IKHWAN MUSLIMIN, ALAMI dan IRC Bhg II

Menyambung tulisan yang lepas yang menggambarkan secara kasar pergolakan dalam Ikhwan Muslimin yang menyebabkan wujudnya Ikhwan Alami dan seterusnya kesannya kepada lanskap jemaah di Malaysia. Apa yang belum disebut ialah jaringan ikhwan Alami yang ada di seluruh dunia. Selepas kematian Imam Hassan Al banna, Ikhwan Muslimin melalui fasa fasa yang sukar selepas dipimpin oleh Hassan Hudaibi. Di Zaman Hassan Hudaibi, ulama ulama besar yang berdamping dengan IM, kebanyakannya terpinggir seperti Muhammad Al ghazali, Muhammad Qutb, Syiekh Al Qardawi dan lain lain. Namun, mereka yang dipinggir ini tidak mengkhianati ikhwan sebaliknya menyumbang kepada umat melalui cara cara mereka seperti penulisan kitab dan makalah.

Kemelut ini berterusan sehingga kepada Zaman Mursyidul Am yang ketiga, Syeikh umar al tilmisani. Ketika Syeikh Umar Al tilmisani menjadi Mursyidul AM IM, Tg Haji Abdul Hadi belajar di Mesir bersama sahabat sahabat beliau seperti Tg Us harun Taib, Ustaz Yahya Uthman , Ustaz Muhd Zain dan lain lain. Menurut TGHH, selepas beliau meninggalkan Mesir pada tahun 1976, kesan perpecahan dalam Ikhwan merebak dengan besar sehingga menyebabkan banyak fraksi. Antara peristiwa besar ketika itu ialah Perjanjian Camp David 1979 selepas Perang Mesir-Israel, sehingga kemelut Pembunuhan Anwar Sadat.

Peristiwa peristiwa ini menunjukkan juga, dalam IM sendiri telah terdapat perpecahan yang tak dapat dibendung. Malah Syeikh Umar al Tilmisani sendiri di tahan selepas 1981. Menyebabkan IM juga dalam keadaan yang tidak menentu. Waktu ketika inilah, Pelajar Pelajar Malaysia yang dulunya mengikuti manhaj Ikhwan turut berpecah. dan pecahan ini menyebabkan dalam Ikhwan juga tertubuh perkaderan yang dikenali sebagai Ikhwan Alami. Ia bertujuan untuk ikhwan mempunyai jaringan di peringkat luar mesir dan antarabangsa. Perkembangan ini tidak dipesetujui oleh banyak pemimpin Besar Ikhwan di Luar mesir termasuk Syeikh Said hawwa.

Maka, atas nasihat dan galakan Syeikh said hawwa, TG Hj Abdul hadi awang memberanikan diri bertemu Mursyidul Am ketika itu, Muhammad hamid Abd Nasr untuk menasihati isu berkenaan Ikhwan Alami. Maka , semenjak dari situlah keberanian yang ditunjukkan oleh TGHH untuk menasihati Ikhwan telah mendapat perhatian bakal bakal mursyidul AM selepas itu seperti Syeikh mustafa Masyhur, Mehdi Akif, yang turut berada dalam pertemuan tersebut. Namun, sejak peristiwa itu, TGHH telah dihalang memasuki Mesir. Malah, Seorang ustaz dengan nama yang Sama berasal dari kedah, Ustaz Abdul hadi awang, yang sekarang ini sebagai penerbit buku dan pemilik toko Buku di Alor Star , turut menjadi tempias kerana punyai nama yang sama. Walaupun nasihat TGHH tidak diambil peduli, peristiwa itu telah menyebabkan TGHH dikenali dengan sebagai pimpinan masa depan yang punyai ketegasan dan Prinsip yang kukuh.<

Maka, perpecahan yang berlaku dalam ikhwan tetap berlaku. Di Luar negara, ketika Awal 1980 an, prof Ismail faruqi, seorang rakyat Palestin telah menubuhkan IIIT di Amerika bersama Syeikh Taha jabel Al Wani. Turut membantu penubuhan itu ialah Dato Sri Anwar Ibrahim, yang ketika itu adalah Pengerusi Pertubuhan WAMY selepas Almarhum Ustaz Yahya Othman. Di sini juga, kita boleh melihat titik temu pergerakan Ikhwan Alami dan hubungannya dengan Gerakan di Malaysia yang dipelopori Oleh IRC. Menurut sahabat sahabat di Mesir, ikhwan Alami turut merekruit kader di Mesir dari pelbagai Negara walaupun ditentang oleh Sebahagian ikhwah IM yang lain. Maka, di sinilah kita melihat dr Mujahid rawa direkrut oleh Ikhwan Alami di Mesir bersama sahabat sahabat yang lain, termasuk tokoh tokoh lepasan mesir yang berada dalam JIM/ISMA atau yang terbaharu di dalam IKRAM. Turut juga terlibat dalam perkaderan ini, tokoh tokoh dari ABIM. Dalam masa yang sama, mereka juga bersama sama wakil wakil dari negeri negeri lain termasuk Indonesia, Patani-siam , Singapura dan lain lain. Kemunasabahan pimpinan Ikhwan merekrut Ikhwan Alami mungkin untuk mereka mendapatkan talian hayat yang lebih apabila berlaku tekanan kepada IM di Mesir.

Menurut sumber pelajar yang turut belajar di UK dan di USA, yang pernah melihat sendiri perkembangan IRC dan MISG. ABu Urwah ( Saari Sungip) dan Abu Iman ( dr Dzulkefly Ahmad) adalah tokoh besar IRC di sana. Dalam masa yang sama, dr Rahim Ghouse, ahli IRC UK, menyambung pelajaran di Illinois dan menjadi Presiden MISG di benua Amerika. Ketika era 1980, MISG menjadi platform pergerakan dan persatuan Pelajar di USA. Di Sinilah, Dr Rahim ghouse, Wan Hasni Wan Sulaiman menjalin hubungan dengan Ikhwan Alami di sana yang berpusat di IIIT. Menurut tulisan dr Hafidzi Mohd Nor, Abu Urwah dan Abu Iman sering ke USA untuk pengisian program di sana. Di samping turut menjemput wakil wakil dari Malaysia dari PAS untuk pengisian mukhayyam dan lain lain. Kesan hubungan ini boleh dilihat apabila kita melihat kepada perkembangan UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA. Ketika Mana DSAI terlibat dengan UIA, beliau banyak mengambil pernsyarah melalui hubungan dengan IIIT termasuk juga pernah melantik rektor dari IIIT dan orang orang penting dari IIIT. Malah, IIIT pernah cuba membuka pejabat cawangan di Malaysia, di Petaling jaya sebelum berlakunya reformasi 1998. Cawangan yang terdekat di Asia tenggara terletak di Indonesia, melibatkan tokoh tokoh yang bergiat dalam PKS di Indonesia.

Di Era pertengahan 1980an sehingga akhir 1990an, jaringan yang dibina ANwar Ibrahim dan Kumpulan IRC ni terus bergerak. Dalam masa yang sama, kumpulan pelajar dalam MISG di Amerika turut berpecah kepada dua kumpulan. Akhirnya sebahagian yang lain membentuk kumpulan Pelajar yang baru Atas nama MISNA yang kelihatan Pro PAS. Tokoh tokoh yang terlibat dalam kancah konflik ini termasuk Syed Azman, Fuad Zarkashi, Shabery cheek dan lain lain. Melihat perkembangan semasa dalam PAS, tokoh tokoh yang lewat MISNA era 1990an juga muncul satu persatu seperti Jamzuri ardani, Hasnol Dubai dan Nazri Abd Aziz. Tokoh tokoh ini apabila bergiat dalam PAS, juga membentuk satu aliran baru, yang kalau dilihat, krisis yang berlaku dalam PAS akhir akhir ini, juga melibatkan personel personel yang pernah bergiat di MISNA dan MISG.

Ketika pembongkaran IRC dalam PAS di akhir 80 an dan juga penjelmaan IRC sebagai JIM sebagai wadah terus terang, pernah diadakan wacana debat antara TG Harun Taib dan IRC yang diwakili Abu Urwah di Dewan di UTM. Semua ini tersimpan dalam lipatan sejarah. Debat tersebut diadakan dalam tahun 1993. Ketika ini, IRC yang berwadahkan JIM lebih condong kepada Anwar Ibrahim dan membantu ANwar Ibrahim dalam imej yang berwajahkan islamik. Maka, tidak hairan apabila berlaku reformasi 1998, ramai mereka ditahan ISA kerana berkomplot bersama Anwar Ibrahim dalam menjadi jentera Anwar Ibrahim di peringkat Nasional.

Perlu diketahui juga, pelajar pelajar yang belajar di mesir yang dibimbing oleh Ikhwan Muslimin turut membentuk dan mempengaruhi perkembangan di Malaysia. Presiden IKRAM sekarang, Dato Parid Sheikh Ahmad adalah lepasan Mesir, Dr Mujahid Rawa, lepasan American Open University, Cairo, Presiden ISMA, ABdullah Zaik, juga lepasan Al azhar. Mereka ini, membentuk lanskap yang tersendiri apabila pulang ke tanah Air. Dr Mujahid Rawa tidak pernah terlibat dengan JIM, namun begitu aktif dengan fraksi IRC dan punyai hubungan Akrab dengan seorang tokoh Dewan Ulama PAS melaka, Ustaz Muhammad Nur Umar. Banyak lagi nama yang tidak disebut yang mungkin kita boleh ceritakan di masa hadapan.

Maka, tidak hairan juga, Dalam perkembangan manhaj IM yang pesat yang dibawa oleh pelbagai Individu yang mungkin punyai cita cita dan harapan berbeza, menghasilkan cara kerja berbeza. Manhaj IM yang dibawa ke Malaysia tidak dapat menyatukan semua sekali Ikhwan Alami, IRC , HALUAN dan individu individu yang lain. Maka pada tahun 1997, wujud lagi satu NGO iaitu ISMA (Ikatan Siswazah Islam Malaysia). ISMA dipimpin oleh Ustaz Abdullah Zaik dan dibantu ketika itu oleh Dr Dzulkefly Ahmad. Tahun 2005, ISMA tukar Nama kepada Ikatan Muslimin Malaysia. Namun, mungkin kerana penyertaan dalam reformasi 1998, Abu Iman meninggalkan ISMA dan kelihatan bersama kawan kawan dari IKRAM ketika berkempen di PRU 13 di Kuala selangor. Telahan saya, Hubungan Abu Iman dan Abdullah Zaik untuk membina ISMA mungkin terjalin ketika masing masing berada di Kelantan, yang Mana , Abu Iman ketika itu sedang berkhidmat di USM, Kubang kerian. Maka, tidak hairan juga bila kita melihat perkembangan ISMA di Kota Bharu agak Pesat. ISMA masih meneruskan polisi tidak bertembung dengan Kerajaan seperti Mana JIM di zaman Anwar Ibrahim Menjadi Orang Besar di Malaysia. Dan menurut maklumat sahabat di mesir, anak Abu Iman mengikuti Jejak ayahnya untuk bersama ISMA ketika ini.

Jika dilihat gambaran ini, dalam keadaan berhipotesis, kita boleh membina teori bahawa hubungan ISMA-IKRAM-IRC masih wujud di belakang tabir. Kebersamaan yang dibina berdasarkan hubungan Alami-IRC mungkin terus ada dalam mereka melakukan ekperimen Politik di Tanah Air. Dalam PRU 13, ISMA melakukan eksperimen melalui logo BERJASA. Manakala, IKRAM/IRC menumpang dalam PAS dan PKR. Antara tokoh JIM/IRC dalam pakatan Rakyat Ialah Fuziah Salleh, MP Kuantan, Yb Rodziah Salleh, ADUN Batu Tiga, Saari Sungip (ADUN Ulu Klang) dan wujud juga tokoh tokoh mereka dalam kerajaan Negeri kelantan.

Inilah sebahagian hubungan Ikwan Muslimin, Alami dan IRC yang boleh kita lihat dalam perkembangan Politik dan gerakan tanah Air. Dalam Siri yang akan datang, kita boleh juga melihat apakah peranan yang dimainkan oleh Murabbi Murabbi IRC untuk membina jaringan mereka di tanah air semenjak Mereka Pulang dalam tahun 1980 an. Untuk membaca salur galur permasalahan hari ini, perlu juga lihat konflik MISG-MISNA, PAS-IRC, kumpulan republik UM, republik Iran dan jaringan jaringan yang mungkin boleh dilihat kesan daripada perkembangan perkembangan tersebut.

Ahmad hakimi Othman<

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: