PasMa dan dimensi baru politik tanah air.

Dalam keadaan sekarang, saya harap tiada ahli PAS yang berhasrat untuk keluar PR atau menyatakan sesuatu yang membawa kepada tuduhan untuk bergabung dengan UMNO.

Orang tertentu dalam PAS sendiri cuba bawa PAS ke kandang pesalah yang kemudiannya akan dihukum tendang dari PR. Kemudiannya, akan muncul kumpulan baru dari PAS menyertai PR kembali, tapi kali ini bukan atas nama PAS. Sekarang ia ke arah itu. Tuduhan UG akan diratib setiap hari supaya kita melatah dan sambut dengan penafian. Dari jauh orang akan melihat isu UG timbul kembali dan mereka berjaya bina persepsi.

Ini cara UMNO masa tuduhan liwat Anwar. Walaupun Anwar didapati tak bersalah, persepsi yang berjaya dibentuk ialah ‘sebut Anwar ingat liwat’. Sampaikan ada yang naik geli bila lihat tenungan Anwar. Kasihan dia.

Nampaknya kepercayaan terhadap PR akan dileburkan dengan cara ini. Kita pejuang ikhlas PAS kena teruskan dengan PR selagi tidak ditendang atau keputusan pimpinan berubah. Kalau ditakdirkan kita dikhianati, biarlah kita dibuang sebagai hero, dibuang kerana sayangkan konsensus asal PR, diusir sebab mempertahankan prinsip, supaya masyarakat lihat kitalah satu-satunya parti yang konsisten berpegang kepada prinsip asal yang jelas semenjak dulu.

Penubuhan kumpulan baru dalam PAS ini walaupun menyedihkan, tetapi mungkin inilah proses tuhan kumpulkan semua yang berpura-pura selama ini pada satu tempat, seperti tuhan sedang kumpulkan Yahudi di tanah Palestin ketika ini, menunggu kehancuran sekaligus.

Jika alasan menubuhkan kumpulan baru hanya kerana tidak setuju dengan strategi tertentu, ia sudah lari dari prinsip Islam. Tak boleh keluar dari wala’ hanya kerana berkara furu’ dan ijtihadi.

Tak mustahil lepas ini akan muncul kumpulan baru pula yang tak puashati dengan strategi kumpulan baru sekarang. Ianya tidak akan berkesudahan. Semua ini tak membantu mengukuhkan kesatuan orang Islam.

Bayangkan kalau sebahagian pemain MU tubuh kumpulan baru bernama New Manchester United (NMU) hanya sebab tak puashati Van Gaal larang main handphone sebelum match, apa akan jadi pada MU? Padahal mereka masih punya kontrak taatsetia (baiah) dengan kelab. Pasti yang langgar baiah itu akan berdepan hukuman seperti yang termaktub dalam baiah. Otherwise, saya bukan penyokong MU.

Lainlah kalau Van Gaal putuskan MU perlu main netball pula. Itu dah lari dari dasar kelab bolasepak. Saya orang pertama yang sokong penubuhan NMU!

Harap faham.

Alang Shukrimun

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: