PAS Pulai Pinang istiqamah bersama pimpinan

“SOKONGAN AKAR UMBI, PAS PULAU PINANG MELANGKAH GAGAH MEMACU BAHTERA PERJUANGAN”

Mewakili Badan Perhuhungan PAS Negeri Pulau Pinang, saya selaku Ketua Penerangan PAS Negeri mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh delegasi Jawatankuasa Harian PAS Pusat yang sudi bertandang ke Pulau Mutiara untuk bertemu dengan ahli-ahli PAS di negeri Pulau Pinang pada 27 Jun 2015.

Juga sekalung tahniah dan penghargaan buat semua ahli yang memberikan komitmen terbaik menyambut kedatangan Tuan Guru Presiden dan seluruh delegasi. Kehadiran yang begitu luar biasa melebihi jangkaan daripada pihak penganjur.

Sebagaimana yang dimaklumi kedatangan Tuan Guru Presiden PAS Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang bersama dengan kabinet Jawatankuasa Harian PAS Pusat adalah untuk bertemu dengan pimpinan dan ahli di seluruh peringkat dalam negeri Pulau Pinang ini. Justeru itu beberapa program telah dijalankan diantaranya ialah pertemuan tertutup seluruh pimpinan PAS di semua peringkat bersama dengan pimpinan harian PAS Pusat yang berlansung di Kompleks An-Nahdhoh Kubang Semang, Permatang Pauh, tazkirah dan solat taraweh bersama Timbalan Presiden di Markaz Tarbiah PAS Pongsu Seribu, Kepala Batas dan kemuncaknya diakhiri program pada hari tersebut dengan Ceramah Perdana juga ditempat yang sama.

Apa yang membanggakan kita semua adalah semua program yang dianjurkan ini telah mendapat sambutan diluar jangkaan terutamanya ceramah perdana telah dihadiri oleh ribuan ahli dan pendokong PAS. Ini adalah merupakan satu mesej dan isyarat buat semua bahawasanya ahli PAS terus memberikan sepenuh sokongan dan dokongan buat kepimpinan tertinggi untuk mengemudi bahtera perjuangan ini.

Ia juga menepis segala momokan dan tanggapan sebahagian pihak bahawasanya kepimpinan baru PAS ini tidak mendapat restu daripada ahli akar umbi. Sebaliknya apa yang kita amati bahawasanya ahli akar umbi jelas teruja dan gembira apabila kepimpinan yang diterajui oleh para alim ulamak ini menduduki tempat tertinggi didalam parti. Sudah semestinya kesetiaan dan kepatuhan tidak berbelah bagi akan diberikan kepada kepimpinan baru ini.

Dalam rangka lawatan harian PAS Pusat ke negeri ini juga menyaksikan ahli semakin tenang berdepan kemelut yang melanda jemaah hari ini dengan mendengar sendiri kupasan dan pandangan daripada kepimpinan tertinggi parti. Pastinya ahli PAS Pulau Pinang sudah bersiap siaga untuk menghadapi tribulasi perjuangan seterusnya selepas ini.

Untuk yang akhirnya sekali lagi saya mengucapkan jutaan terima kasih buat semua yang terlibat bagi menjayakan program ini. InsyaAllah dengan kehadiran pimpinan dan penjelasan yang telah diberikan maka marilah sama-sama kita terus melangkah membawa perjuangan ini hingga kita berjaya mencapai cita-cita perjuangan kita ini. Bersama-sama kita semua beristiqamah memacu perjuangan ini hingga Islam kembali berdaulat diatas muka bumi Allah Azzawajalla ini.

BERISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN

Mohd Yusni Mat Piah
Ketua Penerangan
PAS Pulau Pinang.
12 Ramadhan 1436H /
29 Jun 2015M
Isnin

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: