DEBAT: Apa Kata Ulama Rabbani Mujaddid Yang Mengkaji Al Quran?

Apa Kata Ulama Rabbani Mujaddid Yang Mengkaji Al Quran?

Isu DEBAT hebat diperkatakan dalam PAS hari ini oleh sebahagian pemimpin kecil PAS yang tidak memahami apa peranan DEBAT dalam ISLAM dan yang diterangkan oleh Al Quran. Apatah lagi bila mana saat muktamar pemilihan kepimpinan. Lantas beberapa pihak cuba menganjur debat dan wacana Kepimpinan melibatkan calon Ketua Pemuda dan Presiden PAS. Lebih malang lagi, ia menjadi buah ejekan orang luar termasuk pemimpin gerakan lain seperti Maszlee Malik yang seolah olah PAS takut membudayakan Debat. Lagi Pelik, pensyarah di Jabatan Wahyu UIA gagal memahami DEBAT daripada sudut Quran dan perjuangan ISLAM yang mewarisi perjuangan Para Nabi yang diterangkan dalam Quran.

Sebagai PEJUANG ISLAM, setiap perkara mesti diukur dengan Dasar dan Asas ISLAM iaitu dari sumbernya AL Quran dan Sunnah. PAS tidak menolak DEBAT tetapi memahami Debat dan Wacana adalah alat yang boleh digunakan dalam Dakwah dan Siasah tetapi menurut keadaan dan panduannya dari AL Quran. Apakah mereka yang memperolok olok Penolakan DEBAT itu faham pandangan ISLAM dan Quran tentang Debat? Tidakkah mereka mengkaji apa Quran kata dan apa yang Ulama nasihat berkenaan ilmu debat dari Al Quran? Terutama kepada Dr Mazslee Malik, adakah beliau sedar apa yang dia ungkapkan itu bertepatan dengan mesej dan panduan Quran?

Debat antara Calon Ketua Pemuda PAS cuba disediakan pentas oleh Pemuda PAS Johor. Lagi Pelik , ia cadangan dari Sang Ustaz Muda, Saudara Zulhilmei Mohd Ruhani yang belajar Quran. Mungkin beliau mengambil ibrah dari sebuah Kitab Syiah yang pernah dia kongsikan kepada saya semasa saya menegur beliau tentang ucapan bahas Ucaptama Presiden di Batu Pahat tahun lepas. Dia menghantar satu Kitab PDF karangan Ulama Syiah Ayatollah Uzma Syed Muhamad Husain Fadhullah yang bertajuk Hiwar fil Quran. Namun setelah saya teliti kitab bahasa Arab ini, mafhum dan ibrah kitab ini jauh dari apa yang dipraktikan oleh mazhab Syiah. Tetap sahaja dalam kitab tersebut menentukan perbezaan Hiwar dan Jidal( debat) yang digunakan untuk ruang berhujah dengan musyrikin, ateis dan musuh musuh kepada perjuangan.

Apa kata Ulama Tentang JIDAL/Debat berdasarkan Quran?

Suka saya nak mengambil pandangan Seorang Ulama Mujaddid besar tanah Hindi yang terkenal dengan Magnum Opusnya Hujjatul Balighah yang unik dalam bidang Maqasid Syariaah dan Hikmah Hikmah Syariah. Ulama tersebut adalah Syeh Walliyullah Ad Dehlawi. Beliau menulis tentang Mesej Mesej Al Quran yang tidak lari daripada Lima Tema ILMU iaitu, Ulumul Ahkamul syariah (halal haram), Ulumul Jidal (debat), Ulumul Tazakkir Bi Alai LLah (berfikir dengan Nikmat ALLAH), Ulumul Tazakkir Bi Ayyami LLah ( berfikir dengan Kisah yang diceritakan ALLAH) dan Ulumul Tazakkir bil Maut wa ma ba’dahu (ilmu berfikir tentang maut dan hari selepas maut).

Yang Paling menarik dalam tulisan ini ialah Syeh Waliyullah Ad Dehlawi merumuskan Quran sebagai bekalan untuk Ulumul Jidal atau ilmu untuk berdebat. Maka dengan siapa Quran memberi Ilmu untuk berdebat? Makanya, Syeh Waliyullah Ad Dehlawi meletakkan bahawa Quran memberi bekal berdebat dengan EMPAT Golongan. Golongan tersebut adalah MUSYRIKIN ( Yang sekutukan ALLAH dari sifat, ibadat dan perbuatan ALLAH), YAHUDI, NASARA dan MUNAFIQUN.

ISLAM bersetuju ada DEBAT tetapi Debat adalah alat untuk membezakan HAQ dan Bathil menurut ISLAM. Maka golongan golongan Bathil yang empat tu dibekalkan Hujah kepada Umat ISLAM untuk menghadapi mereka. Golongan Lawan ISLAM ini juga kadang kadang bekerjasama memberi Hujah dalam melawan ISLAM. Kita boleh lihat hari ini bagaimana beberapah pihak berpakat menyokong hujah masing masing dalam menangguh dan menolak Enakmen Syariah Kelantan dengan pelbagai alasan dan kata kata muluk yang tujuannya tidak lain adalah untuk tidak melaksanakan Hukum ALLAH waktu ini.

Maka, Kepada mereka yang mahu berdebat, mereka mahu mengguna acuan mana? Acuan dan celupan ALLAH (Sibghah) atau celupan makhluk ALLAh yang menderhakai ALLAH daripada nasihat penipu penipu dakwah ISLAM. Kenapa saya kata penipu? Kerana inilah perkataan ALLAH guna dalam ayat 41 surah Al Maidah ( Samma’un Lil Kazib).
Sekiranya kita pejuang ISLAM, kita tahu DEBAT akan diguna untuk apa. Kita akan Guna DEBAT untuk pertahankan HUDUD bukan untuk pilih pemimpin di Kalangan satu Jemaah. Maka kalau itu yang dimahukan seperti Mazslee Malik, cubalah buat dalam IKRAM terlebih dahulu.
PAS tak tolak DEBAT, tetapi orang PAS yang perjuangkan ISLAM pasti tahu mana letak DEBAT sebagai alat dakwah dan Siasah!!!..

Ahmad Hakimi Othman
Ketua Pemuda DPP Kuala Selangor.
24 May 2015.
[07:04, 5/25/2015] Dsh: RENUNGAN MALAM

Golongan Istiqamah Tidak Kecewa & Gugur Dari Medan Perjuangan

Kita bersama PAS untuk perjuangkan dakwah dan kuasa untuk Islam. Ada yang terus ISTIQAMAH dengan perjuangan sehingga akhir hayat. Ada yang gugur di tengah jalan.

(إِنَّ الَّذِينَ قَالُوا رَبُّنَا اللَّهُ ثُمَّ اسْتَقَامُوا تَتَنَزَّلُ عَلَيْهِمُ الْمَلَائِكَةُ أَلَّا تَخَافُوا وَلَا تَحْزَنُوا وَأَبْشِرُوا بِالْجَنَّةِ الَّتِي كُنْتُمْ تُوعَدُونَ)
[Surat Fussilat 30]

Mereka yang beriman dengan perjuangan kemudian ISTIQAMAH
maka para Malaikat akan turun membisikkan kata-kata semangat “janganlah kamu bimbang dan janganlah kamu sedih dan bergembiralah dengan syurga yang telah dijanjikan kepada kamu”. (Petikan ayat 30 surah Fussilat)

Mereka yang tidak ISTIQAMAH akan mudah kecewa. Namun, kekecewaannya tidak akan mematahkan semangat mereka yang masih yakin dengan masa depan perjuangan. Kemenangan adalah pasti milik Islam sama ada cepat atau lambat.

ISTIQAMAH maknanya mengikuti jalan yang lurus seterusnya tetap atas jalan yang lurus.

Apabila kita bersama dengan perjuangan Islam lalu tidak mengikuti jalan yang lurus dan tidak tetap di atas jalan itu maka tergelincirlah kita daripada perjuangan. Lalu KEKECEWAAN adalah bisikan syaitan kepada golongan yang gagal ISTIQAMAH.

Ya Allah, jadikanlah daku di kalangan orang yang Istiqamah dan tidak kecewa dengan masa depan perjuangan yang masih panjang.

Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri
Ahad 24hb Mei 2015
(Airport Subang jam 8 mlm menanti flight ke Kota Bharu)
http://www.drtakiri.blogspot.com

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: