Taujihat Dato’ TITM

3 perkara apabila kamu ada, kamu akan merasai kemanisan iman:

1- Sayang kepada Allah dan Rasul mengatasi segalanya.
2- Sayang kepada sahabat kamu kerana Allah.
3- Takut kamu kembali kepada kekufuran setelah Allah beri hidayah sebagaimna kita takut Allah humbankan ke dalam Neraka.

Kita rasa dekat dengan Tuhan, kita diajar zikrullah.
Zikir: Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah Allahu Akbar

Mula2 rasa payah sehingga rasa lazat.
Duduk dalam perjuangn Islam, biar ada dosa pahala, cari redha Allah. Jangan cari redha makhluk.

Parti Baru
Nak ke mana? Untuk apa? Kita tak boleh puas hati dengan tubuh parti baru.
Benda yang kita tidak setuju tu benda prinsip@furu’?
Jika strategi/pendekatan, kita tak boleh tinggal jemaah. Strategi boleh berubah2 (mutaghayyat).

Zaman Saidina Abu Bakar solat Qiam Ramadhan buat msing2. Dekat penjuru sana masjid orang solat, penjuru sini orang solat.

Zaman Saidina Umar, tengok keadaan begitu, Saidina Umar cadang supaya dibuat solat berjemaah. Ucapan Saidina Umar, “Inilah sebaik2 bidaah.”

Satu hari, selepas solat Subuh, Nabi tanya siapa pagi ini telah bersedekah. Saidina Umar jawab, kami baru lepas solat, mana sempat bersedekah. Lalu Saidina Abu Bakar jawab, “Saya ya Rasulallah.”

Kemudian Nabi tanya siapa dah ziarah orang sakit? Kemudian Saidina Umar jawab, kami baru lepas solat, mana nak ziarah orang sakit. Lalu Saidina Abu Bakar jawab, “Saya ya Rasulallah.”

Kemudian Nabi tanya siapa dah bagi makan kepada fakir miskin? Lalu Saidina Umar jawab, kami baru sudah solat, mana nak bagi makan fakir miskin. Lalu Saidina Abu Bakar jawab, “Saya ya Rasulallah.”

Kemudian Nabi suruh Saidina Abu Bakar cerita bagaimana dia boleh melakukan tiga perkara tadi. Ceritanya, ketika hendak pergi solat Subuh tadi, aku terjumpa orang yang meminta sedekah lalu aku memberikan sedekah kepadanya. Kemudian aku berjumpa fakir miskin yang meminta makanan lalu aku memberikannya makanan. Kemudian aku berjumpa orang yang sakit, lalu aku menzirahinya.

Itulah kehebatan Saidina Abu Bakar yang mana kelapan2 pintu syurga berebut nak ambil Saidina Abu Bakar masuk.

Dalam jemaah, kita akan terkesan bila Sahabat kita mula berjauhan memencilkan diri dengan jemaah. 

Jauh dengan ulamak, jauh dengan jemaah, akan datang perkara lain.

Tak semua orang boleh menerima kekalahan. Kadang2 kita rasa kecil tetapi bagi orang tuh perkara besar (hilang jawatan).

Doakan agar kita istiqamah. Doa kepada Allah agar jemaah kita dijaga.

Jawatan kerana Islam akan menolong kita. Jawatan bukan kerana Allah akan menyusahkn kita.

Hadis: Ittaqillah haithuma kunta. (Takutlah kamu di mana sahaja kamu berada).

Bila kita tegas dengan prinsip, kita tak akan susahkan rakan kita.

RUU

Almarhum Tok Guru Nik Abdul Aziz pernah sebut, “Kita nak berjalan bawa kereta sampai trafic light, lampu merah. Kita tak mati enjin lagi. Bila hijau kita jalanlah.”

Dulu kita bincang di peringkat DUN Kelantan. Sekarang dah boleh bawa ke Parlimen. Bila dah bawa, undi kalah, sekurang2nya kita tak berdosa kepada Allah.

KAGUM DENGAN ORANG LAIN

Masalah kita orang Melayu, kita kagum dengan orang lain. Depan mata kita buat tak nampak.

Turki bagus. Tetapi kita jauh ke depan. Kita boleh gubal hudud, mereka bukan nak kata hudud, isu tudung pun jadi masalah di negara mereka. Kita tak ada masalah dengan isu pakai tudung. Buat apa kita nak undur ke belakang (tak mahu laksanakan syariat).

Macam orang Arab, Allah sebut dalam Al-Quran: Wa’lamu annahu Rasulullah. (Dan ketahuilah bahawa di hadapan kamu ini adalah Rasulullah)

Orang kagum pokok cantik tapi tak puji akar yang kukuh. Orang puji bangunan cantik tapi orang tak puji foundation bangunan yang kukuh.

Orang puji Almarhum Ustaz Fadhil Noor. Orang tak nampak zaman UFN, DAP putus hubungan dengan PAS isu tak setuju dengan Negara Islam.

Orang tak nampak, di belakang UFN, TGHH yang menjadi mastermind.

USUL DEWAN ULAMAK
Usul datang kemudian. Usul timbul kerana tindakan2 sebelum ini, DAP putus hubungan di Borneo & serangan kepada Presiden.

Usul tak akan timbul melainkan ada sebab yang berlaku.

Kita tak bahas usul sebab kuasa tertinggi ialah MSU. Muktamar bukan kuasa tertinggi.

Dasar tertinggi kita ialah Al-Quran, As-Sunnah, Ijma’ dan Qiyas. Nak terjemah semua itu badannya MSU.

MSU akan bawa fakta2 ilmiah sebelum membuat sesuatu keputusan.

MSU terdiri daripada 4 orang AJK Pusat, 4 orang Dewan Ulamak, 2 Pemuda, 2 Muslimat. Mesyuarat akan bincang untuk tambah 4 orang lagi daripada cendiakawan Islam yang fikrah kita.

Kebetulan bulan 5 tamat tempoh MSU, jadi belum dibentuk dan usul itu belum dibincangkan lagi.

MSU sekadar buat keputusan. AJK Pusat sebagai pelaksana. Pernah dahulu, MSU putus muslimat boleh bertanding menjadi calon. Tetapi AJK Pusat tangguhkan dahulu pelaksanaannya kerana suasana masa itu tak sesuai untuk muslimat bertanding.

Masa itu Pemuda Umno Tahan Lasak ada. Mereka culik, pecahkan kereta, ganguan kepada calon dan sebagainya boleh membahayakan calon perempuan.

TAHALUF

Jika garis panduan tahaluf dah dilanggar, sayang mcm mana pun kena putus.

Anak Saidina Abu Bakar berkahwin dengan isteri yang sangat cantik. Bila datang seruan jihad, dia tinggal jihad sebab terlalu sayangkan isteri.

Lalu habis perang, Saidina Abu Bakar perintah supaya ceraikan isteri dia. Lalu cerailah walau terlalu sayang sebab Khalifah.

Antara syarat tahaluf: Menguntungkan, ruang berdakwah, tak melanggr prinsip.

Dalam mesyuarat PR, Lim Kit Siang pernah minta PAS isytihar buat kenyataan, PAS tak akan laksanakan Hudud di Sarawak. Adenan Satim (KM Sarawak) umum tak akan laksanakan Hudud.
Saya jawab balik, benda wajib jangan kata tak wajib.

Mengisytiharkan benda wajib itu tak wajib, mana boleh.

Tak nak solat tak apa, tapi jangan isytihar solat tak wajib. Jadi penyelesaiannya ialah senyap jalan terbaik.

Wallahu’alam.

Catatan oleh:
Ibnu Selanjuuri,
Pemuda Subang,
Surau Al-Ukhwah.
27.6.15

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: