MUKTAMAR – satu proses tapisan Illahi

PETIKAN TAZKIRAH RAMADHAN
USTAZ AZHAR IDRUS


Ramadhan akan tamat. Cuma kita tak tahu adakah kita akan sempat menamatkan Ramadhan. Adakah Ramadhan akan tamat dulu, atau kita mati dulu. Berdoalah agar Allah tetapkan kita berjuang di jalan yang benar, meskipun tanpa rakan-rakan bersama. Kita bukan hanya mahukan kemenangan, tetapi kita turut mahukan kebenaran yang diiktiraf di sisi Allah.

Isu yang hangat berlaku hari ini sepertimana yang diketahui umum, samada sebelum dan selepas muktamar, sebenarnya itulah yang terbaik untuk kita semua samada bagi yang baru ataupun yang sudah lama berjuang.

Allah uji kita sebagaimana Allah uji pesakit kencing manis. Kalau mereka sayangkan tubuh, mereka akan sanggup potong kaki. Jika tidak, penyakit kaki itu akan merebak ke seluruh tubuh badan.

Maka begitulah Allah sayangkan jemaah ini. Allah potong bahagian-bahagian yang berpenyakit untuk keselamatan seluruh jemaah. Kita perlu menganggap apa yang menimpa Tok Guru dan para Ulama ketika ini adalah ujian yang terbaik dari Allah.

Memang menyedihkan, apabila satu pihak yang telah tewas dalam pemilihan tiba-tiba menyerang jemaah ini pula. Sungguh tidak disangka, jemaah yang selama ini mereka tumpang berteduh, kini mereka mahu khianati, mereka mahu tubuh parti baru pula.

Marilah perbetulkanlah niat dalam hati kita. Walaupun apa yang dilakukan baik, tapi sekiranya niat tidak baik, maka akan rosaklah jua. Sabda Rasulullah SAW:
نية المؤمن خير من عمله
Niat orang beriman itu lebih baik dari amalannya.

Sekiranya niat kita baik, walaupun amalan yang dilakukan tidak seperti yang dicitakan, Allah telah mengira ia sebagai suatu pahala yang besar. Namun apabila niat dari awal sudah tidak baik, amat beratlah akibatnya.

Tepuk dada tanya iman, Putrajaya atau redha Allah mana lebih utama bagi kita? Kalau kita letakkan menang lebih utama, jadilah seperti apa yang berlaku hari ini. Bila tak berjaya menang sebagai pengerusi masjid, terus tak datang masjid!

Allah sebenarnya mahu bersihkan jemaah ini. Biarlah kita kalah asalkan kita di pihak yang benar. Biar kita sedikit, asal perjuangan kita betul. Seorang Tok Guru pondok berkata, “Kasihan. Sudah berpuluh tahun berjuang dalam Islam, akhirnya terpesong jauh.”

Mudahan-mudahan kita tidak mati dalam keadaan Allah tidak redha.

Biarlah saja Allah pilih anak-anak muda sebegini yang menyokong hukum tuhan. Mana yang lebih kita sukai, mendapat jawatan Menteri Besar tetapi kehilangan Ulama disisi ataupun bersama Ulama tanpa apa-apa jawatan?

Jangan sampai Allah tarik nikmat untuk bersama para alim Ulama.

Allah juga menegur kita orang yang berilmu dengan FirmanNya:
قل هل يستوي الذين يعلمون والذين لا يعلمون
Katakanlah, adakah sama mereka yang berilmu dengan mereka yang tidak berilmu?

Walaupun mereka sedang mencerca Tok Guru, walaupun mereka menghina jemaah ini, walaupun mereka bersungguh menghancurkan perjuangan ini setelah puluhan tahu mereka bersama, jangan kita samakan diri kita dengan mereka.

Saya minta kita tidak menjawab cemuhan seperti mereka. Perkara tersebut hanya akan menyebabkan orang juga melihat kita buruk. Mereka tampak hodoh, kita juga tampak hodoh.

Biarkan sahaja. Biasanya kalau orang mengata 2-3 kali orang mungkin percaya, tapi sekiranya sampai setahun asyik mengata, orang mula bosan. Kelakuan itu adalah pelik dan akhirnya orang yang mengata pula akan ditolak. Sekiranya kita juga turut mengata, kita juga akan ditolak.

Kalau kita mahu menjawab, biarlah jawapan kita itu membuatkan orang berkata, “Oh, indahnya Islam!” “Sebenarnya inilah orang yang baik”. Walaupun kita dapat keburukan, tapi apabila kita menunjukkan kebaikan, orang akan dapat menilai pihak mana yang benar. Hatta orang bukan Islam pun akan menyokkng kita.

Percayalah, inilah basyarah (berita gembira) dari Allah. Ini adalah pertolongan Allah terhadap jemaah sebagai suatu pembersihan. Firman Allah SWT:
أَحَسِبَ النَّاسُ أَنْ يُتْرَكُوا أَنْ يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)

Cubaan tersebut ialah penghinaan, tohmahan dan kejian yang kita hadapi hari ini, maka hadapilah ia dengan berkata “Alhamdulillah”, segala puji bagi Allah yang telah menjadikan segala.

Masjid Rusila
2 Ramadhan 1436

-Layari Youtube channel Terengganukini untuk rakaman penuh-

(Alang Ibn Shukrimun

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: