PASMA ditubuhkan untuk perangi Kepimpinan Ulamak dalam PAS

pasma

PASMA Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia, satu NGO yang lahir kerana kekecewaan golongan Anwariyun dalam percubaan menguasi PAS. Ia tubuhkan pada 11 Ogos 2014 tetapi mula menjalankan Roadshow bermula di Kelantan pada tahun ini sebelum berlangsungnya Muktamar Tahunan PAS di Batu Pahat Johor.Sehari sebelum sesi Roadshow di Kelantan, para penggerak utama PASMA telah bertemu di rumah Husam, Naib Presiden PAS.

Kebanyakan ahli PASMA adalah ahli JIM (IRC) yang kini dikenali sebagai IKRAM. Murabbi mereka ialah Ustaz Alias Othman dari Universiti Malaya sejak awal 80an. Ustaz Alias Othman menjadi murabbi kepada mereka di UM, dalam IRC (UK), IRC (Mesir, Jordan, Syria) dan MISG (USA & Canada) dengan bantuan Murabbi Ikhwan Alami di luar negara. Penubuhan PASMA adalah salah satu langkah yang telah digariskan dalam Grand Design JIM yang dibuat oleh YB Shaari Sungip dan dibantu oleh Dr Dzulkifli Ahmad.

perkara 6.1

PASMA diwujudkan juga sebagai tanda protes terhadap Kepimpinan Ulamak dalam PAS. PASMA membawa satu doktrin bahawa ummah tidak perlu dipimpin oleh ulamak. Siapa sahaja boleh memimpin ummah. PASMA menolak hadis nabi yang menyebut al-ulamak warisatul anbiya’. PASMA percaya mereka juga ulamak (dalam bidang profesional mereka). Inilah satu fahaman atau doktrin yang bercanggah dengan Islam.

PASMA bercadang mengambillaih kepimpinan PAS dalam Muktamar akan datang melalui proses pmilihan AJK PAS Pusat. Mereka juga akan merombak Majlis Syura dan mencantas para ulamak dalam AJK PAS Pusat. Mereka terlupa bahawa PAS ini bukan macam ABIM atau IKRAM yang mana ahli-ahli mereka adalah orang belajar tinggi. PAS adalah parti rakyat marhaien, ahli yang tunduk dan patuh kepada kepimpinan ulamak. Ulamak menjadi teras dan tulang belakang parti. Apabila dibuang tulang belakang ini sepertimana mereka buat di dalam PAS Selangor dan Perak, maka terlerailah segala kekautan jamaah PAS. Inilah agaknya misi mereka, yang nampaknya sama macam misi UMNO dan sekular barat.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: