Adakah Gergaji Enjin Yang Berbunyi?

Muktamar telah melabuhkan tirai,pada yang terpilih syabas & yang tidak terpilih jangan kecewa.Tiada istilah kecewa dalam perjuangan islam apatah lagi dendam atau pun amarah.Belajarlah menjadi Khalid Al Walid, walau terlepas jawatan Panglima tetapi terus beristiqamah menyebar syiar islam.

Tidak dinafikan ada yang terlajak malah ada yang berundur, malah ada juga yang terkata & terdiam.Semua itu lumrah semasa bertanding cuma jangan rugikan jemaah.Tidak terkira umpatan,kejian & nista yang terlempar, walau pahit maka telanlah demi jemaah.Kadang2 perlu juga dinilai apa yang disampaikan, mungkin tanpa disedari kita telah melanggar sempadan.

Tiada dilihat selepas muktamar yang memberi peluang kepada saf pimpinan baru, selain dari menyerang bertali arus.Tiada juga yang mengikut contoh Ustaz Nik Abduh, menjernihkan yang telah keruh.Maka tiada juga yang cuba memperkasakan semula parti & jemaah,yang ada hanyalah gergaji engin yang dipulas kudratnya agar kuat berbunyi walau tidak mampu memotong kerana tumpulnya gigi. Lebih kuat bunyinya akhirnya diam kerana kehabisan minyak.

Tidak kurang juga ayam sabung tidak bertuan yang cuba berkokok,galaknya berkokok hanya untuk berlaga,lalu diharap agar yang lain turut berlaga.Namun malang sekali ramai yang terpesona dengan bunyi nyaring kokok itu,lalu disahut kokok itu berlagalah ia, namun tidak diselidik adakah yang ditempur itu musuh atau sebaliknya.Namun bila tercedera barulah sedar ianya silap belaka.

Yang paling malang sekali kaki judi,kata orang utara ” tumpang tui “.Disaat orang berlaga,samada berlaga kerana silap atur atau sememangnya sudah diatur,masuklah dia agar mendapat laba.Tidak dihirau siapa yang tumpas atau rebah, yang mustahak tercapai cita2 & penuh ususnya. Tetapi jika yang bersabung itu cepat sedar silapnya, maka rugilah kaki judi, lebur laba & imbuhan tiada.

Begitu juga yang berkerja & berjasa, janganlah dicerita malah dijaja.Sifat orang2 melayu memang mudah lupa,jika kerap bercerita buruk rupanya.Ikhlas dalam berjuang,tidak diharap pembalasan.Kayanya Allah,tidak didunia,akhirat labanya.Cuma bila dirasa hanya dirinya yang berjasa,maka hilanglah manis timbullah duka bila hilang kerusi jua.

Namun tidak juga dilupa, kawan semeja tidur sebantal.Dimasa susah kopi pun dikongsi bertiga,bila sudah bertali leher & berseluar yankee,tidak dijengah mamak capati,semuanya di hotel berlabuci.Lalu dikatalah ” u makan toyu, i makan sphagetti”. Maka timbullah konsevatif alkisah progressif, ada juga moderate & haraki.Yang bertali leher dilambung tinggi,yang berkopiah dianak tiri.Apabila susah hendak berdiri,anak tirilah yang dicari,mengadu kisah susah terperi,bila senang lupa diri.

Cukuplah segala yang terjadi,ambil iktibar supaya yang lain meneladani.Jangan kita jadi batu api,lebih teruk jadi gunung berapi.Sedarlah apabila kita berorganisasi,ada ketua ada ahli.Yang ahli jangan jadi tak sedar diri,berangan ketua tapi membodohkan diri Cuma agak hairan pada yang ahli,lebih percaya ayam dari ketua sendiri.

Terus Beristiqamah.

Ana Realist.
9/6/2015.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: