2 tujuan PAS berbaik dengan UMNO, DAP dan PKR: sampaikan dakwah Islam dan kurangkan musuh

UMNO_logo.svgpr

PAS adalah sebuah gerakan Islam dan berdaftar sebagai sebuah parti politik. Tetapi biarpun ia memiliki status yang sama seperti parti lain dalam pendaftaran di ROS Malaysia, PAS tetap bersandarkan kepada Islam, menjadikan Al Quran dan Sunnah sebagai panduan dan meletakkan ulamak dalam PAS sebagai tulang belakang kepimpinan dalam PAS.

Oleh kerana PAS adalah gerakan Islam, PAS tidak boleh tinggalkan usaha berdakwah. Apabila PAS berbaik dengan parti sekular seperti DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat, PAS mempunyai dua matlamat jelas: sampaikan dakwah Islam dan kurangkan musuh.

Apabila PAS berbaik dengan UMNO, juga sebuah parti sekular, PAS mempunyai dua matlamat yang sama jelas apabila berbaik dengan PKR dan DAP: sampaikan dakwah Islam dan kurangkan musuh.

Orang membenci PAS kerana mereka tidak faham isi perjuangan PAS. Apabila PAS bertahaluf siyasi dengan DAP dan PKR, maka ruang untuk PAS mendekati ahli DAP dan PKR terbuka luas untuk PAS sampaikan mesej kebenaran, keadilan dan keindahan Islam. Sekaligus DAP dan PKR tidak bermusuh dengan PAS.

Apabila PAS berbaik dengan UMNO, ia  bukan bermakna PAS mahu bergabung dengan UMNO  seperti yang disalahertikan oleh sesetengah pihak dalam PAS dan luar PAS kononnya PAS mahu bergabung dengan UMNO. Memang cetek dan sempit kefahaman mereka tentang visi, misi, dan jatidiri PAS. Mereka inilah yang buta politik Islam, tetapi ekstrem politik asobiyyah.

Hasil dari tahaluf siyasi PAS dengan DAP dan PKR, PAS dapat dekati kaum cina, india dan bukan melayu muslim dengan lebih mudah walaupun sebelum ini PAS sudah pun mendekati mereka. Hari ini orang bukan Melayu sudah tidak takut dengan PAS, malah mereka membawa bendera PAS, pakai baju PAS, hadiri majlis ceamah PAS, hadiiri kuliah PAS, dan sanggup tutup keranda mereka dengan bendera PAS. Orang bukan Islam tidak pernah dilihat kibar bendera UMNO, pakai baju UMNO atau sarung keranan dengan bendera UMNO. Inilah kejayaan terbesar PAS bertahaluf siyasi dengan DAP dan PKR: sampaikan mesej Islam dan kurangkan musuh.

Rasulullah s.a.w. bersabda ”Wahai manusia, janganlah kamu bercita-cita untuk bertemu musuh, tetapi apabila kamu bertemu musuh maka jangan lari (bertahanlah). Berdoalah meminta kesihatan dan apabila bertemu dengan mereka, maka bersabarlah. Dan ketahuilah oleh kamu bahawa syurga itu terletak di bawah bayangan pedang. Wahai Allah Tuhan yang menurunkan AlQuran, dan yang mengiringi awan serta yang menghancurkan golongan yang bersekutu (Ahzab), kalahkanlah mereka dan tolonglah kami dalam menghadapi mereka (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dengan hadis ini jelas bahawa PAS berbaik dengan UMNO, DAP, dan PKR di mana ada kesempatan untuk menjalankan misi dakwah dan mengurangkan musuh. Tetapi jika mereka menjadi musuh kepada PAS, maka PAS tetap bersedia menghadapi mereka.

Sekiranya misi dakwah PAS ini berjaya dan usaha kurangkan musuh ini berjaya, maka PAS akan dapat kebaikannya: lebih ramai orang celik Islam, celik PAS, dan outcome dari misi ini, pengaruh PAS meluas dan undi PAS bertambah. Apakah strategi ini salah? Bertahaluf siyasi hanyalah strategi atau kaedah. Sesuatu strategi boleh berubah mengikut keperluan. Tahaluf siyasi bukan dasar. Kalau perkara bukan dasar atau bukan pokok, maka ia tidak harus dupertahankan apabila ia merugikan Islam, ummah dan negara.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: