SAMPAI BILAKAH ULAMA’ ITU AKAN DIPERBURUKKAN?

Kepimpinan UlamaSAMPAI BILAKAH ULAMA’ ITU AKAN DIPERBURUKKAN?

1. Apabila para ulama’ melakukan gerak kerja Islam secara hariannya, menghabiskan puluhan tahun umurnya untuk Islam, tetapi tidak bergambar, dikatakan mereka tidak buat kerja. Tetapi apabila bergambar sekeping dua, dikatakan sebagai gila populariti.

2. Apabila para ulama’ merancang, dan berfikir sejenak, dikatakan mereka sebagai membisu. Tetapi apabila ulama’ bersuara, dikatakan ulama’ melabel, memfitnah, mengata dan sebagainya serta tak boleh memimpin.

3. Apabila para ulama’ sebagai Kerajaan Kelantan berbincang dengan kerajaan Pusat untuk merangka pelaksanaan Hudud, dikaitkan dengan GU. Tetapi apabila ada pimpinan pakatan berbincang belakang dengan UMNO, dikatakan berbincang untuk maslahat rakyat.

4. Apabila para ulama’ mempertahankan prinsip Islam, dan menolak pandangan yang bercanggah dengan syarak dikatakan tidak toleransi dalam menerima pandangan. Tetapi apabila DAP secara terang terangan mengkritik PAS tentang hudud, dikatakan sebagai kewajaran yang harus diterima.

5. Apabila para ulama’ mengadakan Multaqa’ dikatakan sesi hentam, menghina dan cacian. Tetapi apabila Pasma mengadakan majlis secara terbuka menghina Tuan Guru Hj. Hadi Awang, dikatakan sebagai kritikan membina dan menyuruh para ulama’ berlapang dada.

6. Apabila beberapa orang ulama’ ketika hidupnya mempertahankan prinsip, difitnah sebagai kaki label, pemecahbelah, dan sebagainya. Apabila mereka sudah pergi, mula menceritakan jasa mereka, dan menceritakan tautan ukhuwah si kaki fitnah ini terhadap ulama’ tersebut.

7. Apabila si kaki fitnah bermesyuarat bersama para ulama’, mereka menghina, menunding jari, melemparkan cacian terhadap para ulama’. Tetapi apabila di luar bertemu masyarakat, mereka mula menjaja bahawa mereka sayangkan ulama’.

8. Apabila mereka merancang dan mencatur untuk menjatuhkan beberapa ulama’, mereka namakan sebagai kebebasan berdemokrasi. Tetapi apabila ulama’ menceritakan ciri ciri pimpinan gerakan Islam serta menolak unsur unsur pengkhianatan, mereka fitnah ulama’ konon ingin menolak perofesionalis.

9. Apabila para ulama’ berpegang dengan keputusan mesyuarat tentang MB Selangor, difitnah sebagai tidak bersepakat dengan rakan pakatan. Apabila munculnya tali barut membelakangi keputusan mesyuarat, dianggap dan dimahkotakan hero.

10. Apabila Perak, Terengganu dan Kedah dimenangi oleh PAS, dikatakan hasil usahasama pakatan, tetapi apabila ketiga tiganya jatuh dirampas, semua kesalahan ditunding jari kepada para ulama’.

11. Apabila ulama’ mengajak dan mewajibkan program tarbiah, dikatakan jumud, ketinggalan, tiada keperluan kerana sudah menang 3 negeri. Tetapi apabila tumbang dirampas, mula mengatakan ulama’ pemecah belah.

12. Apabila ulama’ berbicara bab ekonomi Islam, dikatakan berlakon pandai, atau bukan bidang. Tetapi apabila ada sesiapa sahaja yang tidak mengaji, berbicara bab Islam, halal yang itu dan haram yang ini, dikatakan kemodenan yang harus diterima.

13. Apabila para ulama’ menafsirkan Al-Quran dan Hadis, dikatakan ulama’ juga tak lepas dari kesilapan. Tetapi apabila orang yang makhraj hurufnya masih lintang pukang mentakwilkan nas dan hukum hakam, dikatakan sebagai kepelbagaian pandangan yang harus diterima.

14. Apabila para ulama’ mengetengahkan hadis tentang munafik haraki, dikatakan sebagai melabel walaupun ianya hadis. Tetapi apabila ada individu yang melabel ulama’ sebagai primitif, dikatakan sebagai kemodenan sejagat.

15. Apabila para ulama’ mengetengahkan SD bukti yang kukuh tentang pengkhianatan terhadap Tuan Guru Hj. Hadi, diselamatkan ketua pengkhianatnya. Tetapi apabila ada sekeping gambar Tuan Guru Hj. Hadi atau Dato’ Ahmad Yakob dengan Najib, terus dilabel sebagai GU, GU dan GU.

16. Apabila para ulama’ mengadakan program tarbiah dilabel sebagai doktrinisasi atau medan kata mengata, tetapi apabila ada rangkaian sulit yang merosakkan PAS dari dalam, dikatakan sebagai penyelamat PAS kononnya.

17. Apabila para ulama’ mengeluarkan kenyataan terhadap SIS, si kaki fitnah katakan tidak berbincang, gopoh dan tidak toleransi, sedangkan si kaki fitnah ini sendiri gopoh dan tidak berbincang dengan para ulama’ tentang sumber rujukan dan pertemuan yang telah pun dilakukan beberapa kali.

18. Apabila para ulama’ bersandarkan dengan Al-Quran dan Sunnah, dikatakan ulama’ itu tidak maksum dan ada salahnya. Tetapi apabila individu yang tidak pandai Bahasa Arab, sekadar membaca translate dalam English mendakwa ulama’ itu salah, dianggap sebagai pakar maqasid atau pakar syari’ah.

19. Apabila ada seketul dua manusia yang belajar Nahu dan menghafal Tasrif (ilmu sorof) didakwa sebagai ‘alim dan hebat kefahaman agamanya, tetapi apabila para ulama’ yang mengaji puluhan tahun, bergelumang dengan kitab dan para masyaikh antarabangsa, dianggap sebagai “perasan ulama'” atau “mengaku ‘alim”.

20. Apabila Tuan Guru Hj. Hadi seorang yang ‘alim, diketahui kehebatan dan pengalamannya, serta pengiktirafan antarabangsa terhadapnya serta kebersamaan Majlis Syura’ Ulama’ bersamanya, mencetuskan pandangannya dianggap sebagai tak matang, tetapi apabila seketul dua yang baru mengenal PAS belasan tahun mengeluarkan idea, terus dimahkotakan sebagai idea terbaik.

21. Apabila para ulama’ berhujah dengan nas dikatakan salah tafsir, tafsir secara sendiri, tidak rai perbezaan pandangan, atau pandangan peribadi. Tetapi apabila ada seketul dua individu berhujah dengan akalnya sendiri, adakalanya tiada hujah, terus dianggap sebagai hujah yang bernas dengan fakta yang hebat.

22. Apabila para ulama’ menegur dengan nas serta prinsip-prinsip Islam, dikatakan sebagai tiada hujah atau sandaran yang lemah. Tetapi apabila ada seketul dua yang berhujahkan dengan idea idea ahli falsafah barat, dianggap sebagai hujah yang berfakta dan sandaran yang kuat.

23. Apabila UMNO dahulu mengatakan hudud tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia, mereka katakan UMNO tolak Islam. Tetapi apabila mereka sendiri yang berkata demikian atas alasan penangguhan, mereka katakan ia perlu merujuk kepada waqie’ (realistik), dan mereka katakan para ulama’ yang inginkan hudud sebagai tak pandai fiqh waqie.

23. Apabila ulama’ nyatakan pendirian terhadap Pasma, terus diletupkan dan disaraf menggambarkan ulama’ “lancar perang”. Tetapi apabila Pasma melancarkan “perang” sejak awal penubuhannya tetapi diperindahkan dengan ayat memperkukuh Pakatan Rakyat.

24. Apabila tulisan saya ini dibaca, sudah pasti banyak hentaman dan penghinaan dan cacian yang diterima. Tetapi apabila penulisan liberalisme, boleh pula diterima dan dianggap satu kemodenan yang mesti diterima, sehingga buku buku mereka turut dipromosi oleh orang yang mengaku Islam. Ataupun status FB yang mengeji para ulama’ dengan kata-kata yang teruk juga turut diterima sebagai satu “keberanian” kononnya.

Terus beristiqamah

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: