Malaysiakini – tidak boleh dipercayai lagi

oleh Syabab Pas Malaya

11209576_848292741890565_8132954500869860040_n

Rakan saya Ahmed Natasha menaikan status:
“Malaysiakini punya spin boleh tahan juga”.
Atas tajuk apa?
Beliau menjawab atas tajuk berita Harun Din mengulas isu dakwaan USD700million yg dikatakan dimasukkan ke akaun peribadi Najib.
ini pula komen seorang rakan Azrul “Yup..yg kes TGHD ni mmg jahat…title misleading gile”

Saya kemudian membuat sedikit ‘research’ untuk berita tersebut.
Dan ini apa yang dilaporkan oleh Sinar Harian, yg boleh saya katakan agak telus dan adil:

TAJUK BERITANYA: ‘Amat malang jika dakwaan terhadap Najib benar’
rujukan : http://www.sinarharian.com.my/…/amat-malang-jika-dakwaan-te…

Bila saya buka Malaysiakini, saya agak terkejut, kerana tajuk beritanya adalah sangat tidak adil dan berat sebelah, bukan untuk menyampaikan berita, tapi untuk mensensasikan tajuk berita! Sesiapa yang malas, tidak mahu mengklik link berita untuk membaca lebih lanjut, akan terus membuat perspepsi negatif terhadap Harun Din. Bukanlah saya nak mempertahankan sangat Mursyidul Am itu, tapi sebagai media alternatif yang dikatakaan no 1 di Malaysia, cara Malaysiakini memilih tajuk berita adalah sangat tidak bertanggungjawab. Tahulah kamu mmg menjual berita untuk create revenue, tapi janganlah sampai jadi media propaganda alat parti politik tertentu!

Ini tajuk berita yang dipilih Malaysiakini BM:
“Haron susah percaya dakwaan pada Najib Razak”
dan ini pula tajuk berita yang dipilih Malaysiakini English
“PAS leaders: Accusations against Najib defies logic”

Bila kita baca tajuk berita, terus akan membuat kesimpulan bahawa Harun Din mempertahankan Najib. Bandingkan dengan isi berita Sinar Harian di atas dengan laporan Malaysiakini di sini: https://www.malaysiakini.com/news/304060

————————————————————————————–

Saya kemudian melihat pula reaksi dari berita malaysiakini itu, yang dijadikan bahan propaganda oleh MP DAP Taiping, Nga Kor Ming dalam FB beliau. Beliau menjadikan tajuk berita tersebut sbg printscreen dengan tajuk dalam bentuk soalan
” Since when PAS’s Harun Din become UMNO’s mouth piece?”- atau terjemahannya,:
“Sejak bila Harun Din dari PAS menjadi juru bicara UMNO?”.
rujukan :https://www.facebook.com/davidngakorming/photos/a.10151905029024170.1073741830.52329039169/10153511524079170/?type=1

Beliau juga ada satu lagi posting dalam bahasa cina di sinihttps://www.facebook.com/davidngakorming/photos/a.10150098755279170.281685.52329039169/10153509222044170/?type=1&theater
tetapi tidak terdapat satu posting pun dalam bahasa melayu untuk isu harun din ini. Nampak permainannya?

Kemudian saya lihat pula FB Tony Pua MP DAP Petaling JAya Utara, yang juga kerap melakukan posting propaganda. Alangkah terkejutnya saya beliau menjadikan tajuk berita bertarikh 14 may 2015, untuk menyindir Harun Din dalam isu menyokong Najib!

berikut merupakan posting Tony pua:
“Ya, Mursyidul Am PAS Haron Din nak beri peluang kepada Najib.
Najib bersih. Najib telus. Najib prihatin.
Ya, terus lah PAS, berikan sokongan paling kukuh kepada Najib.”
rujukan : https://www.facebook.com/MPTonyPua/posts/10153487000249917

Terkejut? Saya sikit pun tak. Sebab saya dah lama tahu. Malaysiakini bukan malaysikini yang saya baca masa era reformasi dulu. Kini sudah jadi media propaganda parti politik pembangkang.
Saya ada langgan berita malaysiakini, tetapi jika beginilah cara laporannya, tamat sahaja tempoh langganan ini tak mungkin saya akan perbaharui lagi.

saya akhiri dengan kata-kata Edward R. Murror:
“To be persuasive we must be believable; to be believable we must be credible

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: