TAZKIRAH TIMBALAN PRESIDEN PAS 2015

TAZKIRAH TIMBALAN PRESIDEN PAS
(Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man)
24/6/2015 Rabu malam Khamis
Di Masjid Hasanatul Abrar, Luit, Maran

1. Manusia terbahagi kepada:

a. Orang mukmin iaitu org yg betul aqidahnya, betul amalannya dan betul kata2nya.
b. Orang kafir tak betul aqidahnya, tak betul amalannya dan tak betul kata2nya.
c. Orang munafiq betul kata2nya dan sebahagian kata2nya, tidak betul hatinya.
d. Orang fasiq betul aqidah dan kata2nya, tetapi tidak betul amalannya.

2. Perjuangan menjunjung hukum Allah perlu diteruskan. Jangan jual nama Tok Guru Nik Aziz dan Ust Fadzil untuk hentikan perjuangan ini. Kedua2 mereka sangat tegas dalam memperjuangkan Hudud. Al Marhum TGNA sebelum meninggal sempat berwasiat supaya usahakan sedaya upaya untuk Hukum Allah dapat dilaksana.

3. Al Marhum Ust Fadzil pula sangat tegas dalam memperjuangkan Hukum Allah. Beliau tidak bertolak ansur dalam soal prinsip biarpun DAP keluar daripada pakatan Barisan Alternatif pada tahun 2000.

4. Orang Mukmin sentiasa berpegang kepada syarat mereka (mafhum hadith). Dalam bab tahaluf, ia bukan qat’i. Ia diharuskan berdasarkan syarat2 keharusan.  Antaranya syarat mengharuskan tahaluf ini ialah:

A. Mestilah tahaluf itu menguntungkan Islam, jangan merugikan Islam.
B. Mesti bertujuan untuk tegakkan Islam
C. Tahaluf melebarkan ruang dakwah, bukan menyempitkan.
D. Mestilah saling menghormati.
E. Tidak boleh tahaluf dalam perkara yang melanggar batas2 syarak.

5. Presiden PAS adalah sebuah institusi rasmi mewakili lebih sejuta ahli. Suara presiden adalah suara rasmi, bukan suara peribadi.
Apabila presiden mengeluarkan sesuatu arahan, maka itu adalah arahan rasmi. Ia tidak sama dengan timbalan, naib dan lain2 pimpinan yg kata2 mereka boleh ditakwilkan sebagai rasmi atau peribadi.

6. Muktamar adalah kuasa tertinggi dalam organisasi, namun muktamar tidak boleh memutuskan sesuatu berkaitan hukum. Ia perlu diserah kepada Majlis Syura utk dibincangkan di sudut hukum syarak.

Atas sebab itulah usul mendesak majlis syura supaya memutuskan hubungan dgn DAP diterima tanpa bahas. Yakni diterima untuk mengangkatnya kepada majlis syura yang bakal membuat keputusan berdasarkan hukum syarak.

Muktamar tidak membahaskannya kerana ia tiada kuasa membuat keputusan berkaitan hukum. Dan kerana hendak mengelak daripada perbahasan yg melampau dari perwakilan.

7. Tidak pernah sebelum ini presiden kekalkan tema muktamar. Tahun lalu ‘Terus Beristiqamah’. Tahun ini ‘Istiqamah Hingga Kemenangan.’  Ertinya seolah2 beliau sudah nampak bahawa jamaah sedang dilanda masalah kemungkinan ahli yang tidak akan istiqamah dalam perjuangan, lalu meninggalkna jamaah dengan menubuhkan parti baru atau menyertai parti lain.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: