PAS Pusat membisu kejahatan AJK PAS Pusat kerana lebih 50% ada PASMA

Aiman Athiran mengatakan AJK PAS Pusat kini dikuasai oleh puak-puak Hawaii 5 O ataui erdogan/pasma/anti-ulamak. Sebab itulah kejahatan AJK PAS Pusat ini didiamkan

pasma kuasai pas pusat

MASIH DIBIAR PENGKHIANATAN INI?

Pendedahan tentang Hawaii Five O sangat jelas tentang pengkhianatan beberapa individu termasuk Hatta Ramli dan Aiman Athirah. Perkara ini cuba disenyapkan oleh kelompok budiman dengan memprovokasikan kasih sayang, berdamai dan sebagainya. Dimanakah dalilnya Nabi Muhammad SAW berlunak dan berdamai dengan munafik?

1. Pandangan Saidina Umar adalah membunuh pengkhianat dalam gerakan Islam sepertimana penegasannya dalam peristiwa Hadis Ifk, kebocoran rahsia Hatib bin Abi Baltaah dan banyak lagi. 2. Nabi Muhammad SAW pernah menghalau orang munafik yang sedang bersembang sembang, agar keluar dari Masjid sepertimana yang telah dinyatakan oleh Fathi Yakan di dalam buku Bahtera Penyelamat.

3. Penegasan Saidina Abu Bakar RA untuk memerangi kelompok munafik yang enggan bayar zakat, walaupun ada beberapa sahabat RA mengatakan bahawa mereka (munafik) hanya tidak melaksanakan kewajipan, belum sampai kufur secara zahir.

Bahkan sejarah mencatatkan kejahatan pengkhianat perjuangan sehingga tercetusnya kumpulan kumpulan pelampau sehingga ke hari ini. Apakah kewajaran berlunak dan berdamai dengan mereka sedangkan mereka masih meneruskan agenda jahat mereka sehinggalah ke saat tulisan ini ditulis.

Kelompok pendamai (kononnya) mengajak agar merapatkan ukhuwwah, berkasih sayang, dan banyak lagi, sedangkan dalam masa yang sama di belakang mereka kumpulan munafik masih meneruskan kerja merosakkan PAS dari dalam.

Kelompok pendamai dengan sengaja atau tanpa sengaja telah mengajak ahli PAS agar bisu dengan kemungkaran. Mereka mengajar manusia ke arah kemakrufan, tetapi menolak pencegahan kemungkaran. Inilah budiman, yang hanya mencubit Islam dalam bab bab kebaikan sahaja tanpa bertindak mencegah kemungkaran.

Apakah kalian ingin membalut kejahatan mereka dengan pakaian kebenaran?

1. Pengkhianatan sudah berlaku puluhan tahun, dan merugikan PAS dalam banyak perkara. Apabila dikatakan kepada mereka tentang wujudnya  pengkhianatan, mereka menolak mentah mentah atas alasan tiada bukti, dan semuanya dihukum sebagai saraf umno.

2. Setelah dibuktikan dengan jelas, mereka mula mendiamkan isu ini, mengalihkannya dengan isu picisan yang lain, dan mula menyebarkan perdamaian, berkasih sayang dan sebagainya? Dalam masa yang sama, kamu bermuka muka ketika bertemu ahli PAS.

3. Dalam masa yang sama, kelompok pendamai budiman olok olok ini mula mengaitkan pendedahan bukti pengkhianatan Hatta Ramli dan Aiman Athirah sebagai saraf umno, tidak menjaga ukhuwwah, tidak ikut saluran dan bermacam lagi.

Beberapa pendedahan yang masih dibisukan;

1. Pengkhianatan Hawaii Five O yang cukup tebal dan serius, dalam merancang pempornoan Dato Pa etc.

2. Rakaman audio rancangan Mat Sabu untuk menjatuhkan Presiden, yang diviral melalui nombor phone Salahuddin Ayob.

3. Kesilapan yang jelas sengaja atau pengkhianatan halus, yang dilakukan oleh Asmuni Awi dalam Muktamar yang lepas.

4. Dan banyak lagi. Masing masing boleh menilai sendiri penulisan saya ini dengan hati yang terbuka.

Ingat, kesemua pengkhianatan mereka yang terlibat pasti akan didedahkan oleh Allah SWT, samada di dunia mahupun di akhirat.

WAN ABU HURAIRAH WAN AZIZ
Aktivis PAS

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: