Kenyataan 2: Siasatan Mengenai Hawaii Five O

KENYATAAN MEDIA BERKENAAN PENUBUHAN JAWATANKUASA SIASATAN TERHADAP DR HATTA DAN HAWAI FIVE O

Saya telah dimaklumkan sewaktu saya ke pejabat Agong PAS di Jalan Raja Laut berkenaan penubuhan sebuah jawatankuasa siasatan dan ahli-ahlinya yang telah diputuskan oleh harian Pas Pusat. Tujuan penubuhan jawatankuasa tersebut adalah untuk menyiasat memo aduan saya tempohari berkaitan terdapatnya komplot dari kalangan pemimpin kanan Pas Pusat yang mahu menguasai parti secara kotor termasuk menjatuhkan Presiden Pas, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan kepimpinan ulamak.

Saya juga ingin menyangkal dakwaan yang menyatakan bahawa saya tidak menggunakan saluran rasmi parti seperti saluran Jawatankuasa Tatatertib bagi menyelesaikan masalah ini. Sebenarnya ramai tidak mengetahui bahawa saya telah berusaha untuk menyelesaikan kes ini melalui saluran parti yang rasmi tetapi bagi saya jalannya tersumbat. Ramai tidak memahami bahawa permasalahan yang berlaku ialah saluran rasmi parti dikuasai oleh AJK PAS Pusat yang dikuasai oleh mereka-mereka yang terlibat di dalam komplot ini.

Sebagai contoh, saluran Jawatankuasa Tatatertib. Saya sebenarnya telah menemui Dr Daeng Sanusi Daeng Mariok (Pak Daeng) selaku Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib. Beliau telah menjelaskan kepada saya bahawa beliau tidak mempunyai bidangkuasa untuk melakukan siasatan berkenaan aduan komplot tersebut tanpa adanya arahan dan pemakluman daripada pihak Pas Pusat. Bagi saya, respon Pak Daeng tersebut selari dengan Fasa 82(2) tentang bagaimana saluran dan proses aduan disiplin itu boleh berlaku.

Selain itu, beliau tidak dimaklumkan lagi tentang ahli Jawatankuasa Tatatertib yang menganggotai jawatankuasa tersebut secara rasmi. Perkara besar seperti ini bukan boleh dibuat tanpa ada kuasa rasmi daripada PAS Pusat. Ini bermakna Jawatankuasa Tatatertib belum dapat berfungsi dengan peranannya yang sebenar.

Pada hari Jumaat 6 Mac 2015, saya telah menjejakkan kaki ke pejabat agong Pas untuk bertemu dengan SUK Ustaz Mat Khairul bagi mendapat penjelasan berkenaan jawatankuasa siasatan. Pada permulaannya saya mengalu-alukan penubuhan jawatankuasa siasatan tersebut tetapi setelah saya dimaklumkan senarai nama ahli jawatankuasanya, saya mula tidak yakin dengan kredibiliti dan ketelusan jawatankuasanya justeru dianggotai oleh pemimpin kanan PAS yang terlibat dalam konspirasi tersebut yang saya belum dedahkan namanya. Dr Hatta hanyalah seorang daripada sebahagian besar Pemimpin Kanan yang terlibat di dalam komplot kotor tersebut. Saya tidak berniat untuk mendedahkan semuanya kerana bagi menjaga maslahah parti. Saya hanya mendedahkan Dr Hatta dan macai-macainya sahaja supaya ahli PAS membuka mata mereka.

Tetapi bagi saya, mereka terus bersikap licik. Sepatutnya mereka serahkan kepada jawatankuasa Tatatertib yang bagi saya bersifat berkecuali kerana mereka bukan AJK PAS Pusat. Bahkan mereka melakukan perkara yang sangat pelik, iaitu membentuk jawatankuasa siasatan di kalangan AJK PAS Pusat bagi menyiasat AJK PAS Pusat sendiri. Sangat tidak masuk akal dan sangat jelas dilihat conflict of interest. Lebih membimbangkan ialah, dalam jawatankuasa siasatan itu terdapat 2 pemimpin kanan parti yang dilihat terlibat dengan Hawai Five 0. Cuba kita bertanya, kenapa tidak serahkan kes ini kepada Jawatankuasa Tatatertib yang bukan AJK PAS Pusat?Jika tanya Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib, jawapan mereka cukup jelas, kami belum diberikan apa-apa laporan dan ahli jawatankuasa belum dimaklumkan secara rasmi.

Bagaimana ketelusan dalam siasatan akan tercapai jika AJK PAS Pusat yang separuhnya sudah dikuasai oleh golongan Hawai Five 0 akan menyiasat diri mereka atau kumpulan komplot mereka sendiri?

Saya juga hairan bagaimana Dato’ Mustafa Ali sebagai pengerusi jawatankuasa siasatan pergi bermusafir ke UK bersama-sama dengan Mat Sabu yang juga suspek di dalam kes sebaran Audio menjatuhkan Presiden? Persoalannya, sepatutnya ditubuh jawatankuasa Khas yang berkecuali dan tiada kepentingan.

Saya pada awalnya berhasrat untuk hanya mendedahkan Dr Hatta sebagai kepala komplot bagi membuka mata ahli bawahan. Tetapi oleh kerana kelicikan kumpulan Hawai Five O yang terdapat dalam PAS Pusat, mereka melantik kumpulan mereka sendiri untuk menyiasat, maka saya rasa penting untuk saya dedahkan nama baru pemimpin kanan parti dalam masa terdekat.

Insyallah, dalam minggu ini atau minggu depan saya akan mula mendedahkan 1 atau 2 orang (mengikut keperluan) pemimpin kanan PAS Pusat yang turut terlibat dalam komplot tersebut yang sekarang ini menganggotai jawatankuasa siasatan. Sekalipun nama kedua-duanya belum saya dedahkan kepada umum, tetapi kedua-duanya adalah antara nama pemimpn kanan yang telahpun disebut di dalam akuan berkanun dan terdapat printscreen berkaitan yang dijadikan sebahagian daripada eksibit.

Bagi mengelak pihak berkepentingan dari kalangan ajk pas pusat menganggotai jawatankuasa siasatan, saya menyarankan supaya diterimapakai resolusi Multaqa Ulamak SeMalaysia II yang menggesa supaya sebuah jawatankuasa siasatan ditubuhkan di bawah pemantauan Majlis Syura Ulamak dan ahlinya bukan dari kalangan ajk Pas Pusat. Jawatankuasa ini mestilah bebas dan telus serta tidak melibatkan pihak-pihak berkepentingan.

Saya menegaskan sekali lagi bahawa pendedahan wujudnya komplot tersebut adalah sesuatu yang serius dan tidak boleh dipandang mudah. Mereka yang dikenali sebagai kumpulan Hawai Five O masih bebas dan aktif menyerang dan memburuk-burukkan Presiden dan kepimpinan ulamak secara terang-terangan dan tidak bermoral.

Sekian, terima kasih

Fadhli Ibrahim
Ketua Pemuda Pas Kawasan Kuantan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: