Demokratikkah Menampar Muka ?

Telah berlabuh tirai muktamar,ada yang gembira & ada yang duka.Keputusan telah di catat yang mana peratusan saf kepimpinan di pilih adalah muka baru,samada yang lama diangkat lebih tinggi atau yang sememangnya muka baru diangkat perwakilan menduduki herarki.

Tidaklah adil jika di tonjolkan saf kepimpinan baru sebagai golongan agamawan, ramai juga dikalangan mereka ahli akedemik, professional, aktivis & sebagainya.Juga petunjuk dari ketiga2 dewan tidak bolehlah dianggap begitu yang pada saya tidak kurang juga ada asas kalau dinisbahkan pada melabel.Jelas pada saya yang majoriti perwakilan mahukan suara2 segar yang sesuai dengan aspirasi & dasar yang telah selama ini didokongi oleh semua pimpinan2 PAS terdahulu.

Tidak perlulah di timbulkan isu Chai kerana jika hendak berlaku adil,maka lihatlah disebalik semak juga jika hendak menembak pelanduk,jarang pelanduk apabila diburu berada di tanah lapang.

Hakikatnya terbukti saf kepimpinan PAS yang baru terdiri dari pelbagai latar belakang & bidang,bukan seperti digembar – gemburkan yang hanya dihuni oleh golongan agamawan & mesra Presiden.Tidak pula saya rasa mereka bertindak seperti pembodek & menyokong Presiden membuta tuli,yang penting setiap permasalahan akan diselesaikan secara harmonis,ukhuwah & beradab,bukan menempik & kemudian lari lalu timbullah pelbagai persepsi.

Jika diteliti ulasan Dato Dr Mahfoz Mohamed didalam Mingguan Malaysian Ahad lalu,dikaji & diselidiki dengan segala peristiwa yang terjadi kebelakangan ini,apa yang diungkapkan beliau ialah perkara2 dasar didalam PAS amnya seperti soal Hudud & RUU EKJS Kelantan yang cuba di bentangkan secara persendirian sebagai MP oleh Presiden yang mana kita sedia maklum ada di kalangan PAS sendiri yang tidak bersetuju tentang perlaksanaannya.

Yang menjadi tidak konstruktif untuk dimesyuaratkan ialah walaupun ianya telah menjadi dasar kepada PAS sejak dari penubuhan PAS,maka atas alasan untuk menjaga hati rakan & ingin mengapai Putrajaya dahulu barulah dibincangkan semula,maka jelas sememangnya terdapat halangan walau dari dalam PAS sendiri & sememangnya kita telah sedia maklum akan rakan diluar PAS yang memang sejak awal lagi tidak bersetuju.

Untuk menjadikan lebih destruktif maka ada juga yang menyokong ketika dibentangkan di Sidang DUN Kelantan,turut menyokong untuk ditangguhkan dahulu yang mana logiknya,ianya hanya di Kelantan & bukan seluruh Malaysia,juga hanya untuk Muslim & langsung tidak membabitkan non muslim.

Tidak langsung timbul soal agamawan atau professional,soal menang atau kalah,menyokong atau tidak,yang paling mustahak adalah faham perjuangan,matlamat serta dasar yang dibawa PAS.Tidak adil & agak kurang sopan jika semua yang memimpin sekarang ditakrifkan sokong ulama serta akan memudahkan semua kerja2 Presiden,seolah2 ingin mewujudkan tanggapan yang negetif terhadap pimpinan PAS yang baru.Tidak pula ketika mereka2 ini mula menaiki herarki didalam PAS,yang kalah berkata begitu,belajarlah dari kisah2 lalu.

Akibat dari itu,seolah2 wujud satu kelompok yang menyerang Presiden di pentas terbuka,yang pada umum jelas menampakkan satu kelompok yang tidak berpuas hati dengan Presiden.Mungkin disebabkan asas itu maka Dr Mahfoz menzahirkan dengan ungkapan progresif didalam PAS,yang mana bukan hanya progresif didalam PAS,malah turut progresif menghentam Presiden & PAS diluar kotak yang sepatutnya.

Jika dilihat scenario terdahulu berbulan lamanya sebelum muktamar,kita melihat aktifnya kelompok2 yang diungkap progressif ini aktif malah agresif menjatuhkan kredibiliti Presiden,malah tidak cukup dengan forum & pentas, ditubuhkan pula NGO yang awal slogannya Perpaduan PR tetapi hakikatnya ingin menguburkan Presiden.Maka apabila bangkit majoriti ahli mempertahankan Presiden seolah2 ternampak jelas terdapat dua aliran didalam PAS.Cuma kita harus menilai secara adil & jujur,jika tidak kerana hentaman ini,adakah akan nampak seolah2 wujud dua aliran didalam PAS?Maka jawablah dengan akal yang bernas.

Boleh saya kata & nisbahkan semua yang mendokong perjuangan PAS sekarang menau
ngi slogan PAS For All serta Islam Rahmat Untuk Semua,tidak kira tukang cuci kereta mahupun Presiden tetapi akibat dari pemesongan persepsi oleh kelompok ini maka umum melihat seolah2 Presiden & ahli2 yang mendokong perjuangan tulen PAS mencampak jauh slogan ini yang mana ianya ternyata salah & dusta semata2.Jika benar nescaya semasa muktamar tempohari akan ada usul untuk membubarkan DHPP,tetapi yang jelas semuanya hendak memperkasakan DHPP.

Politik PAS ialah politik kontruktif,sambil berjuang melaksanakan dasar,turut sama berjuang memperkenalkan Islam sebagai jalan penyelesaian akan semua permasalahan,tidak kira samada muslim atau tidak.Disamping itu juga,turut diajak rakyat supaya menerima Islam sebagai dasar negara,yang tidak menindas mana2 pihak,tidak berat sebelah serta bukan ancaman kepada mana2 agama,bangsa & kaum.Disamping itu juga PAS memberi jaminan bahawa penyelesaian Islam adalah yang terbaik untuk semua.Cuma yang menjadikannya dekonstruktif ialah apabila kelompok pemisah ini seolah2 senada dengan golongan2 yang tidak setuju dengan PAS & Presidennya lalu terbentang dimata umum seolah2 wujud golongan eksklusif yang dimomokkan di dalam PAS.

Amat tidak wajar jika dikatakan dengan slogan Bersama Kepimpinan Ulama adalah mesej jelas & keras kepada perwakilan bahawa PAS telah sampai kepada tahap maksimum untuk bertoleransi dengan rakan sekutu.Pada saya ianya adalah slogan yang lebih kepada memperdengarkan kepada ahli bahawa PAS sentiasa didokongi oleh ulama,yang mana sebagai sebuah parti Islam layaknya ulama yang memimpin,bukan dipimpin.Jika sebaliknya maka tidak ubahlah PAS seperti UMNO.

Tidak pula dilihat walau dengan wujud slogan ini atau mana2 dongengan yang didodoikan,seolah2 terhenti segala hentakan terhadap PAS & Presidennya,malah lebih galak lagi hingga bertali arus.Tidak pula dilihat sebagai tembok untuk berlindung malah apa yang ditepis & ditentang hanyalah kerana sayangkan parti & dasar perjuangan parti,ianya bukan dari golongan agamawan saja,malahan ramai professional,aktivis serta rakyat marhaen turut terpanggil mendindingkan diri dari serangan ini.

Tidak cukup dengan pemesongan persepsi,label melabel turut diadunkan untuk memecahkan akar umbi PAS,umpamanya Wala’un & sebagainya.Tidak pula dinilai kempen2 saat akhir yang mana pelbagai taktik termasuk Chai dari luar PAS yang seolah2 cuba mengatur & mengajar perwakilan untuk memilih yang mana akhirnya Chai tersebut terpaksa didiamkan walaupun degil umpama gunung.

Mengapa saya dodoikan pemesongan persepsi?Kerana dikatakan biarlah tidak menang asal mendapat redha allah,itu ayat nostalgik picisan bagi saya.Selama ini PAS bertanding didalam pilihanraya untuk apa?Biarlah menang dengan cara yang betul,bukan menggunakan segala cara tidak kira apa asalkan menang,lari dari prinsip & dasar PAS kerana PAS bukan UMNO atau mana2 parti yang sebegitu.

Maka yang dikata hanya golongan agamawan adalah sebagai penafsir tunggal Islam didalam PAS adalah salah,itu hanyalah satu lagi persepsi yang cuba diwujudkan supaya menampakkan seolah2 hanya satu golongan sahaja yang mendominasi PAS,ternyata barisan kepimpinan sekarang mentafsirkan kesemuanya.

Tidak pula dimata saya slogan tersebut sebagai killer didalam muktamar,yang mana seperti menimbulkan kegerunan & sehingga hilang rasional untuk berfikir dalam memilih saf kepimpinan.Yang jelas & nyata ialah kebangkitan ahli2 & para perwakilan yang rata2 tidak berpuas hati dengan hentaman dari rakan sekutu yang bertali arus tidak berhenti seolah2 PAS tidak bermaruah & bacul.

Jangan hanya melihat usul yang dikemukan Dewan Ulama saja,lihat juga apa yang diputuskan oleh CEC DAP,itu adalah satu pencabulan terhadap PAS kerana PAS bukan anak yatim,masih ada bapa untuk memimpin.Jika bijaknya pimpinan DAP,mereka tidak sepatutnya membuka gelanggang untuk bertarung di mata umum.Siapa yang tidak mahu siapa sebenarnya & siapa yang mahu membuang siapa sambil bermain tarik tali?

Usul tetap usul,ada beza usul dengan keputusan.Jangan cuba memesongkan pemikiran umum lagi.Maka jika bijak biarlah yang namanya pemimpin yang membuat keputusan,bukan
yang terpimpin sama gayanya.Maka tidak perlulah diguna provokasi ala Hitler dalam mempropagandakan sesuatu isu,Jika diamati akan situasi ini,jelas didapati hanyalah orang2 yang sama mempelopori semua ini.

Tidak perlulah diungkap Pulau Pinang atau Selangor,kesemua negeri tersebut dimenangi atas tiket Pakatan Rakyat,tidak DAP,PKR atau PAS kecuali di Kelantan.Jika tidak atas nama Pakatan Rakyat,yang mana sedang enak dikerusi empuk Ketua Menteri atau Menteri Besar belum tentu bermastautin di agam atau berkereta besar sambil dipandu pak supir.Mungkin masih berpeluh di jalanan atau bermandi pancuran tembakan FRU.

Belajarlah lah menerima takdir,mungkin patut didekati Ustaz Nasharuddin Mat Isa yang sudah lali memakan tohmah & nista,belajar dari beliau apa erti kekalahan & aib seluruh badan.Jangan lagi belajar menjadi pemberontak yang tidak tentu arah,belajar menjadi insan yang ada harga & jati diri.Elok dikenang permulaan segala cerita,siapa yang hentak & siapa yang bentak?Jika hentak & bentak didalam bilik umpama suami isteri,tiada siapa yang tahu tetapi jika hentak & bentak umpama camar sejoli,tiada cincin,tiada saksi & tiada wali,maka bila diketahui umum,direntang yang basah tetap kendur jua.

Terus Beristiqamah.

Ana Realist.
10/6/2015.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: