AGENDA JATUHKAN HADI BERTUKAR JADI SOKONGAN?

11040937_1608152632760787_1938271212143707668_nAGENDA JATUHKAN HADI BERTUKAR JADI SOKONGAN?

Sebelum ini DAP Sarawak memutuskan hubungan dengan PAS Sarawak. Kemudian DAP Pusat isytihar putus hubungan dengan Presiden PAS, DSTGAHA tetapi tidak dengan PAS. Diikuti DAPSY Perak memutus hubungan dengan Pemuda PAS Perak. Terbaru, PKR & DAP Sabah putuskan hubungan dengan PAS Sabah.

Alasannya sama iaitu kerana PAS di Kelantan akan melaksanakan hudud.

Aneh, tidak tersentuh sikitpun DAP atau PKR di tempat2 tersebut, tetapi PAS di negeri berkenaan dan Presiden PAS yang dijadikan mangsa. Tindakan ini nyata satu tekanan, DAP yang mengaku perjuangkan demokrasi, terbukti sebenarnya tidak demokratik.

PAS mahu melaksanakan bukannya dengan cara ekstrimis atau keganasan, tetapi dengan menurut undang-undang dengan membawanya secara proses dan prosedur demokrasi dalam kerangka Perlembagaan Malaysia.

Ketika sama terdapat individu2 pimpinan PAS cuba menjadi hero menjadi pembela kepada pihak yang menentang hudud dan menyerang secara halus parti sendiri kononnya gagal memberi penerangan dan pemahaman jelas mengenai hudud.

Peliknya, mengapa mereka tidak menjadi pihak yang berperanan menjelaskan mengenai usaha PAS itu kepada DAP dan PKR? Boleh pula ketika sama antara mereka itu bertemu DSTGAHA serta bergambar penuh mesra dengannya.

PAS bukan membawa perjuangan mengenai hudud sejak 22 hari kelmarin, tetapi telah diluluskan Sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan sejak 22 tahun lalu iaitu pada tahun 1993. Almarhum Tuan Guru Dato’ Nik Aziz Nik Mat yang membentangkannya.

Mereka yang mempertikaikan itu, saat TGNA meninggal, merekalah yang mengungkapkan sanjungan dan paling menyayanginya.

Jadi, apakah sebenar2nya sikap mereka? Bersungguh menyayanginya dan perjuangannya atau hanya hipokrasi menumpang kehebatan tokoh itu untuk melonjakkan populariti diri sendiri.

Kini mereka berpaut atau bersama atau seia sekata dengan pihak DAP dan PKR yang cuba membantutkan agenda perjuangan diangkat PAS sejak penubuhannya.

Sedangkan DAP dan PKR tidak mungkin memberikan undi untuk mereka pada Pemilihan Muktamar Agung Tahunan PAS di Selangor nanti. Jadi untuk apakah mereka bersama DAP dan PKR?

Hanya satu kemungkinan yang relevan iaitu ‘bersekutunya’ mereka adalah untuk menjatuhkan Presiden PAS dan memberikan tekanan kepada tokoh ulama itu. Ketika mereka berkali2 menafikannya, terbongkar video rakaman sulit ‘grand design’ dilakukan Mohamad Sabu untuk menurunkan Presiden PAS.

Tetapi, Mustafa Ali Setiausaha PAS mungkin menjadi ‘penyelamat’ apabila mengeluarkan kenyataan tiada agenda jatuhkan Hadi. Belum siasat telah ada keputusan?

Namun, segala usaha, penafian dan tekanan demikian umpama spring yang melantunkan sokongan kepada Naib Presiden Ulama Dunia itu. Satu sikap baru sedang wujud dalam kalangan rakyat Malaysia. Apakah akan menyinar satu dimensi politik baru pasca Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan 1993 (Pindaan 2015)?

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: