Parti baru PASMA-G18 adalah ekslusif bukan inklusif

Parti baru yang bakal ditubuhkan kelak oleh PASMA-G18 bersifat eksklusif kerana ia terdiri daripada

1. Ahli IKRAM
2. Sebahagian kecil ahli ABIM
3. Ahli PASMA
4. Orang PAS yang hilang jawatan dalam Muktamar PAS ke 61
4. Sebilangan kecil penyokong dan pengikut yg kecewa kerana pemimpin mereka tidak terpilih dalam Muktamar PAS ke 61
5. Bekas IRC-JIM yang tidak anggotai iKRAM atau ISMA

Parti baru ini bukan bertolak dari motivasi atau inpirasi  “bottom up” dalam kalangan akar umbi yang ramai  sepertimana penubuhan PAS, UMNO, dan PKR. Tetapi ia bertolak dari rasa kecewa dan tak puas hati sekelompok orang yang  hilang jawatan dalam parti kerana tidak dipilih semula dalam Muktamar PAS ke 61.  Maka dengan sendirinya atau “by default” parti baru ini akan jadi parti ekslusif seperti  nyamuk yang kuat menyengat tapi sakitnya sebentar  sahaja. Nyawa nyamuk biasanya tidak panjang iaitu 14 hari pada suhu 20 darjah centigrade dan 10 hari pada suhu 25 darjah centigrade. Seperti parti  HAMIM, BERJASA, dan KITA, mereka  hanya mampu hidup sebentar sahaja.

Parti baru yang ekslusif ini sudah pun melalui dua fasa ketidaktentuan

Fasa pertama ialah fasa perbalahan antara PASMA dan G18 siapa patut jadi ahli jawatankuasa tertinggi parti baru. Hanipa Maidin mengatakan kumpulan PASMA tidak layak. Kumpulan PASMA pula mendakwa PASMA  lebih layak memimpin parti baru.

Fasa kedua ialah ketidakyakinan penyokong PASMA dan G18 yang menyertai DAP dan tidak mahu sertai parti baru. Tan Sri A. Samad Ismail yang rapat dengan individu G18 memilih DAP untuk wadah perjuangan politiknya.  Syeikh Omar anak didik IRC IKRAM juga lebih yakin pada DAP dari parti baru ala Islam kononnya. Yang terbaru Penasihat Undang Undang PASMA Zulhazmi Shariff sudah isytihar sertai DAP  dan tidak mahu bersama parti baru yang  akan  ditubuhkan oleh PASMA dan G18.

Lebih parah lagi apabila Datuk Paduka Husam menyepikan diri dari G18 dan Datuk Mahfuz pula  isytihar tidak sertai  seperti yang dilaporkan oleh Sinar. Malang parti baru ini sudah dipertikai kredibiliti kepimpinannya dari awal.

Maka yang tinggal dalam PASMA dan G18 hanyalah kelompok orang kecewa. Mereka bukan orang “grassroot,”  bukan dari akar umbi tapi orang pertengahan dan orang atas dalam parti. Maka sekaligus  parti baru ini akan jadi parti ekslusif.

Istilah “inklusif” yang PASMA dan G18  maksudkan ialah ahli-ahli yang merangkumi lima kelompok di atas. Kita ucapkan selamat belayar kepada bahtera baru ini ke samudera politik Malaysia.
Dr Abu ‘Ali Hussini, Kajang, Selangor

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: