Kini BAIAH bukan EKSLUSIF tapi INKLUSIF

IRC-JIM-G18-GHB sibok dengan kalimah INKLUSIF, kini BAIAH bukan EKSLUSIF tapi INKLUSIF

Perkataan inklusif bermakna “semua dikira sama, semua dimasukkan bersama, semua orang kena tahu”…..IRC-JIM-G18-GHB sebelum ini sering menghentam PAS kononnya PAS tidak inklusif bila tidak terima orang bukan Islam sebagai ahli PAS, dan menjadikan orang Islam ekslusif dalam PAS. Orang bukan Islam pula dieltakkan dalam DHPP, Dewaan Himpunan Penyokong PAS. Lalu IRC-JIM-G18-GHB tawarkan kepada orang bukan Islam supaya masuk parti baru mereka yang belum lulus, kerana mereka dakwa tidak ada isu eksklusif dalam parti baru. Semua orang inklusif dalam parti baru. Malah Presiden parti baru kelak boleh terdiri dari bukan Islam.

Baiah calon PAS untuk menjadi wakil rakyat PAS adalahsatu yang EKSLUSIF. Tidak pernah berlaku dalam sejarah tanah air, BAIAH ini disebut secara terbuka kepada ahli biasa PAS semuanya, apatah lagi kepada orang awam.

Baiah calon PAS untuk menjadi wakil rakyat adalah EKSLUSIF. Tetapi dengan timbulnya wakil rakyat PAS yang berpaling tadah dan mahu lompat parti, BAIAH yang ESKLSUSIF untuk kelompok tertentu dalam PAS sudah menjadi INKLUSIF kerana rakyat umum dan penduduk dunia mulai tahu apa itu BAIAH calon PAS untuk menjadi wakil rakyat.

Alhamdulillah, barangkali sudah sampai masanya Allah mahu mendidik manusia seluruhnya apa itu baiah dalam politik Islam. Rakyat Malaysia khususnya parti politik sekular mulai faham bahawa PAS tidak memisahkan politik dan agama, tidak memisahkan urusan agama dan urusan jadi calon dalam PAS yang percaya kepada perjuangan Islam yang dibawa.

Rakyat Malaysia khususnya parti politik sekular khususnya DAP, PKR dan UMNO sudah faham bahawa calon PAS bukan berjanji taat setia pada parti sahaja tetapi pada Allah dan Rasul, kerana mahalnya harga satu perjuangan ini di di sisi Allah dan pelanggaaran janji atas nama Allah dan Rasul boleh membawa laknat dari Allah dan manusia seluruhnya. Oleh itu, DAP, PKR dan UMNO serta rakyat umum faham sekarang, PAS serius dalam memilih pemimpin dan memelihara amanah dari undi rakyat.

Wakil Rakyat DAP da PKR pernah lompat parti di Perak, dan kerajaan PR Perak tumbang selepas 9 bulan. Wakil rakyat UMNO-BN pernah lompat parti dan menyusahkan rakyat dan parti asal mereka. Wakil rakyat PBS, USNO dan parti politik di Sarawak pernah lompat parti dan mensia-siakan undi yang rakyat bagi pada mereka ketika mereka bertanding atas tiket parti asal. Maka PAS bertegas dan serius dalam memastikan wakil rakyat PAS memikul amanah dengan tulus, jujur, telus, dan penuh integriti. Kalau wakil rakyat PAS tidak mampu lagi memikul amanah ini, maka mereka hendaklah letak jawatan.

Begitulah konsep dan skop BAIAH calon PAS untuk jadi wakil rakyat kini sudah menjadi maklumat umum, tidak lagi EKSLUSIF pada calon PAS dan pimpinan PAS sahaja. Alhamdulillah, inilah satu bentuk pendidikan politik dan dakwah Islam yang sedang berlaku dalam negara kita. Dalam proses pendidikan politik Islam ini, ada pihak yang “EKSLUSIF” jadi contoh orang yang melanggar BAIAH yang sebelum ini dianggap INKLUSIF. Wallahualam

Abu ‘Ali
Kajang Selangor

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: