AKHIRNYA DAP KELUAR PAKATAN RAKYAT (PR)

Setelah pelbagai tindakan DAP untuk merasionalkan parti itu keluar PR, akhirnya DAP mengambil tindakan tersebut. DAP memulakan usaha tersebut dengan menggunakan pendekatan memainkan sentimen keagamaan, melalui beberapa MP mereka di Sarawak seperti isu Kalimah Allah, dakwah Islam kepada masyarakat peribumi dan lain-lain. Kemudian DAP Sarawak diberi autonomi untuk mengambil keputusan memutuskan hubungan bukan hanya dengan PAS malah dengan PKR di Sarawak. Tidak cukup dengan tindakan tersebut, DAP buat tindakan yang sama untuk memutuskan hubungan dengan PAS di Sabah. Dalam situasi seperti itu, kedudukan mereka dalam PR pusat masih kekal seperti biasa.

Disebabkan PAS masih mengambil pendirian bersama dengan PR, DAP mencari ikhtiar lain untuk keluar dengan membuat provokasi melampau terhadap Presiden PAS, dengan harapan PAS melayan provokasi itu dengan bertindak keluar dari PR. Setelah usaha itu tidak berjaya, DAP buat keputusan yang agak pelik, memutuskan hubungan dengan Presiden PAS walaupun masih mahu ada ikatan dengan PAS. Usaha itu diteruskan dengan berkempen secara tidak langsung supaya perwakilan PAS menjatuhkan Presiden dalam Muktamar PAS ke 61. PAS tidak berganjak dari PR, sebaliknya Dewan Ulama membuat usul tegas untuk memutuskan hubungan dengan DAP tetapi terus bersama PR.

DAP cuba mengambil kesempatan dari usul itu untuk mendesak PAS keluar PR, tetapi PAS tetap dengan pendiriannya bersama PR walaupun berkemungkinan memutuskan hubungan dengan DAP. Selepas segala usaha tidak berjaya, akhirnya DAP sendiri membuat keputusan untuk keluar PR dengan andaian penarikan diri mereka dari PR bermakna PR akan berkubur. PR terus kekal dengan gabungan PAS dan PKR, sebagaimana pernah berlaku kepada Barisan Alternatif (BA) sebelum ini. Pada tahun 2002, DAP keluar dari BA menjadikan hanya PAS dan PKR kekal dalam gabungan. BA tanpa DAP inilah gabungan yang menghadapi Barisan Nasional (BN) dalam Pilihanraya Umum 2004 dan 2008. Oleh sebab itu, keluarnya DAp dari PR bukan bermakna PR berkubur.

Sekarang terpulang kepada PKR yang memimpin negeri Selangor membuat keputusan sama ada untuk meneruskan gabungan dengan PAS di dalam PR atau tidak. Sekiranya PKR juga menarik diri dari PR, maka tidak mustahil Kerajaan Negeri Selangor goyah. Sekiranya PKR terus bersama PAS dalam PR, maka mereka perlu menentukan sama ada menerima kehadiran DAP dalam Kerajaan Selangor atau tidak, disamping mereka juga perlu menentukan sama ada meneruskan sokongan kepada DAP di Pulau Pinang atau tidak. Keputusan yang dibuat oleh PKR bakal menentukan negeri mana yang menjadi goyah, Kerajaan Negeri Selangor atau Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Tidak mustahil juga formula YM Tengku Razaleigh Hamzah mewujudkan Angkatan Perpaduan Ummah (APU) dan Gagasan Rakyat akan dipakai semula.

Dr Mohd Zuhdi Marzuki
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat
16 Jun 2015
29 Syaaban 1436

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: