Ketetapan supaya pakatan rakyat diperkukuhkan adalah ketetapan bersyarat

Tahaluf Siyasi bukan mutlak, tidak boleh melangkau ketetapan dalam Al-Quran

Ketetapan-ketetapan Muktamar-Muktamar Tahunan PAS supaya Pakatan Rakyat diperkukuhkan sebenarnya bukanlah ketetapan-ketetapan mutlak tetapi adalah lebih kepada ketetapan-ketetapan bersyarat.
Ketetapan Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-54, di Stadium Indera Mulia, Jalan Kampung Simee, Ipoh, Perak, pada 15, 16 dan 17 Ogos 2008 (yang merupakan gabungan daripada usul-usul yang dikemukakan oleh Dewan Pemuda PAS Pusat, PAS Kuala Nerus, PAS Besut, PAS Kuala Kedah dan PAS Hulu Selangor) adalah berbunyi:
Menyedari bahawa Islam merupakan dasar perjuangan PAS dan Islam adalah agama yang merahmati sekalian alam;
Menginsafi bahawa politik Malaysia menghendaki supaya PAS berperanan dalam ruang lingkup politik dan dakwah yang lebih luas, termasuk kepada orang bukan Islam;
Memahami bahawa Pakatan Rakyat yang ditubuhkan bersama oleh PAS, PKR dan DAP adalah satu saluran terbaik bagi PAS untuk mengetengahkan Islam sebagai cara hidup dalam konteks membentuk sebuah masyarakat yang adil, telus dan berkebajikan; dan
Menyedari bahawa Pakatan Rakyat telah mendapat sokongan dan kepercayaan rakyat untuk melakukan reformasi politik di negara ini dalam Pilihan Raya Umum Ke-12;
Maka Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-54 yang bersidang di Stadium Indera Mulia, Ipoh, pada 15, 16 dan 17 Ogos 2008 bersamaan 13, 14 dan 15 Sya’aban 1429 mengambil ketetapan:
i. Menyokong pendirian PAS yang mahu PAS mempertahankan dasar Islam dalam menjalinkan hubungan kerjasama dengan Pakatan Rakyat;
ii. Mendesak kepimpinan PAS berusaha mempastikan kepentingan Islam dapat dipelihara dan dihormati dalam kerjasama politik yang dijalinkan;
iii. Mendesak kepimpinan PAS dapat memainkan peranan yang besar dalam menentukan dasar dan hala tuju kepimpinan Pakatan Rakyat;
iv. Menggesa PAS supaya berusaha menyampaikan dakwah dan kefahaman tentang Islam kepada parti-parti Pakatan Rakyat supaya tidak timbul kekeliruan terhadap dasar PAS dalam memperkukuhkan tahaluf siyasi;
v. Mendesak PAS memperkukuhkan kerjasama dalam semua aspek dengan Pakatan Rakyat dan menjadikan lima buah kerajaan negeri Pakatan Rakyat sebagai wasilah untuk pengukuhan kerjasama ini; dan
vi. Mendesak pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat supaya menghormati dasar perjuangan PAS dan tidak menimbulkan perkara-perkara sensitif yang boleh menjejaskan kerjasama ini.
Ketetapan Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-56 di Pusat Tarbiyyah Islamiyyah Kelantan (PUTIK), Pengkalan Chepa, Kelantan, pada 11, 12 dan 13 Jun 2010 (yang merupakan usul yang dikemukakan oleh Dewan Ulama’ PAS Pusat) pula adalah berbunyi:
Menyedari bahawa kepercayaan rakyat terhadap PAS semakin meningkat; dan
Menyedari strategi PAS melaksanakan Tahaluf Siyasi telah mula menunjukkan hasil dengan sokongan rakyat Muslim dan non-Muslim di negara ini;
Maka Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-56 yang bersidang pada hari ini, 28, 29 dan 30 Jamadil Akhir 1431 bersamaan 11, 12 dan 13 Jun 2010 di Dewan PUTIK, Pengkalan Chepa, Kelantan, mengusulkan dan mengambil ketetapan:
Memastikan dasar dan prinsip perjuangan PAS dipertahankan di samping mengukuhkan Pakatan Rakyat.
Jelas dapat dilihat bahawa dua komponen terpenting daripada ketetapan-ketetapan Muktamar-Muktamar Tahunan PAS ini adalah penegasan-penegasan mengenai:
(1) Kehendak Muktamar-Muktamar Tahunan PAS ini supaya Pakatan Rakyat diperkukuhkan.
(2) Kehendak Muktamar-Muktamar Tahunan PAS ini supaya PAS dapat memastikan dasar dan prinsip perjuangan PAS, iaitu Islam, serta kepentingan Islam, dipertahankan (serta supaya PAS dapat memainkan peranan yang besar dalam menentukan dasar dan hala tuju kepimpinan Pakatan Rakyat).
Dr Kamarul Yusoff
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: