Mat Sabu bukan jurucakap rakyat bukan Islam

MAT SABU BUKAN JURUCAKAP BUKAN ISLAM DAN GUAN ENG HINA PAS DENGAN ANCAMAN DI BULAN RAMADHAN  “TINGGALKAN HUDUD JIKA MAHU BERSAMA PAKATAN”

Seseorang perlu menegur kenyataan terbaru Tn Hj Mohd Sabu yang menyebut orang orang bukan Islam tidak lagi akan mengundi PAS.

Kerana kenyataan itu janggal bila dikeluarkan bukan oleh pemimpin bukan Islam.

Mohd Sabu adalah pemimpin dari Parti Islam. Beliau masih dalam Parti Islam PAS.  Beliau bekas Timbalan Presiden PAS.

Walaupun tidak lagi dipilih oleh 80% perwakilan PAS di Muktamar lalu, beliau tidak seharusnya merosakkan penghargaan ahli PAS dgn tiba tiba bertindak melepaskan geram dan kekecewaan dengan mengambil posisi merosakkan PAS pula.

Tanggungjawab pemimpin PAS adalah memberi penjelasan tentang apa yg menjadi masalah, kerungsingan, perasaan terancam di kalangan bukan Islam berhubung dasar dasar dan tindakan PAS.

Bukan menyuburkan salah faham, prasangka malah kebencian kepada PAS dengan kenyataan kenyataan yg semakin mengeruhkan.

Kita menyedari jentera propaganda di kalangan bukan Islam menyebarkan pelbagai fahaman yg salah terhadap PAS.

Kita mengesan 2 aliran propaganda.

Satu yg mewajarkan kebencian dan penolakan kepada PAS dengan dakyah menakut nakutkan bukan Islam tentang hudud. Membayangkan PAS parti yg kolot, cuma tinggal golongan ortodhok beragama yg tidak peduli perkembangan dunia, tidak lagi ada golongan profesional yg tinggal mendokong PAS, kerana itu tidak boleh dibuat kawan.

Kedua adalah jenis propaganda yg menaikkan sentimen dan minat kalangan bukan Islam khususnya masyarakat Cina tentang harapan untuk memegang dan mendominasi kuasa politik dalam negara sama ada secara langsung atau melalui rakan rakan kongsi yg akan akur segala kemahuan dan tuntutan mereka. Mereka sangat jelas mencita citakan sebuah lagi Singapura.

Kedua dua dakyah dan propaganda ini adalah salah dan bahaya.

Adalah salah untuk mencari kemenangan dan keuntungan jangkapendek dalam masa yg sama mengenepikan kesan jangka panjang dalam konteks menangani keharmonian dan perpaduan rakyat pelbagai kaum yg teras kepada rakyat adalah lebih 61% rakyat yg  beragama Islam di seluruh negara.

PAS terbukti sangat hati2 dalam melangsungkan agenda perjuangannya iaitulah Islam. PAS tidak pernah gopoh. PAS ambilkira dan sensitif dgn keresahan bukan Islam.

Lebih 20 tahun tahap demi tahap berjuang untuk melaksanakan undang2 syariah dikalangan umat Islam.

Pernah dalam enakmen hudud Kelantan terdapat peruntukan yg jika ada bukan Islam mahu dan lebih suka pada undang2 Islam, maka mereka boleh memilihnya.

Ini meresahkan bukan Islam. Maka PAS bertoleransi. Dikemukakan pindaan agar orang2 bukan Islam tidak perlu bimbang apa apa lagi. Hudud hanya untuk orang orang Islam. Bukan Islam tidak kena dan tak terlibat langsung.

Bagi umat Islam, hudud adalah sebahagian dari agama Islam sebagai satu sistem kehidupan yg lengkap.

Ia kewajiban agama. Bukan ajaran baru. Bukan direka reka. Dalam Islam ini perintah Tuhan.

Menolak satu hurufpun dari Al Quran dihukumkan murtad dan gugur keIslamannya. Inikan pula jika menolak hukum yg diulang ulang peringatannya secara jelas melalui wahyu Ilahi dalam pelbagai tempat di dalam Al Quran.

Ini berkait hak untuk orang orang Islam untuk melaksanakan tuntutan agamanya.

Apabila Lim Guan Eng tiba tiba mengugut serta cuba mengarahkan PAS supaya menggugurkan Hudud dari perjuangan PAS jika mahu bersama Pakatan Rakyat, beliau menyentuh akar umbi prinsip prinsip asas Islam yg memisahkan antara Iman dan Kufur.

Lim Guan Eng melampau batas apabila memilih membuat ugutan ini di bulan Ramadhan, bulan jihad bagi umat Islam.

Seolah olah terbayang ketika Rasulullah s.a.w ditawarkan kuasa, harta dan wanita berketurunan terkemuka oleh pemimpin pemimpin terkemuka Arab agar menghentikan Risalah Perjuangan Islamnya.

Tawaran yg spontan disahut oleh Rasulullah s.a.w jika seluruh beban seberat bulan dan matahari diletak diribaannya, nescaya sekali kali baginda s.a.w tidak akan meninggalkan dakwahnya.

Kita terfikir tergamakkah jika Mohd Sabu ada disebelah Rasulullah s.a.w ketika itu untuk  memberi pendapat atau kenyataan, bahawa tidak profesional, jumud, tidak bijaksana jika menolak semua itu.

“Kena diamkan dulu berkenaan Islam. Tunggu dapat kuasa, semua harta sudah ditangan, wanita dari anak2 pemimpin2 kabilah arab yg paling berkuasa sudah diperisterikan.

Dah dapat semua itu kita dakwahlah! ”

Untuk waktu sekarang, dari Mohd Sabu sibuk tentang takutnya kehilangan sokongan bukan Islam, adalah lebih waras beliau memikirkan, bagaimana perasaan dan kegusaran umat Islam bila pemimpin pemimpin utama DAP menyerlahkan sifat sifat angkuh dan mahu menentukan segala galanya dalam Pakatan Rakyat. Termasuk mahu mengajar PKR apa yg perlu dibuat.

Saya fikir masyarakat bukan Islam tidak selama lamanya akan hanyut dgn propaganda tidak sihat yg dimainkan media tertentu dikalangan mereka.

Terdapat banyak kelompok dikalangan bukan Islam yg masih waras dan sedar kepentingan mempunyai hubungan yg baik dgn PAS selaku parti  yg kedua terbesar mengumpulkan orang2 Islam yg baik baik dan teguh pegangan agama yg melarang fahaman perkauman melampau yg bahaya.

Di mana mana PAS kuat, bukan Islam boleh merasa selamat dan terlindung.

Bukan seperti UMNO yg membaja perkauman malah menaja kumpulan kumpulan pelampau melayu yg sentiasa membangkitkan kebencian.

Sekali lagi Dewan Himpunan Penyokong PAS DHPP perlu diperkasakan untuk memupuk perpaduan antara kita.

 

HJ AHMAD AMZAD HASHIM

Ketua Penerangan PAS

Kuala Terengganu

19hb Jun 2015

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: