GRAND DESIGN PASMA UNTUK MUKTAMAR PAS

GRAND DESIGN PASMA UNTUK MUKTAMAR PAS

Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) diyakini telah dan sedang merancang melakukan Grand Design untuk memastikan kumpulan mereka memenangi jawatan-jawatan yang dipertandingkan dalam Muktamar PAS kali ini. Perancangan yang dilakukan oleh PasMa kali ini begitu terdesak sehingga melibatkan adanya pencabar bagi jawatan Presiden, menyebabkan pertandingan pada kali ini adalah antara blok atau kumpulan. Ketara sekali, wujud blok atau kumpulan yang mendukung Presiden PAS sekarang serta Kepimpinan Ulama, dan satu lagi blok atau kumpulan yang lunak dengan DAP yang diketuai oleh Ustaz Ahmad Awang.

PasMa yang dilancarkan penubuhan pada tahun lepas adalah jenama baru kepada kumpulan yang mahu membawa wajah baru dan progresif dalam PAS, yang telah wujud sejak tahun 1998 lagi. Kemunculan PasMa semasa pelancarannya di Pustaka Zahra, Kota Bharu, tahun lalu hanyalah kemunculan satu pertiga daripada kumpulan ini, manakala dua pertiga lagi masih tersembunyi. Dengan erti kata lain, PasMa ini seumpama bongkah ais, yang muncul di permukaan air hanyalah satu pertiga, sedangkan dua pertiga lagi tenggelam di bawah air. Bagaimanapun, menjelang Muktamar PAS yang bermula minggu hadapan, dua pertiga yang tenggelam itu mulai muncul.

Dalam muktamar pada kali ini, jelas sekali PasMa berperanan di belakang calon jawatan Presiden PAS, Ustaz Ahmad Awang, apabila terdapat figure PasMa mengiringi beliau sewaktu menyerahkan jawapan kesediaannya bertanding jawatan Presiden PAS baru-baru ini. Pada ketika yang sama, program-program yang melibatkan Ustaz Ahmad Awang juga banyak dianjurkan oleh mereka yang sama ada ahli PasMa ataupun yang sebelum ini mesra PasMa. Demikian juga terdapat calon-calon mereka yang bertanding, sering terlibat dengan program-program snjuran PasMa sebelum ini.

PasMa dalam muktamar kali ini, dilihat melakukan cubaan nekad untuk mencorakkan siapakah pimpinan PAS yang perlu dinaikkan dan siapa pula yang perlu diturunkan. Sekiranya cubaan mereka menyingkirkan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan kumpulan yang mendukung Kepimpinan Ulama berjaya, PAS selepas ini akan menjadi ‘budak suruhan DAP’ dalam PR. Sekiranya cubaan mereka gagal, PasMa berkemungkinan akan menubuhkan parti baru sebagaimana yang diwarwarkan oleh mereka baru-baru ini.

Secara langsung, kumpulan PasMa dan mereka yang menyembunyikan identiti PasMa mereka tidak menginginkan PAS kuat dalam PR dan terus tegas mempertahankan dasar serta tema perjuangan. Mereka lebih rela PAS menjadi lunak dalam PR khusus terhadap DAP, dengan mengambil sikap menyembunyikan dasar dan tema perjuangan Islam demi meraikan desakan DAP. Dipercayai para perwakilan Muktamar PAS yang telah bergelumang berpuluh tahun dengan dasar dan tema perjuangan PAS akan terus mempertahankan Presiden sekarang dan Kepimpinan Ulama.

Dr Mohd Zuhdi Marzuki
Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS

29 Mei 2015
10 Shaaban 1436

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: