Perubahan Pelan Konspirasi oleh Jebon (Jamaah Buat Onar) dalam PAS

11101216_1090358930979750_8335785933020034807_nGENG JEBON UBAH PLAN

Usaha geng Jebon dalam PAS sebagai kelab penyokong DAP dan PKR untuk menjatuhkan Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi nampaknya tidak membuahkan hasil yang memberangsangkan untuk ‘penaja-penaja’ mereka.

Sebelum ini, mereka telah menyerang Presiden PAS dari pelbagai sudut dengan maksud sehingga Presiden PAS itu berundur. Semenjak Kajang Move dilakukan sehingga Hawaii 5-0 didedahkan, geng Jebon berusaha keras memburukkan reputasi TGHH.

Daripada isu kesihatan, membawa kepada tuduhan nyanyok, salah makan ubat, tidak kompeten, ulamak tidak sesuai memerintah hinggalah TGHH hanya layak menjadi Mursyidul Am PAS sahaja. Pada mulanya kita menyangka ini pandangan Anwarinas dalam PAS, tetapi rupanya ia menjadi tema DAP juga.

Apa sahaja yang dibuat oleh para ulamak, buruk sahaja yang dilihat. Sedangkan semua tindakan DSAI dan DAP mewangi bagi mereka. Bayangkanlah… apabila TGHH menyebut tentang UG, diserang habis-habisan, sedangkan Kerajaan 16 September Anwar disambut besar-besaran.

Tiada suara ‘pembangkang TGHH’ yang membangkang gagasan Konsensus Nasional PKR dan juga Kerajaan Campuran DAP. Bahkan, mereka terlebih dahulu membela sebelum pemimpin PKR dan DAP membelanya.

Berubah Strategi

Tiba-tiba, Harakah, lidah rasmi Jebon dalam PAS menyiarkan berita TGHH di muka depan dengan gambar menyerlah sambil menyokong hudud dibawa Parlimen. Dah lama TGHH tidak mendapat liputan akhbar Jebon itu. Sebelumnya, jangan kata berita, gambar pun hampir tiada.

Hal ini rupanya lanjutan daripada ‘lawatan mengejut’ jeneral Jebon, Husam Musa, Dr Dzulkifli Ahmad dan Dr Syed Azman ke rumah Presiden PAS minggu sudah. Perasan atau tidak, tidak-tiba bekas Setiausaha Jebon dalam Dewan Pemuda, Nasaie Ismail menulis tentang politik Yaman dengan memuji-muji peranan TGHH.

Ingatkan mereka sahaja yang kembali ‘menyokong’ hudud, rupa-rupanya DAP dengan tiba-tiba menjadi bisu dan hilang nafsu untuk menyerang Presiden PAS yang sudah dijatuhkan talak oleh mereka itu.

Kenapa semua berubah sekarang… apakah tiba-tiba datang kembali kasih-sayang kepada TGHH? Atau tiba-tiba TGHH kembali menjadi pemimpin terbaik PAS? Atau gerangan apakah yang membuatkan mereka berubah…

Sebetulnya, war room Jebon telah menyedari bahawa strategi mereka salah. Kedudukan mereka sekarang seperti telur di hujung tanduk. Jika mereka tidak kembali dengan mesej munafik ‘ruhama’ dan ‘politik kasih sayang’, pasti mereka semuanya terkubur!

Kayu Ukur Kegagalan Strategi Jebon

1. Kejayaan Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah – Ijtimak yang dihadiri oleh lebih 200,000 orang di Rusila telah mengangkat nama TGHH dan kepemimpinan ulamak bukan sahaja di Malaysia, tetapi di mata dunia.

2. Kejayaan Kelantan Membentangkan Undang-undang Hudud – walaupun ditentang hebat (termasuk oleh Jebon), undang-undang hudud telah membuktikan PAS sangat ikhlas dalam perjuangan Islamnya sehingga sanggup ketepikan sekutu Pakatan Rakyat demi redha Allah. Rupa-rupanya, di sebalik tentangan ini, hudud mendapat sambutan meluas rakyat, termasuk bukan Islam.

3. Perlantikan Dr Harun Din sebagai Mursyidul Am PAS – tindakan Majlis Syura Ulamak PAS melantik TG Dato Dr Harun Din sebagai Mursyidul Am PAS bukan sahaja memulihkan imej ulamak, tetapi menutup ruang untuk Jebon mencadangkan Presiden PAS dijadikan Mursyidul Am.

4. Tindakan Biadap DAP mengalih simpati kepada Presiden PAS – pendirian DAP untuk memutuskan hubungaan dengan TGHH tetapi mahu PAS kekal dalam PR difahami oleh ahli-ahli PAS bahawa DAP sebenarnya merndalangi gerakan menjatuhkan Presiden PAS pasca pemenjaraan Anwar. Seluruh ahli dan jentera PAS telah menyatakan sokongan terbuka kepada TGHH, sehingga jika ada yang bersikap sebaliknya, ternyata mereka musuh yang dikenali.

5. Kegagalan Jebon Mencalonkan Ustaz Ahmad Awang – tindakan Pasma menaja Ustaz Ahmad Awang untuk menjadi Presiden PAS telah ditolak oleh kawasan yang menjadi kubu Pasma sendiri. Nah! Lihat apa yang berlaku di Shah Alam dan Kuala Kedah yang merupakan kubu utama Pasma. Walaupun Husam Musa sudah layak bertanding jawatan presiden, pasti beliau ketakutan untuk meneruskan langkah.

6. Ketidakpercayaan Masyarakat Terhadap Lakonan Kereta Dibakar dan Dipukul Orang – dongeng yang cuba direka kononnya kereta penggerak Hawaii 5-0, Hatta Ramli dibakar dan pemikir Jebon beraliran Islamis Demokrat, Dzulkifli Ahmad dipukul seusai solat Subuh ternyata gagal membodohkan ahli PAS. Sebaliknya menjadi bahan gelak ketawa. Ternyata sitcom rekaan mereka tidak menjadi.

7. Kegagalan Usaha Mensabotaj Ijtimak Antarabangsa – campur tangan Ikram (pusat Jebon) dalam program Tansiq telah membawa kepada pensabotajan Ijtimak Antarabangsa. Sasaran mereka untuk merosakkan reputasi ijtimak gagal bila tindakan biadap mereka disedari oleh urusetia ijtimak. Sekarang mereka yang mendapat padahnya…

Jika dinilai 7 perkara ini pun, ia sudah jelas menunjukkan Jebon sedar kegagalan mereka dalam menjatuhkan Presiden PAS dan Kepemimpinan Ulamak PAS. Apa lagi… daripada tersungkur, lebih baik berubah strategi. Dari ‘beat them’ kepada ‘join them.’ Mereka masih mengatur strategi supaya boleh menguasai PAS sebelum PRU ke-14.

Selamat bekerja Jebon… menjelang Muktamar PAS. Semoga tersungkur di pintu Stadium Shah Alam!

Ibnu karimah
Kelate

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: