Siapa kena kencing? PAS? Anti-PAS? Anti-hudud? UMNO? Siapa dia anjing dalam isu hudud ini?

Oleh Noraini dan Abang Marzuki FB

Mengikut Perlembagaan, semua urusan undang2 Islam diletakkan di bawah kuasa negeri yang mana Sultan adalah ketua agama
Undang2 yang berkaitan hudud, takzir dan qisas adalah di bawah kuasa negeri, kuasa Sultan

Kelantan sudah wujudkan EJKS2 (termasuk hudud, takzir, dan qisas) dalam undang2 tubuh negeri Kelantan pada 1993 sebagai syarat untuk laksana hukum Islam di peringkat negeri

Negeri Terengganu juga sudah wujudkan EJKS2 dalam undang2 negeri semasa PAS perintah Terengganu sekejap pada tahun 2002

Negeri-negeri bawah BN termasuk negeri Perlis yang muftinya Dr Maza selalu bising dan meroyan dalam bab hudud belum lagi wujudkan EJKS2 (termasuk hudud, takzir, dan qisas).

Bagi laksana undang2 Islam di peringkat negeri, kuasa mahkamah syariah perlu dipinda, dan dilebarluaskan kuasa mahkamah syariah negeri. Pindaan ini ialah RUU 353 Inilah yang hendak di bawa ke Parllimen.Pindaan ini tidak menyebut tentang hudud. Rupanya puak2 anti-PAS, anti-ulamak, anti-hudud, anti-RUU sudah dikencingkan oleh propaganda palsu The Malaysian Insider, Malaysiakini, Utusan Meloya dan media sosial sekularis kononnya RUU iatu adalah pindaan hukum hudud!.

UMNO cuba tunjuk baik mahu laksana undang2 Islam di Kelantan dan sokong EJKS2 digazetkan pada awal tahun 2015 dalam sidang DUN. Mungkin UMNO terpaksa sokong kerana tidak mahu dilihat menentang hudud. Setelah diluluskan di sidang DUN Kelantan yang disokong oleh UMNO, Sultan Kelantan telah tandatangan EJKS2 untuk digazetkan.

Kemudian UMNO menawarkan kepada Kelantan untuk menyediakan JK Teknikal Hudud.(kononnya mahu bantu Kelantan dan sokong Kelantan/PAS bawa pindaan ke Parlimen dan UMNO janji akan sokong. PAS tahu permainan UMNO dengan “sokongan dan janji mereka” terhadap pindaan RUU ini yang akan membawa kepada pelaksaan EJKS2. Di peringkat ini, puak2 anti-PAS, anti-ulamak, anti-hudud, anti-RUU serta DAP dan PKR mendakwa PAS bekerjasama dengan UMNO, PAS nak masuk UMNO dan PAS nak bergabung dengan UMNO sedangkan apa yang berlaku ialah urusan G2G (goverment to government), antara kerajaan Kelanran dan kerajaan Pusat, bukannnya urusan party-to-party. Jelas jahatnya puak2 anti-PAS, anti-ulamak, anti-hudud, anti-RUU yang memutar belit isu ini lalu mefreka menyerang Presiden PAS dan Kelantan. Malah ada ADUN PAS di Kelantan yang turut sama menyerang Presiden dan berusaha menggulingkan Presiden PAS.

PAS tahu bahawa tidak pernah dalam sejarah pindaan Perlembagaan Malaysia berlaku cadangan pindaan dikemukakan oleh parti pembangkang. Semua pindaan mesti dibuat oleh ahli Parlimen dari parti pemerintah iaitu (BN-UMNO). Di sini PAS tahu UMNO arif yang PAS akan gagal bawa ke Parlimen. PAS tahu kalau PAS bawa pun cadangan pindaan ini, UMNO akan tangguhkan pembentangan pindaan ini atas alasan teknikal bahawa cadangan pindaan dari pembangkang hanya boleh dibuat setelah SEMUA senarai cadangan dan agenda pemerintah didahulukan dan diselesaikan. Ini bermakna parti pembangkang tidak akan berpeluang “SAMPAI kiamat” selagi mana senarai agenda BN belum selesai dibahas dalam sidang Parlimen. Di sinlah hujah puak2 anti-PAS, anti-RUU, anti-hudud PAS kena kencing dengan UMNO. Benarkan hujah mereka?

Apabila Kelantan yang mewakilkan Presiden PAS serahkan cadangan pindaan RUU 353 kepada Parlimen, tiba-tiba Speaker Parlimen menerima cadangan pindaan itu dan memasukkannya dalam senarai pembentangan di Parllimen pada bulan Mac lalu. Ini adalah sejarah besar dalam negara kerana hal ini tidak pernah berlaku. Ini yang membuatkan Mahathir marah pada Speaker Parlimen sehingga mendesak Speaker Parlimen letak jawatan. Puak2 anti-PAS, anti-RUU, anti-hudud PAS terkejut cadangan pindaan ini berjaya dimasukkan dalam senarai untuk dibahaskan di Parlimen. Nah, siapa kena kencing dengan UMNO? PAS atau puak2 anti-PAS, anti-RUU, anti-hudud PAS?

DAP, MCA, dan GERAKAN berkempen agar cadangan pindaan RUU tidak dibentangkan. Mereka terang-terang cuba menghalang usaha ini. Ada pihak mengatakan mereka bersatu dalam bab ini atas nama rasis dan sentimen anti-Islam.

Dua sidang Parlimen telah berlalu PAS masih belum dibenarkan lagi membentang cadangan pindaan RUU itu. Bagi puak2 puak2 anti-PAS, anti-RUU, anti-hudud PAS, UMNO akan terus mainkan PAS supaya PAS tak boleh bentang cadanganpindaaan RUU 353 ini. PAS tahu, PAS arif dalam permainan UMNO ini di mana UMNO akan lewat-lewatkan pembentangan dan perbahasan pindaan RUU ini. Hakikatnya PAS telah berjaya menyepit UMNO dalam isu ini. UMNO sudah terasa tertekan. PAS telah beri tempoh pada UMNO hingga Oktober ini untuk urusan pembentangan ini, dan jika UMNO gagal buka laluan di Parlimen untuk pembentangan ini, sebagaimana UMNO berjanji (janji betul atau tipu muslihat), maka PAS akan isytihar “perang” atas UMNO. Sekarang siapa kena kencing? UMNO dan puak anti-PAS dan anti-hudud? Atau UMNO sahaja?

Seharusnya orang PAS, orang mukmin, dan orang Muslim dalam negara ini samada ada ada parti atau tidak boleh berdoa agar usaha murni PAS dalam memartabatkan undang-undang Islam melalui EJSK2 sebagai permulaan kepada pelaksanaan hukum Islam ini berjaya. Sebaliknya ada orang PAS (kerana emosi bersama DAP dan PKR) telah mempelekeh malah cuba menghalang usaha PAS bawa cadangan pindaan RUU 353 ini. Mereka mengutuk PAS. Mereka berdaleh dengan 1001 alasan termasuk alasan maqasid syariah versi sekularis mereka untuk menghalang usaha ini. Jelaslah kemunafikan mereka, Allah melabelkan manusia yang mendustkan ayat-ayat Allah seperti anjing. “Dan kalau Kami Menghendaki sesunggunya Kami Tinggikan derjatnya dengan ayat-ayat itu, tetapi dia cenderung kepada dunia dan menurutkan hawa nafsunya yang rendah, maka perumpamaannya seperti anjing jika kamu menghalaunya dihulurkan lidah dan jika kamu biarkannya dia menghulurkan lidahnya juga. Demikian itulah perumpamaan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Cerita-cerita demikian bermaksud agar manusia memikirkannya.” (al-A’raf, 7: 176)

Manakal rakan dalam Pakatan Rakyat, DAP dan PKR sepatutnya menyokong usaha PAS dalam hal maaruf ini dan pindaan ini hanya untuk orang Islam di Kelantan sahaja, bukan untuk orang bukan Islam dan bukan untuk negeri lain dari Kelantan. Oleh itu, mengapa mereka tidak menyokong? Malah mengapa mereka cuba halang? Apakah mereka ada agenda permusuhah terhadap PAS atau terhadap Islam?

Kini kita boleh lihat siapa sebenarnya kena kencing? UMNO? Atau UMNO kecing puak2 anti-PAS, anti-hudud, anti-RUU? akibat terperangkan dengan permainan UMNO yang selamanya menipu dan berpura-pura baik mahu menyokong usaha pindaan RUU 353 ini

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: