Realiti susur galur pimpinan dalam PAS dan halatuju seterusnya

bendera-pas-300x208

Tersirat dan Berselirat

Terkenang saya akan pimpinan terdahulu yang banyak berkorban untuk PAS dari segenap sudut tidak kira tenaga, harta,wang ringgit malah boleh dikata segalanya untuk PAS dan jemaahnya. Nama  seperti Dr Burhanudin Al Helmi,Tuan Haji Ahmad Fuad Hassan, Tuan Guru Yusof Rawa, Ustaz Fadhil Noor,Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat,Ustaz Abu Bakar Chik,Ustaz Harun Taib malah ramai lagi pimpinan yang banyak berkorban yang mana boleh saya tafsirkan korbankan diri mereka kepada PAS.Malah tidak lupa Ustaz Abu Bakar Al Baqir serta beberapa pimpinan lain yang membuka jalan dan ruang kepada penubuhan PAS.

Jangan kita lupa juga ahli-ahli biasa yang ramai terdiri dari pesawah,penoreh getah,nelayan, buruh kasar hingga ke jawatan paling tinggi juga berkorban untuk PAS dan jemaah. Jika dilihat umpamanya nelayan, penoreh getah dan seumpamanya yang hanya orang susah umpama kais pagi makan pagi sanggup menderma wang ringgit dan harta benda,keringat serta tenaga meraka pada PAS walau jika dikira sumbangan wang ringgit dan harta benda mereka yang tentunya sedikit, belum tentu kita yang ada segalanya sanggup memanjat pokok kelapa hingga ke pucuk menggantung bendera, bertempur ketika memasang bendera, berjaga siang malam menjaga markaz, memasak untuk petugas peraih undi dan sebagainya.

Walau miskin harta benda tapi sumbangan mereka tidak ternilai untuk PAS dan jemaahnya. Takrifan pengorbanan itu luas jadi jika kita berasa pengorbanan kita pada PAS dan jemaahnya besar, maka elok kita fikirkan pengorbanan orang sebegini dan orangterdahulu. Jika kita ingin mengangkat pergorbanan kita ke depan, jika kita ingin orang menilai pengorbanan kita, jika kita menyanjung pengorbanan kita maka PAS bukan tempatnya kerana PAS bergerak dan menuntut diatas keikhlasan dan tawadduq dalam perjuangannya.

Hormat dan Akur ataupun sebaliknya.

Dalam ramai pimpinan yang saya sebutkan tadi, nama Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat paling menonjol dan menjadi sebutan. Disebabkan ketokohan beliau terutamanya dalam membawa PAS ke arus pembaharuan dalam politik tanahair dan PAS itu sendiri maka beliau disanjung serta diingati. Kata-kata beliau menjadi tutur bicara rakyat Malaysia tidak kira fahaman politik dan ideologi. Kaedah beliau berpolitik, keikhlasannya,sifat rendah diri beliau malah jika dilihat kediaman beliau sudah cukup menggambarkan beliau seorang yang tetap pendirian,berjiwa besar serta rendah diri.

Walau diberi pelbagai kemudahan serta kesenangan namun beliau tetap orang yang sama seperti mana dahulu. Sebelum saya mencoret,sempat saya mendengar salah satu perbualan kegemaran saya, perbualan beliau dengan Hot FM 5 tahun dahulu tentang perlawanan akhir bolasepak di antara Kelantan vs Negeri Sembilan, walau bersahaja sambil menceritakan tentang bolasepak, sempat beliau menceritakan tentang beliau bermain bolasepak di zaman beliau memondok di Jertih sebelum perang Jepun dan kegemaran beliau menunggang kuda dahulu tetapi beliau masih berpesan supaya beradab dan berakhlak disamping menerap nilai Islam. Cukup besar jiwa ini.Moga Allah tempatkan beliau dikalangan orang yang beriman.Al – Fatihah untuk beliau serta pimpinan terdahulu.
Amat sukar untuk mencari ganti jiwa besar sebegini. Malah saya katakan Almarhum Tuan Guru Nik Aziz telah menjadikan dirinya contoh kepada PAS dan pimpinannya supaya berjiwa besar.Pimpinan seperti TG Presiden,TG Mursyidul Am, Dato Tuan Ibrahim Tuan Man, Ustaz Nik Zawawi, Ustaz Idris Ahmad, Iskandar Samad dan Ustaz Nasaruddin Hassan adalah di antara pimpinan  yang boleh saya kategorikan seperti itu.

Namun pada tanggal 22 Jun 2009,telah membuktikan apa yang saya ungkapkan sebagai jiwa besar itu sendiri. Almarhum Tuan Guru telah memohon maaf kepada Timbalan Presiden PAS ketika itu, Ustaz Nasharuddin Mat Isa ke atas polemik yang berlaku serta menarik balik kata-kata beliau terhadap Ustaz Nasharuddin. Bukan mudah bagi seorang seperti beliau berbuat demikian dan saya boleh katakan belum tentu ada orang berstatus seperti beliau sanggup berbuat demikian.

Semuanya berkaitan Isu Kerajaan Perpaduan yang dimainkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab samada di dalam parti mahupun di luar parti. Sebelum sidang media tersebut,telah diadakan Mesyuarat Khas berkenaan isu ini selama 2 jam di Pejabat Agung PAS. Diantara yang hadir dalam Mesyuarat Khas tersebut ialah Musyidul Am Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Presiden Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden Ustaz Nasharuddin Mat Isa Timbalan Mursyidul Am, Tuan Guru Dr Haron Din; Naib Presiden – Dato Tuan Ibrahim Tuan Man, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, bekas naib presiden, Ahmad Awang, Ketua Dewan Pemuda, Nasruddin Hassan dan Ketua Muslimat Ustazah Nurida Salleh (jawatan ketika itu).

Di dalam sidang media tersebut telah diputuskan dalam sidang media tersebut bahawa segala isu berbangkit telah tamat,maka dalam kata lainnya tutup buku, tiada persoalan lagi serta tidak perlu berbicara atau disentuh. Segala isu dan sandiwara hanya polemik serta mainan sensasi media serta orang yang berkepentingan di dalam kisah ini. Maka tutuplah isu tersebut dan tidak dipanjangkan lagi.

Manusia yang tidak pernah akur pada pimpinan serta sering menimbulkan persoalan wajar diberi perhatian kerana jika dibiar, boleh membawa bencana. Sekali lagi dalam menghadapi muktamar kali ini, isu Kerajaan Perpaduan ini dimainkan semula sedangkan ianya telah lama berlaku dan berlalu.

Setelah Ustaz Nasharuddin Mat Isa tewas jawatan Timbalan Presiden pada Muktamar 2011 akibat isu ini, maka sekali lagi dimainkan isu ini dan siapa pula mangsa kali ini sedangkan peristiwa ini telah lama berlalu lebih kurang 6 tahun yang lalu serta telah ditutup secara rasminya oleh Almarhum Tuan Guru Nik Aziz. Maka menjadi persoalan mengapa ianya dijadikan modal untuk pemilihan dalam Muktamar kali ini dan siapa yang mendapat manfaatnya. Jika dilihat sejak 2009 sehingga sekarang tiada satu pun usaha kearah itu lagi samada dari PAS mahu pun UMNO malah hanya cakap kosong yang awal lagi telah ditepis oleh TG Presiden atau Almarhum TG Nik Aziz semasa masih ada hayat beliau, jadi untuk apakah dimainkan semula isu ini?

Makanya bagi saya siapa saja yang memainkan isu ini ketika pemilihan menjelang Muktamar ialah manusia paling jijik dan serta teramat kotor hati serta akalnya. Ianya jelas permainan politik kotor yang cuba dibawa masuk kedalam PAS oleh orang yang mempunyai kepentingan peribadi serta dahagakan jawatan.Orang sebegini saya sifatkan umpama penyakit kurap dan kayap, makin digaru makin gatal serta sedap. Makintinggi tangga hiraki yang didaki maka makin sedap pula kerusi yang diduduki.

Duniawi dan Peribadi

Maka apabila niat untuk memainkan isu ini jelas dan benar ditimbulkan semula,maka kita dengan akal yang bernas boleh berfikir apa tujuan serta matlamatnya. Isu yang ditutup oleh orang yang telah tiada tetapi ditimbulkan semula setelah tiada seolah-olah menunggu saat yang sesuai untuk melancarkan perang. Maka jika kita ingat dan jelas kembali isu tersebut maka kita jelas kepada siapa perang itu dihala,iaitu TG Presiden sendiri. Maka jelas ianya adalah satu politik kotor dan jijik yang cuba dibawa kembali kedalam PAS dengan membuka semula kisah lama agar parut kembali menjadi luka.wajarkah orang sebegini berada didalam PAS serta saf kepimpinan? Fikirlah dengan akal yang tajam dan waras.

Maka apabila matlamat menghalalkan cara,tidak kisah apa sekalipun maka tujuan asal akan terus menceritakan sebabnya. Maka boleh disimpulkan tujuan dimainkan semula isu ini adalah modus operandi sebenar untuk menumbangkan TG Presiden, maka tidak salahlah telahan beberapa pihak sebelum ini dan terbukti ianya memang benar berlaku. Maka bila bangkit ahli yang menentang politik kotor sebegini maka timbullah kata-kata ” Sokong Bawa Rebah ” dan ungkapan Ustaz muda yang baru pulang dari timur tengah tidak faham berpolitik serta ingin membawa PAS semula kebelakang atau PAS Konservatif.Adilkah bersikap begitu sedangkan yang memainkan isu tersebut adakah populist, materialistic dan dahagakan jawatan sehingga sanggup mendarahkan kembali PAS dengan luka lama yang pada saya sudah lama sembuh dan berparut.

Agak pelik bila isu ini ditimbulkan selepas ketiadaan Almarhum TG Nik Aziz yang mana apabila cuba dibawa semula isu ini semasa hayatnya dengan mudah beliau menjawab ianya isulapuk. Maka kita semua tahu pengakhiran isu ini, apa yang terjadi pada Dato Hassan Ali serta siapa sebenarnya yang mengatur pertemuan maka bagi saya ianya telah selesai. Maka ada yang berkata ianya berkaitan di Perak dan Selangor pula. Sebetulnya kaji dahulu musabab Kerajaan Perak jatuh,siapa yang lompat parti serta siapa yang pancing siapa.Mustahil ikan tidak memakan umpan makan perlu jelas ikannya jenis apa serta saiznya. Mungkin di Pangkor banyak ikan sebegini maka mungkin sebab itu Sir Andrew Clark dan Raja Muda Abdullah mengadakan perjanjian disana. Masih bernyawa lagi Tan Sri Khalid Ibrahim berkenaan berkenaan Selangor tetapi biarlah, agak sukar berbicara di Selangor, tidak perlu dihadapkan ke Mahkamah sudah boleh disabitkan kesalahan.

Berbaju tetapi tidak bercelana

Anggaplah segala yang dilontar oleh saya sebagai peringatan bahawa PAS mengajar ahlinya supaya beradab dan bukannya biadap sesuai dengan dasar Islamnya. Maka apabila ada yang biadap dengan membangkitkan isu lama kita anggap seperti merotan anak yang berusia 10 tahun yang tidak mahu disolat sebagai peringatan dan pengajaran. Cuma apabila besar lalu ia cuba untuk mencuri dan seterusnya berjaya mencuri, maka wajarlah kita menghukum, lalu sesuailah dengan azam TG Presiden memasukkan RUU Hudud di Parlimen maka saya syorkan ianya dicuba dahulu didalam PAS sendiri maka muktamar tempat sesuai untuk melaksanakannya. Maka berlarilah nanti bertempiaran dengan hanya berbaju selepas selesai muktamar.

Ramai yang memuji malah mengagongkan serta mengangkat Almarhum TG Nik Aziz dalam segala hal tetapi dalam masa sama ramai yang engkar akan saranan serta amanat beliau. Maka wajarlah kita kaji serta selidik sebelum kita bertanggungjawab atas apa yang kita pilih. Masih saya teringat satu susuk tubuh yang menari sambil menyanyi ketika pembebasan DS Anwar Ibrahim,jika dilihat sebelum itu maka jelas ianya ahli PAS tetapi jika dilihat semasa keadaan itu membuatkan kita terfikir, adakah PAS gagal dalam mentarbiah ahlinya atau ahlinya sendiri yang gagal dalam memahami tarbiah PAS lalu terikut ideologi lain atau sememangnya PAS adalah sebagai batu loncatan dalam mimipi hiraki politik lalu terkadang menbuatkan saya terfikir sehingga termimpi, adakah benar yang dihukum itu bersalah atau menjadi mangsa rakus sikap segelintir yang tidak sabar mahu mendaki.

Terus Beristiqamah.

TOLAK GST dan TOLAK PASMA.
Gua Realist.
2 MAY 2015.

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: