Cikgu Ishak Surin: krisis PAS di PAS Kawasan Batu WP

TAWAR ‘JAWATAN LEBIH TINGGI’: TAKTIK GOLONGAN SOSIALIS SEKULAR MELEMAHKAN PERJUANGAN ISLAM
Fadli Ghani

11058612_657482581023855_3594716961183362468_nTerbaca tulisan Cikgu Ishak Surin, YDP Pas Batu yang telah viral di media sosial. Beliau mengusulkan Presiden Pas berundur dan dilantik ke jawatan lebih tinggi, Mursyidul Am Pas. Bunyi mcm baik, tapi inilah cara golongan sosialis sekular memusnahkan pengaruh Islam dalam perjuangan rakyat.

Saya kenal Cikgu Ishak, dan dia sangat kenal saya. Untuk pengetahuan semua, Cikgu Ishak adalah pengikut Ahmad Boestamam, pemimpin politik kiri sejak sebelum merdeka. Dulu, dalam Partai Rakyat, Cikgu Ishak menjadi Penolong Setiausaha Agung ketika ia diketuai Boestamam.

Bila Boestamam kena ISA pada 1960-an, beliau memangku Setiausaha Agung parti sosialis itu. Tetapi kerana kemunculan Kassim Ahmad dalam Partai Rakyat, Cikgu Ishak mengikuti Boestamam menubuhkan Pekemas.

Cikgu Ishak menyertai Pas pada pertengahan 1980an setelah Boestamam meninggal dunia pada 1982. Dari situlah bermula sejarah beliau bersama Pas. Selain terlibat dengan Harakah, beliau dilihat sebagai ‘orang kuat’ Mat Sabu. Sentiasa terlibat dalam Lajnah Mat Sabu, dari buruh hingga demokrasi. Itulah Cikgu Ishak yang menjadi pembawa suara Sang Timbalan setelah wafat YDP Bukit Bintang.

Berbalik soal cadangan Presiden Pas dijadikan Mursyidul Am. Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa dahulu golongan kiri bergerak dalam Partai Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). Presidennya Dr Burhanuddin, Pak Sako menjadi timbalam dan Boestamam selaku ketua pemuda.

Dr Burhanuddin berusaha membawa pengaruh Islam dalam PKMM, tetapi tidak disenangi oleh puak sosialis sekular. Kerana itu Dr Burhanuddin mengarahkan Ust Abu Bakar al-Baqir menghimpun ulamak di Gunung Semanggol dan menubuhkan MATA, kemudian Hizbul Muslimin.

Puak sosialis sekular mencanang Dr Burhanuddin sebagai pemimpin yang lemah, mudah ditipu oleh agen musuh dan sebagainya. Mereka berkempen untuk jatuhkan Dr Burhanuddin, tetapi untuk menghapuskan pengaruhnya sulit sekali. Dr Burhanuddin makin berpengaruh. Lalu apa yang mereka caturkan?

Boestamam dan Pak Sako membuat plan untuk mencadangkan agar PKMM mewujudkan jawatan Penasihat Agung, jawatan yang kelihatan lebih mulia daripada Presiden PKMM. Bila jawatan ini berjaya diwujudkan, mereka segera berkata, hanya Dr Burhanuddin saja yang layak untuk jawatan itu. Lalu Pak Sako dapat dijadikan Presiden. Sedangkan jawatan Penasihat Agung itulah yang menyebabkan Dr Burhanuddin tidak dapat berbuat apa-apa kerana dia mendukung Islam, sedang Pak Sako mendukung sosialis sekular.

Teringat saya kisah iblis tua memberitahu kepada sekalian juaknya ketika mereka cuba menggoda Nabi Ayub as. Kata iblis tua, ikut strategi kami ketika menyesatkan Adam dahulu… melalui isterinya.

Nampaknya, golongan sosialis sekular cuba mencetak semula strategi lama mereka untuk melemahkan perjuangan Islam. Kerana pengaruh Sang Timbalan belum setanding dengan Presiden, tektik Boestamam ditiru. Cikgu … saya tidak menulis kalau bukan tuan menyerang Presiden saya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: