TULISAN MAJALAH MUJTAMA’ TAHUN 2007 MENDEDAHKAN RANCANGAN AMERIKA MEMPERBANYAKKAN KUMPULAN ISLAM DI MALAYSIA. 

Zaharudin Muhammad

Sila rujuk teks asal dalam bahasa Arab di majalah مجتمع bertarikh 5/5/2007. 

Ketetapan RAND terkini: 

Selepas pengeboman 11 september 2001 masehi, satu rangka strategi keamanan nasional Amerika telah disempurnakan pada tahun 2002 masehi yang menggariskan “punca ancaman yang mengancam keselamatan Amerika Syarikat dan cara-cara mengatasinya”. Rangka strategi ini menekankan berkenaan “faktor-faktor suasana dalaman negara-negara lain yang diktator, terutamanya dunia arab dan dunia Islam yang menghalakan keekstreman dan kebencian terhadap Amerika Syarikat. Oleh kerana itu, Presiden Amerika Syarikat yang akan datang mestilah menumpukan perhatian kepada ‘agenda pembebasan’ atau dikenali sebagai ‘strategi sebar dan mewajibkan perlaksanaan demokrasi’ ke atas dunia Islam. 

Strategi ini mengandungi pengaktifan pusat-pusat kajian kelolaan Amerika Syarikat di dalam meletakkan pelbagai gambaran terhadap cara-cara berurusan dengan dunia Islam. Pusat kajian kelolaan angkatan tentera udara Amerika Syarikat yang dikenali sebagai R.A.N.D. adalah antara pusat kajian yang paling menonjol di Amerika Syarikat justeru pihak Rumah Putih merealisasikan nasihat-nasihat yang dikemukakan oleh pusat kajian RAND terutamanya penyelidikan yang dikemukakan sekitar tahun 2003-2004 masehi yang menasihati pihak pentadbiran Amerika Syarikat supaya membezakan orang-orang islam yang ekstrem dan sederhana di dalam menentukan sikap Amerika Syarikat terhadap Negara islam. 

Di samping itu pula, berikutan kejayaan aliran-aliran islam yang labelkan sebagai ekstrem oleh pihak Washinton di dalam pilihanraya-pilihanraya negara Arab, (seperti ikhwan di Mesir dan Hamas di Palestin) dan terancamnya golongan Sekular Liberal serta kegagalan memecahkan umat islam kepada ekstrem dan sederhana bagi kepentingan Amerika membawa kepada perubahan strategi perancangan Amerika Syarikat itu sendiri serta penilaian semula terhadap anggapan semua orang-orang islam adalah musuh di samping musuh komunis yang sebelum ini diperangi oleh Washinton di zaman perang dingin. 

Titik perubahan terhadap orang islam.

Dari sini tersimpan ketetapan baru hasil kajian yang dikemukakan oleh pusat kajian RAND pada 26 Mac 2007 tanpa diketahui oleh pihak pemberita sebagaimana biasa dan di tengah-tengah suasana yang meragukan. Ketetapan tersebut berbunyi : “Networks Building Moderate Muslim” yang bermaksud “rangkaian membina Muslim yang sederhana”. Ia ditulis oleh Sr. Bernard (isteri kepada Zelmai Khalil, duta Amerika ke Iraq dan PBB) dan Angel Rabasa (salah seorang pekerja di Kementerian Pertahanan dan Kementerian Luar Amerika Syarikat) dan juga penyelidik-penyelidik lain. 

Sebelum ini mereka menulis tentang cara-cara mempengaruhi golongan berfahaman islam dan sekarang ini masih lagi memperkatakan tentang orang-orang islam ..…. Oleh itu, ketetapan berada di tahap noktah perubahan berkenaan strategi bertindak Amerika Syarikat terhadap dunia islam. 

Sedari awal lagi, ia menggariskan dengan jelas bahawa di sana perlunya serangan pemikiran dan pertembungan dunia islam secara keseluruhan dengan dunia barat, di ketengahkan gambaran berkenaan pemindahan tabiat berhadapan ke dalam negara islam. Dan islam itu sendiri dibina semula sebagai satu bentuk pemikiran sebagaimana pemikiran komunis bertepatan dengan gambaran mereka. Ia direalisasikan melalui bentuk perang dingin yang baru dan dengan kerjasama rangkaian yang mengandungi orang-orang islam liberal dan sekular (yang tidak percaya kepada peranan syariat islam). Dengan harapan supaya mereka menjadi agen kepada barat. Bantuan kepada mereka perlu dialirkan melalui yayasan-yayasan Amerika yang mengawal peperangan ini pada masa hadapan sebagaimana yang dilakukan oleh rangkaian liberal yang telah menghancurkan komunis daripada dalam!! Ini kerana, seorang penkaji dan penganalisis bernama Sr. Benard yang bertugas di bahagian Keselamatan Nasional Amerika di Pusat Kajian RAND terdahulu telah menulis satu tulisan strategi yang lain pada tahun 2003 masehi dengan tajuk : “Islam Madani Demokrasi : sekutu, sumber dan strategi”. tulisan ini adalah satu kajian Amerika mengenai aliran pemikiran islam moden sebagai satu arahan praktikal bagi penggubal ketetapan Amerika berkenaan cara-cara menghentam aliran pemikiran islam asal yang ekstrem. Kajian ini juga bertujuan memberikan sumbangan dan semangat kepada apa yang mereka namakan sebagai “aliran islam sekular moden”. Lanjutan itu, pada tahun 2007 masehi telah disiapkan satu tulisan sebagai satu ketetapan siap yang hanya menunggu kelulusan rasmi daripada daripada kerajaan Amerika Syarikat. 

CIPTAAN MUSUH.

Adapun bahaya daripada kajian terakhir yang dikemukakan kepada pentadbiran Bush yang hanya menunggu perlaksanannya secepat mungkin ialah berkenaan dunia islam sebagai musuh rasmi baru yang sebenar bagi negara Amerika dan barat. Kajian ini juga telah meletakkan strategi berurusan dengan bahaya islam ini. Ia juga mengandungi cara-cara perobekan islam daripada dalam melalui orang-orang islam sendiri yang terdiri daripada pembantu-pembantu aliran sekular liberal dari kalangan pemikir dan golongan akademik sehingga sampai ke tahap kerjasama antara golongan kiri dan sosialis sekular bagi menjauhi kerjasama dengan mana-mana aliran islam sama ada sederhana (seperti gerakan islam yang menggunakan pendekatan piliharaya) atau ekstrem (seperti gerakan islam yang mengangkat senjata) . sebagaimana yang dinyatakan di dalam kandungan rancangan ini. 

PERJANJIAN.

Perjanjian strategi yang setebal 218 muka surat yang diperolehi oleh pihak akhbar Mujtama’ tidak memadai setakat penggarisan rancangan yang dinamakan sebagai “pelan perancangan” bagi berhadapan dengan pemikiran islam yang berasaskan kepada syariat islam, tetapi strategi ini juga menggariskan pihak-pihak yang perlu diminta kerjasama oleh pihak Washinton di dalam peperangan di dalam Negara islam itu sendiri yang terdiri daripada golongan sekular liberal sehingga ke tahap menyenaraikan cadangan nama-nama pertubuhan-pertubuhan, individu-individu di kalangan arab, eropah dan asia sebagai contoh bagi anasir-anasir “sederhana” menurut pandangan Amerika. 

Kertas ini mengandungi 10 fasa : Pertamanya ialah mukadimah yang menegaskan bahawa punca permasalahan antara Negara eropah dan Negara islam ialah serangan pemikiran atau pendirian yang berasaskan akidah. Fasa kedua pula membicarakan berkenaan percubaan perang dingin dengan Negara komunis sebagai model yang baik bagi berhadapan dengan musuh yang baru (islam). Fasa ketiga pula memfokuskan berkenaan perbandingan antara perang dingin dan cabaran dunia sekarang. Fasa keempat berkisar berkenaan usaha kerajaan Amerika “menghentikan perkembangan golongan radikal”. 

Fasa kelima adalah fasa yang terpenting justeru ia menggariskan ‘pelan perancangan’bagi pembinaan rangkaian sederhana di dalam dunia islam. Kandungan fasa keenam dan ketujuh secara berturut-turut memfokuskan percubaan eropah dan asia sebagai model bagi orang-orang islam sederhana yang bersifat liberal yang berkemungkinan boleh menjadi penyumbang bagi ‘rangkaian sederhana dari perspektif Amerika’. Sedangkan fasa ke lapan pula memfokuskan timur tengah manakala fasa ke sembilan pula memfokuskan apa yang dinamakan sebagai peranan orang-orang islam liberal (secular muslims) di dalam ‘peperangan pemikiran’ bagi memutuskan apakah tindakan-tindakan muktamad yang berkaitan kawalan terhadap pertembungan dengan dunia islam melalui rangkaian sekular ‘sederhana’. 

Kajian ini bertitik tolak daripada penetapan asas yang sumbernya diambil daripada pertembungan dengan dunia islam akibat pertembungan pemikiran. Cabaran utama yagn dihadapi oleh barat ialah apabila Negara-negara islam berhadapan dengan penerusan jihad oleh pihak islam tulen atau dunia islam menjadi mangsa keganasan dan tiada toleransi (yang dimaksudkan ialah islam kerana pada tanggapan mereka islam tidak bertoleransi dan bersikap ganas). Penetapan ini bergantung kepada dua faktor utama; Pertama : Sekalipun bilangan golongan radikal islam adalah sedikit di dalam dunia islam, tetapi mereka sangat berjaya, berkesan dan menjangkau seluruh benua yang didiami oleh islam sama ada di eropah atau Amerika Selatan. Keduanya: kelemahan aliran pemikiran ‘islam sederhana dan liberal’ yang tidak memiliki rangkaian yang luas di peringkat dunia sebagaimana yang dimiliki oleh golongan Islam tulen. 

Dari sini, kajian ini mendorong kepada perlunya Amerika menolong golongan ‘islam sederhana’ untuk pembinaan rangkaian yang luas. Kajian ini juga mendorong kepada perlunya juga Amerika memberikan bantuan material dan maknawi bagi membina benteng pertahanan bagi menghadapi rangkaian islam tulen. Adapun wasilah bantuan Amerika, ia berupa pelan perancangan yang membolehkan Amerika Syarikat membina pelbagai rangkaian bantuan bagi membina generasi ‘islam sederhana’ yang menerusi mereka menjadikan Amerika Syarikat mampu berhadapan dengan golongan ‘islam tulen’. Di samping rangkaian ini yang telah sempurna pembinaannya semasa percubaan perang dingin dengan Soviet Union bagi mengasah ketajaman Liberalism bagi berhadapan dengan komunis. Ini kerana golongan ekstremis islam’ (iaitu islam tulen) pada pandangan kajian ini mempunyai dua bentuk ciri perbezaan berbanding golongan ‘Islam Sederhana yang liberal, iaitu harta dan organisasi. Ia memaksudkan pembinaan rangkaian dan organisasi yang luas disamping kelemahan peralatan yang dipunyai oleh golongan ‘islam liberal’ sebagaimana menurut pandangan Amerika. Di sini ia memerlukan kepada ciptaan dan pembinaan baru rangkaian islam sederhana yang mampu berhadapan dengan golongan ‘ekstremis islam’ (golongan pejuan islam yang tulen) dan mengulangi mencipta islam dengan gambarannya yang tidak mengancam barat. 

SIAPAKAH MEREKA MUSLIM LIBERAL SEKULAR?

Kunci bagi menghilangkan kekaburan dokumen jahat ini terkandung di dalam definisi ‘sederhana’ atau definisi ‘kesederhanaan’ dari sudut pandangan Amerika. Antara yang membolehkan mengenali golongan muslim liberal ini yang Amerika Syarikat berusaha untuk bekerjasama dengannya serta membina rangkaian khas untuk membantunya dalam bentuk harta, pemberitaan, organisasi dan semangat. Golongan ‘sederhana ala Amerika’ ialah : seseorang yang berketurunan islam yang bersifat sekular (melihat islam tidak perlu campur dalam urusan hidup) liberal (masing-masing berhak bercakap perihal islam yang sekalipun dalam bentuk yang spesifik) yang menolak kewajaran berhukum dengan syariat islam. Ia juga percaya dengan fahaman kebebasan wanita memilih pasangan hidup tanpa bersuami serta hak golongan minoriti agama untuk menjawat jawatan tertinggi di dalam negara yang majoritinya adalah orang islam. Golongan ini juga bersifat menentang ulama. Ia juga menyebut bahawa golongan penyokong “aliran taklid agama” dan “golongan beraliran sufi agama” dimana dokumen itu menyifatkannya sebagai aliran yang boleh menerima solat di atas kubur !. Bagi tujuan ini, kajian ini mencadangkan istilah ‘seruan sekular’ (iaitu memisahkan politik dan agama melalui serapan fahaman ketidak layakan syariat menjadi hukum dan peraturan). Dokumen ini juga boleh memberikan gambaran utama yang membolehkan kita mengenali siapakah golongan ‘muslim sederhana’, antara gambaran itu ialah : 

1. hanya menerima demokrasi barat sahaja yang bukan menapis serta memilih demokrasi yang hanya bertepatan dengan prinsip islam. Khususnya prinsip syura yang dikatakan mempunyai ciri persamaan dengan demokrasi. kepercayaan kepada demokrasi difahami dengan bentuk menolak pemikiran negara islam yang diperintah oleh golongan agama sebagaimana Iran. 

2. Menerima sumber-sumber tanpa taksub dengan sumber-sumber lain bagi penggubalan undang-undang kecuali sumber daripada syariat islam kerana penafsiran syariat mengikut cara asal (sebagaimana yang digariskan oleh ulama-ulama seperti penafsiran al-quran hanyalah layak bagi mereka yang mempunyai syarat-syaratnya) tidak sesuai dengan prinsip demokrasi serta tidak menghormati hak asasi kemanusiaan. 

3. menghormati hak-hak wanita dan minoriti agama. Ia bermaksud golongan ‘islam sederhana menurut acuan Amerika’ menolak apa yang dinamakan ‘kedudukan perbezaan wanita dan golongan minoriti sebagaimana menurut Al-Quran’ dan ia juga membuat kajian semula berkenaannya memandangkan perbezaan suasana semasa berbanding apa yang wujud di zaman nabi saw. 

ACUAN AMERIKA. 

Dokumen ini juga meletakkan garis ukuran Amerika Syarikat bagi menentukan kesesuaian jemaah ‘islam sederhana’ yang akan dijalinkan kerjasama oleh Amerika Syarikat bagi berhadapan dengan golongan ‘ekstremis islam’. Garis ukuran ini sebagaimana berikut: 

1. Adakah jemaah ini tidak mengambil hirau terhadap keganasan atau ia sendiri melakukannya? Jika ia mengambil hirau terhadap keganasan, adakah ia telah melakukannya juga pada masa lampau? 

2. Adakah kumpulan ini menyokong demokrasi dengan anggapan ianya adalah salah satu hak di antara hak-hak asasi kemanusian?

3. Adakah kumpulan ini menghormati keseluruhan perundangan dan penggubalan negara bagi melindungi hak-hak asasi kemanusian (antaranya ialah hak-hak golongan gay sebagai contoh)?

4. Adakah kumpulan ini mempunyai apa-apa pengecualian di dalam menghormati hak-hak asasi manusia (seperti kebebesan agama sebagai contoh)? 

5. Adakah kumpulan ini percaya bahawa penukaran agama adalah salah satu hak asasi manusia. 

6. Adakah kumpulan ini percaya kepada perlunya negara melaksanakan undang-undang jenayah (hudud) yang bertepatan dengan syariat islam? 

7. Adakah kumpulan ini percaya kepada perlunya negara menguatkuasakan undang-undang sivil yang selari dengan syariat islam? Adakah kumpulan ini juga percaya peraian hak-hak golongan lain sehingga beranggapan undang-undang islam ini tidak sesuai dilaksanakan dan merasa perlu kepada hidup di dalam suasana undang-undang sekular (kerana meraikan hak-hak golongan bukan islam)? 

8. Adakah kumpulan ini percaya kepada pentingnya golongan minoriti agama memperolehi apa yang diperolehi golongan majoriti agama? 

9. Adakah kumpulan ini percaya bahawa golongan minoriti agama juga berhak untuk memainkan peranan ibadat khusus mereka di negara islam? 

10. Adakah kumpulan ini percaya bahawa sistem perundangan perlu ditegakkan di atas prinsip-prinsip agama? 

Oleh itu, awasilah masjid dan ambil beratlah terhadap media!!!

Apa yang diperhatikan di sini ialah, dokumen ini mengandungi amaran yang serius terhadap peranan masjid sebagai satu-satunya medan bagi pembangkang yang berdasarkan syariat, atau masjid juga boleh dianggap sebagai simbol yang berlawanan dengan seruan ciptaan “Islam sederhana” yang tidak beriman dengan mana-mana peranan syariat. Oleh itu, dokumen ini menyeru supaya dibantu “pendakwah yang bekerja di luar masjid”. Dokumen ini juga memfokuskan berkenaan peranan berita dan alat-alat perhubungan moden sebagai “chanel bebas” untuk memasuki pemikiran islam serta menguasainya bagi mencipta rangkaian “islam sederhana”.

Dokumen ini juga memfokuskan berkenaan kepentingan mewujudkan yayasan-yayasan khidmat muslim sekular yang sederhana bagi memberikan khidmat yang sama sebagaimana yang diberikan oleh golongan islam pelampau, sama ada khidmat menyelamat, perubatan, rawatan, rombongan bantuan tawanan, bantuan janda-janda, kanak-kanak, gadis-gadis yatim bagi memperkenalkan ‘kesederhanaan’ pada khidmat yang diberikan serta menarik basat daripada bawah kaki mereka bagi kebaikan pemikiran sekular muslim baru. 

Sahabat-sahabat dan pekerja-pekerja yang sederhana!

Yang paling ganjilnya ialah dokumen ini tidak berhati-hati dan tidak bimbang kepada terhadap individu-individu yang diberikan ruangan bercakap seluas-luasnya 

Menyentuh berkenaan sekutu, dokumen ini menggariskan ciri-ciri individu yang berada di dalam masyarakat yang akan membentuk batu asas bagi rangkaian yang dicadangkan yang sepatutnya diberikan keutamaan: 

1. Golongan akademik dan berpendidikan dari kalangan orang islam liberal dan sekular. 

2. Golongan agama yang terdiri daripada pemuda sederhana (yang bergiat diluar masjid). 

3. Aktivis masyarakat. Kumpulan-kumpulan yang mengambil berat tentang isu perempuan yang menyertai kempen untuk menuntut hak persamaan antara lelaki dan perempuan. 

5. Para wartawan dan penulis-penulis yang sederhana. 

Di samping ini, dokumen ini juga mendedahkan rancangan yang menggunakan nama yayasan-yayasan dan individu-individu arab, asia, eropah yang beragama islam sederhana. Perhubungan lebih erat dicadangkan supaya dijalinkan sebahagian besarnya di asia tenggara (Malaysia, Singapura, Turki dan Indonesi) di samping yayasan-yayasan dan pertubuhan islam di Eropah dan ketiganya termasuk dunia arab itu sendiri khususnya Lubnan, Tunis dan sebahagian negara teluk. Mereka mempunyai pemikiran Liberal Sekular yang bebas dan bersikap kontra dengan islam yang tulen. Berkemungkinan golongan ini boleh memainkan peranan di dalam rangkaian Amerika Sederhana ini. 

GOLONGAN ISLAM MENOLAK.

Akhirnya, dokumen ini menerangkan keupayaan kerjasama dengan semua golongan yang tidak islam seperti golongan sekular, golongan liberal, golongan berhaluan kiri dan golongan sosialis sebaliknya menolak kerjasama dengan golongan islam untuk menyertai rangkaian sederhana kerana golongan islam ini akan mendedahkannya atau mengambil manfaat daripadanya. 

Dalam masa yang sama sebagaimana menurut dokumen ini, golongan islam hakiki ini boleh menerima kepelbagaian parti dan hak-hak perempuan. Mereka memainkan peranan penting di dalam menolak golongan ekstremis agama. Mereka membentuk alternatif sebenar (bagi kerajaan sedia ada). Oleh itu, sepastinya mereka akan menguasai percakapan berkenaan demokrasi bagi merealisasikan matlamat untuk sampai kepada kerusi pemerintahan sebagaimana menurut golongan yang menentang penyertaan golongan islam sebenar di dalam rangkaian ini. Sebagaimana mereka juga mengambil faedah pada masa depan dengan berjaya mendapat kepercayaan yang besar daripada rakyat disebabkan mereka juga adalah golongan demokrasi. Ini akan membawa peningkatan kepada peranan mereka dan perkembangan dakwah mereka. Sebalikna golongan aliran sekular yang menjadi tonggak kepada rangkaian islam sederhana ala Amerika akan menjadi lemah. Oleh itu, dokumen ini menasihatkan pentadbiran Amerika Syarikat supaya tidak menjalinkan hubungan kerjasama dengan golongan islam hakiki. 

Tamat terjemahan. 

Gambar: Muka depan majalah mujtamak yang menyiarkan rancangan Rand Corporation terhadap negara-negara islam. Malaysia ada disebut

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: