GHB Sila letak jawatan dalam PAA dan selamat jalan

Letak Jawatan Elak Pendapatan Syubhah Sebagai Simbol Amanah dan Integriti , Usah Salahguna Aset Derma Ikhlas Ahli PAS

Oleh : wartawan media DUPP

Kuala Lumpur, 15hb Julai 2015 – Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat , Dato Dr Mahfodz Mohamad berharap kepada rakan-rakan yang berhasrat untuk berhijrah meninggalkan PAS agar bersikap amanah kepada Allah dan berintergriti.

Beliau menegaskan demikian dalam salah satu kenyataan ringkas pada awal pagi ramadhan yang ke 28 tadi yang disampaikan kepada pihak kami.

” Kepada rakan-rakan yg nak berhijrah ke wadah baru ( GHB) ana ( saya ) ucapkan selamat jalan dan semoga berjaya dalam wadah baru itu” ujar beliau merujuk kepada kepada bekas pemimpin PAS yang dikatakan kecewa dengan keputusan pemilihan muktamar yang lepas.

Beliau juga turut menyeru pemimpin terbabit agar melepaskan jawatan secara terhormat sebagai lambang amanah dan integriti.

” Ana (saya)  juga berharap sahabat-sahabat dapat tinggalkan PAS dengan cara terhormat iaitu dengan meletakkan semua jawatan dalam PAS kerana tidak ada maknanya sebagai ahli PAS tetapi masih berkempen mengajak ahli-ahli PAS supaya tinggalkan Parti Islam SeMalaysia PAS dan berpindah ke wadah baru ” ujar beliau lagi.

Menurut beliau lagi , sebagai seorang Islam golongan yang tidak berpuas hati dengan  keputusan pemilihan yang lepas hendaklah mengamalkan sifat amanah dan berintegriti sepertimana yang dianjurkan oleh junjungan besar Rasululllah s.a.w terutamanya pada bulan Ramadhan yang mulia ini.

” Sahabat-sahabat bebas untuk berpindah ke wadah baru tetapi janganlah gunakan markas-markas dan  premis-premis PAS  untuk kepentingan wadah baru kerana markas dan premis itu bukan kepunyaan individu walaupun  memegang jawatan Ydp/Tydp/Nydp dan lain-lain kerana aset-aset itu adalah kepunyaan jemaah PAS. Sebagai muslim dan muslimah  mestilah bersifat amanah dan berintegriti ”

Beliau turut menasihatkan supaya semua Ahli Parlimen dan Adun yang menang di atas  penat jerih sumbangan ahli bawahan PAS agar meletakkan jawatan untuk mengelakkan pendapatan yang syubhah yang akhirnya memberikan kesan kepada ketenangan hidup seseorang di dunia dan akhirat.

” Seruan ana (saya) kepada wakil rakyat di Parlimen dan Dun secara jujur dan ikhlas supaya sahabat-sahabat meletak jawatan  kerana tuan-puan adalah wakil rakyat bukan wakil Dap mahupun GHB … ”

” … jangan tuan puan lupa  dengan sokongan ahli-ahli PAS  yang berkerja keras siang dan malam serta wang ringgit  yang disumbangkan bagi memenangkan anda selaku wakil rakyat PAS maka kerjaya kamu sebagai Ahli Parlimen dan  Adun  bukan hasil titik peluh kamu sendiri tetapi hasil sokongan dan dokongan daripada semua pihak daripada Tuan Guru Presiden dan pimpinan tertinggi parti dan seluruh  ahli-ahli PAS 

” .. dan untuk  mengelakkan daripada pendapatan yang syubhat maka dengan penuh  jujur dan ikhlas  saya menyeru kepada sahabat-sahabat Ahli Parlimen dan ADUN agar meletakkan jawatan masing-masing semoga hidup  sejahtera di dunia dan akhirat kerana bersifat amanah dan integriti” tambah beliau lagi.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: