Catatan Pasca Muktamar: Infiru Khifafan wa Tsiqalan!

“Catatan Ramadan 1436H: Komentar Saya Tentang Gerakan Harapan Baru”

Oleh: Mukhtar Suhaili As-Sarawaki
26 Ramadan 1436H = 13 Julai 2015

1. Alhamdulilllah, barangsiapa yang diberi petunjuk oleh Allah maka tidak ada siapa yang mampu menyesatkannya dan barangsiapa yang disesatkan oleh Allah maka tidak ada sesiapa yang mampu memberi hidayah kepadanya.

2. Perkembangan politik menarik hari ini 13 Julai 2015 ialah pelancaran Gerakan Harapan Baru (GHB) yang dibuat di Vistana Hotel Kuala Lumpur. Rumah yang saya diami sekarang ialah di Titiwangsa Sentral Condo iaitu bersebelahan dengan Vistana Hotel, tapi saya tidak hadir dan tidak berminat untuk turut serta! 🙂

3. GHB digerakkan dan didokongi oleh majoriti mereka yang kalah pemilihan pimpinan dalam Mukmamar Tahunan PAS Pusat dan Dewan-dewan baru-baru ini. Pengerusi GHB ialah Tuan Haji Mohamad Sabu (mantan Timbalan Presiden PAS) dan Timbalan Pengerusi GHB ialah Tuan Haji Salahudin Ayub (mantan Naib Presiden PAS).

4. Apabila saya menerima gambar pelancaran GHB  tersebut melalui applikasi WhatsApp, saya telah menghantar mesej kepada Pengerusi dan Timbalan Pengerusi GHB. Sehingga catatan ini ditulis, saya masih belum menerima balasan kepada mesej-mesej tersebut.

5. Kepada Tuan Haji Mohamad Sabu, saya hantarkan mesej:

“Hj Mohamad Sabu dalam banyak ceramah selalu sebut, dan ana akan sentiasa ingat: “Kita ni hendaklah sentiasa istiqamah. Dulu Ustaz Nakhaie Ahmad, bekas Naib Presiden PAS dan dialah yang buat silibus dan manhaj tarbiyah PAS serta menulis buku tentang Istiqamah, akhirnya dia keluar PAS dan masuk UMNO”.

Hari ni Abang Mad, mantan Timbalan Presiden PAS sendiri keluar PAS dan tubuh parti baru! Sungguh ironi..

Semoga kita semua terus #BeristiqamahHinggaKemenangan! Aamiin.

#KekalBersamaPAS”

6. Kepada Tuan Haji Salahudin Ayub saya hantar foto kenangan ketika saya menjemput beliau merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-6 PAS Kawasan Miri pada 11 April yang lalu. Saya turut menyertakan snapshot catatan tangan saya tentang isi-isi ucapan beliau.

7. Kepada beliau saya hantarkan mesej:

“Nota catatan tangan ana semasa anta merasmikan AGM PAS Kawasan Miri.

Anta sebut dan ana akan pegang sebagai pedoman perjuangan: “Hanya mereka yang istiqamah akan kekal dalam PAS”.

Anta juga sebut: “Istiqamah penting sebab perjuangan payah, semua zaman ada ujian”.”

8. Saya memilih untuk bersama PAS kerana Dasar PAS ialah ISLAM, Seruan PAS ialah ALLAHU AKBAR dan tujuannya ialah untuk memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah serta mempertahan kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara sepertimana yang termaktub di dalam Perlembagaannya.

9. Dan sehingga hari ini PAS kekal dengan dasar, seruan dan tujuan ini. Maka tiada keperluan kepada GHB di Malaysia!

10. Sama-samalah kita berdoa, “Ya Allah, Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah imanku, hatiku agar tetap dalam perjuangan Islam melalui wadah PAS ini”. Allahumma Aamiin.

11. Semoga kita semua terus beristiqamah. Semoga Allah sentiasa memberikan taufiq dan hidayahNya dalam perjuangan memartabatkan Islam di Malaysia melalui wasilah PAS.

Baca juga  Catatan Pasca Muktamar: Infiru Khifafan wa Tsiqalan! | Muhtar Suhaili As-Sarawaki – https://muhtarsuhaili.wordpress.com/2015/06/11/catatan-pasca-muktamar-infiru-khifafan-wa-tsiqalan/#more-5403

#BeristiqamahHinggaKemenangan

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: