ABC dalam berjamaah – belajar dari akhlak dan etika berumah tangga Islam

suami-isteri-bergaduhABC dalam rumahtangga Islam menggariskan akhlak dan etika dalam menjalani kehidupan suami isteri dan berkeluarga. Rumahtangga dalam Islam adalah umpama satu “jamaah” yang mengandungi dua atau lebih anggota serta mempunyai matlamat yang jelas dalam kehidupan berumahtangga.

Islam mengajar kita dengan akhlak dan etika berumahtangga sebagai sebuah jamaah. Islam menetapkan suami isteri

  • tidak boleh menghebohkan kepada pihak luar rumah akan rahsia dalam rumahtangga,
  • tidak boleh berkongsi dengan orang lain dalam perkara yang berlaku dalam bilik tidur,
  • tidak boleh menghebohkan kelemahan isteri atau suami
  • tidak boleh mencerita berapa banyak atau kurang harta suami atau isteri

Apabila berlaku perselisihan dalam rumahtangga, maka suami atau isteri tidak boleh menghebohkan kepada pihak luar melainkan dalam kedaaan beradab dan mengadu kepada orang yang adil dan boleh menjadi hakim yang adil.

sokong-pasBegitu juga dalam “berjamaah”, ahli PAS harus ada akhlak dan etika dalam berjamaah. Kalau dalam solat berjamaah, ada kaedah dan teknik beradab menegur imam yang membuat kesilapan dalam solat, maka dalam rumahtangga juga ada kaedah dan teknik beradab.

Dalam berjamaah, ahli PAS

  • tidak boleh menghebohkan kepada pihak luar parti akan rahsia dalam PAS
  • tidak boleh berkongsi dengan orang lain dalam perkara yang berlaku dalam mesyuarat PAS
  • tidak boleh menghebohkan kelemahan PAS atau kelemahan ahli atau pimpinan PAS
  • tidak boleh menceritakan berapa banyak atau kurang pengorbanan dan sumbangan ahli PAS

melainkan ada keperluan, tetapi dalam keadaan beradab dan disampaikankan kepada orang yang adil.

Apa makna orang yg adil? Adil ialah meletakkan sesuatu tepat pada tempatnya. Orang yang adil ialah orang yang beriman, yang matang dalam menilai dan menangan sesuatu masalah dengan baik, telus, dan bijaksana tanpa prejudis terhadap orang yang diadukan. Hanya selepas meneliti kes secara mendalam barulah orang yang adil memberi pandangan dan membuat keputusan.

Dalam ertikata lain, ahli PAS yang menghebohkan hal-hal dalaman PAS di luar PAS seperti dalam media sosial  (FB, twitter, blog, Whataspp terbuka) adalah melanggar akhlak dan etika dalam berjamaah. Ini dikatakan sebagai tidak ada disiplin, tidak taat pada jamaah, dan suka mencari populariti dan kebanggaan. Perbuatan ini akan mendorong orang itu menjadi sombong, keras kepala, dan degil yang akan merosakkan PAS.

Ahli PAS yang menghebohkan rahsia perbincangan dan maklumat mesyuarat PAS kepada umum adalah melanggar  akhlak dan etika dalam berjamaah.

Dalam amal jamaie’ dalam rumahtangga atau keluarga atau organisasi PAS, perlu ada akhlak dan etika dalam berjamaah. Mereka yang tidak akhlak dan etika dalam berjamaah akan membawa onar dalam jamaag, mewujudkan jamaah dalam jamaah, api dalam sekam, gunting dalam lipatan, talam dua muka, lidah bercabang, telunjuk lurus kelingking berkait, dan menjadi munafik dalam jamaah.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: