semua orang boleh jadi juru cakap parti. Kalau semua pakat hendak bercakap, maka parti kita menghadapi masalah. Di dalam peperangan hanya ada satu arahan, samaada bersetuju atau tidak wajib diikuti. Jika kita tidak bersetuju, nanti orang lain juga mengambil sikap yang sama sewaktu kita menjadi ketua. Sampai orang awam tidak tahu arahan siapa yang perlu diikut dan didengari. Akhirnya yang rugi ialah jamaah.

Mesti kita faham sepandai mana sekalipun kita, sebijak mana sekalipun kita tidak sama dengan keputusan yang dibuat oleh jamaah. Inilah janji Allah SWT seperti Sabda Rasulullah SAW bermaksud “Tangan Allah bersama dengan Jamaah, sesiapa yang mengasingkan diri daripada jamaah ia telah menolak dirinya ke neraka”. Latihlah diri kita supaya boleh menerima keputusan jamaah. Mungkin kita rasa diri kita pandai, mungkin kuputusan jamaah bertentangan dengan pendapat peribadi kita. Mungkin pandangan kita tidak sesuai lagi sekarang, tetapi menjadi kenyataan masa akan datang. Contohnya Almarhum Profesor Zulkifli Mohamad pernah mencadangkan Pas membuka ahli bersekutu kepada orang bukan Islam di dalam mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat tahun 1960 an dahulu. Pandangannya ditentang oleh AJK Pas Pusat, sehingga beliau menarik kembali cadangan beliau. Pada hal waktu itu orang Islam hampir 80 peratus di negara kita. Beliau sudah nampak bagaimana unjuran pertumbuhan penduduk di negara ini. Beliau pula tidak bantah dan buat kenyataan akhbar apabila cadangan beliau ditolak. Almarhum faham, jamaah mesti didahulukan. Setelah hampir 50 tahun kewujudan Pas, maka barulah Pas menubuhkan Dewan Himpunan Penyokong Pas. Inilah nikmat berjamaah.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: