Membaca tulisan Ikhwan Muslimin tetapi tidak hayati pemikiran Ikhwan dan Islam

images (1)oleh Ustaz Nik Abduh Nik Aziz

Sidqul Intima’.

Tiada gunanya kita membaca kitab-kitab Ikhwan, menelaahnya, mendaurahkannya, menadwahkannya, yang akhirnya kita sendiri tidak beriman dengan apa yang disebut, dan tidak melihat kepada pegangan si penulis kitab.

Kebanyakan penulis kitab-kitab Ikhwan, pensyarah-pensyarahnya semuanya menghembuskan nafas mereka ketika jiwa dan jasad mereka berada di dalam Ikhwan, baik jamaah ketika itu senang atau susah. Mereka amat jelas terhadap fikrah mereka (fikri), emosi mereka (athifi), dan keta’luqan mereka terhadap tanzhim Ikhwan (tanzhimi).

Kam Minna Wa Laisa Fina Wa Kam Fina Wa Laisa Minna adalah slogan yang perlu difahami secara baik, dan betul. Ia bukanlah hujjah seorang aktivis menjarakkan dirinya daripada jamaah dan membentuk kumpulan-kumpulan kecil yang ingin menyaingi jamaah atas alasan “Kam Minna Wa Laisa Fina Wa Kam Fina Wa Laisa Minna”. Atas alasan apa-pun (selain jamaah telah lari dari syarak dan rosak aqidah mereka), maka ia bukanlah hujjah ke atas kita untuk bertindak sedemikian.

Anda membaca buku-buku Al-Banna, Sayyid Qutb, menelaahnya, dan mereka menghembuskan nafas mereka bersama jamaah. Anda membaca buku-buku Mustafa Masyhur, dan beliau juga wafat dalam jamaah. Anda mengkaji buku-buku dan makalah-makalah Ikhwan yang ditulis oleh para Mursyid, mereka juga mengakhiri hidup mereka bersama jamaah. Tiada seorang pun yang jiwa dan raga mereka berada di luar jamaah, di saat mereka diuji, sehinggalah mereka menghembuskan nafas mereka yang terakhir. Begitu jualah para penulis kitab-kitab Al-Muntalaq, Al-Dakwah Ilallah, dan selainnya, mereka semuanya iltizam dan terus bersama Ikhwan.

Dan ketika mereka ini hidup, tidaklah jamaah itu berada dalam keadaan senang, tenang, aman, tiada pergolakan, tiada konflik, tiada kekurangan dan sempurna sebagaimana yang diingin sebahagian kita. Namun, semua ini tidak menggugah intima’ fikri mereka, athifi mereka, dan tanzhimi mereka, untuk terus bekerja bersama jamaah.

Mereka kekal bersama jamaah dan tenang, walaupun mereka juga diuji dengan pelbagai ujian termasuklah melayani karenah anak muda yang terlebih semangatnya (tiada panduan) ketika itu (di zaman mereka). Pada mereka, tiada kekurangan yang tidak boleh diperbaiki, tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan, tiada kebengkokan yang tidak boleh diluruskan. Semuanya mampu diatasi, selagi kita semua bekerjasama.

“Al-Shahid Sayyid Qutb ketika menafsirkan ayat yang membicarakan tentang berbisikan berkata:

Nampaknya sebahagian kaum muslimin -yang terdiri daripada mereka yang belum sensitif dengan deria tanzim Islami-, ketika berlaku sesuatu perkara, mereka berkumpul sesama sendiri, untuk bersembang-sembang dan berbisikan serta bermesyuarat jauh daripada kawalan qiadah mereka. Keadaan ini tidak diperakui oleh tabiat perjalanan jamaah Islam dan ruh tanzim Islami yang menuntut agar segala pandangan, pendapat dan cadangan yang timbul hendaklah dibentangkan kepada qiadah secara langsung.

Perkumpulan-perkumpulan pinggirin di dalam jamaah adalah tidak dibenarkan. Adalah diperhatikan bahawa perkumpulan-perkumpulan yang wujud di dalam jamaah akan menyebabkan keadaan kucar kacir dan menyusahkan jamaah, sekalipun orang yang melakukannya kadang-kadang tidak berniat demikian. Tetapi cara pengutaraan permasalahan semasa yang dihadapi, atau pembentangan pendapat dan cadangan dengan cara demikian sudah cukup untuk membawa kepada kesulitan dan ketidak patuhan. (Fi Zilal al-Qur’an, 6/351, Fenomena Fitnah Dalam Harakah Islamiah : siri IV,jendelaantarabangsa.blogspot.com).

Saya telah menyertai beberapa kumpulan kecil yang sifatnya sebegini, sebelum saya bertemu dengan jamaah.

Saya iltizam dalam kekurangan, dan saya akan terus istiqamah. Saya tidak ta’assub, namun, sekadar mengambil ibrah daripada isi kitab-kitab dan pengalaman hidup para penulisnya.

Inilah saya, anda bagaimana pula?

(Ibrah dari Kitab Khasais al-Fitan, dan Fi Zilalil Quran).

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: