Apa yang mereka mahu?

Kalau kita pujuk mereka supaya bersabar, muhasabah kembali dan jangan tinggalkan perjuangan ini.

Mereka akan beralasan:
“Kau fitnah kami! Kau kutuk kami! Lepas tu kau nak kami terima kekalahan ini??!”

Dan kalau kita kata, Alhamdulillah, baguslah kalau nak keluar. Proses penapisan Allah terhadap jemaah Islam ini sedang berjalan lancar.

Mereka akan beralasan pula:
“Sepatutnya kau pujuk! Bukannya suka tengok orang keluar! Inikah cara yang Islam ajar??!”

Ditambah dengan berbagai tuduhan melampau. PAS sudah berubah. PAS sedang mundur ke belakang. PAS hilang hala tuju. PAS sudah tidak relevan.

Padahal belum sampai seminggu kepimpinan bertukar. Visi, misi dan halatuju, dan strategi masih belum diatur pun. Bagaimana mereka menghukum atas perkara yang belum wujud?

Apa sebenarnya yang mereka mahu?

Apa yang dilihat, mereka memang mahu mufarsqah. Mereka memang mahu pecahkan kekuatan Islam dengan menubuhkan jemaah baru.

Tapi mereka mahu keluar dalam keadaan mereka tidak bersalah. Mereka mahu tuduh kita, sebab keluarnya mereka dari jemaah ini bukan salah mereka, tapi semua salah kita!

Biar mereka bersih untuk imej parti baru nanti, dan biar jemaah ini kotor-sekotornya, supaya mudah tarik orang jemaah ini untuk berhijrah ke parti mereka.

Sehingga ke hari ini, saya masih tidak faham apa relevan mereka lakukan demikian. Merekalah yang canangkan supaya perlu bersatu dan kukuhkan PR. Tapi kenapa mereka tidak boleh bersatu dalam satu parti dan kukuhkan kepimpinan baru?

Kesatuan jenis apa yang mereka idamkan?
Tidakkah memecah-mecahkan kumpulan Islam akan lebih melemahkan Islam?

الجماعة رحمة والفرقة عذاب
Berjemaah itu rahmat, dan perpecahan itu azab.

(Alang Ibn Shukrimun)

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: