NAIB YDP PAS GOMBAK DESAK SIASATAN KE ATAS TARMIZI

tarmiziKuala Lumpur , 13hb September 2014 – Naib YDP PAS Kawasan Gombak mendesak pengurusan Harakah dan PAS supaya mengadakan siasatan ke atas isu Print Screen yang melibatkan seorang kakitangan Harakah.

Menurut kenyataan tersebut sebarang anasir fitnah perlu dibersihkan dari PAS. Berikut adalah kenyataan penuh beliau:

Integriti Wartawan harakah Yang Merudum.

Tiga hari yang lepas sebilangan Ahli PAS dikejutkan dengan pendedahan printscreen Whatsapp antara Dato tarmizi Md Jam dengan rakan beliau. Amat menyedihkan jawapan dato Tarmizi md Jam yang secara terang terang menuduh TG Presiden, TG Haji ABdul Hadi Awang sebagai orang yang dengki dengan Anwar Ibrahim. Ini kesan daripada keputusan yang tak disukai pada 25 Ogos Yang lalu.

Pendedahan ini diakui sendiri oleh beliau apabila beliau menjawab desakan jawapan dari seorang pengguna FB dengan Profile Wan Jtk. Dalam memberi jawapan kepada desakan Wan Jtk, Dato tarmizi cuba menyatakan bahawa itu adalah saraf yang dimainkan oleh UMNO.

Namun, menghairankan juga kesilapan dato tarmizi Md Jam, dalam Printscreen yang didedahkan sendiri itu ternyata ada ruang cover up yang jelas. Jawapan Saraf yang disebut itu diberi lebih 24 jam selepas jawapan yang mengatakan TGHH Sudah sekian lama membenci DSAI.

Sekiranya itu adalah senario saraf yang dinyatakannya, pasti jawapan itu sebaik sahaja jawapan yang pertama diberitahu. Namun, bijaknya, jawapan saraf itu ditulis 28 jam selepas jawapan yang menuduh TGHH.

Kalau dilihat daripada prestasi ini, ternyata integriti wartawan senior harakah ini harus dipersoal. Beliau sepatutnya diheret kepada pengurusan Disiplin Harakah. Adalah amat tidak patut seorang wartawan bagi Suara Parti menyebarkan fitnah terhadap Presiden PAS.

Tidak asing bagi sesetengah orang Dato tarmizi Md Jam yang berjawatan sebagai NYDP kawasan Batu adalah orang yang punyai hubungan Baik dengan Timbalan Presiden, Saudara Mohd Sabu. Malah, Kawasan batu dahulu adalah Kawasan yang menganjurkan Ceramah Tanpa Henti Mohd sabu pada 1998 yang mengkritik Anwar sehingga terkenal gelaran Anwar Al juburi disebut sebut oleh lidah UMNO.

Saya mendesak kepada pengurusan harakah dan PAS supaya menyiasat perkara ini bersungguh sungguh dan sebarang anasir pefitnah perlu dibersihkan dari PAS.
Semoga tulisan ini dapat menyedarkan sebahagian ahli PAS yang terpaksa menerima kemerosotan jualan Harakah sejak kebelakangan ini kerana tidak menjadi lidah rasmi PARTI yang berkarisma yang dapat melebarkan pengaruh ISLAM dan dakwah PAS

Kamalulhysham Bin Mohd Suhut
NYDP GOMBAK
13hb September 2014

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: