QARADAWI DOAKAN PRESIDEN PAS PIMPIN KEMENANGAN BESAR

Kuala Lumpur, 17hb Julai 2015. Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru  Abdul Hadi Awang semalam menerima ucapan Hari Raya Aidil Fitri daripada Presiden Kesatuan Ulamak Sedunia Dr Yusuf Al-Qaradawi.

Dalam ucapan tersebut, Presiden kepada Kesatuan Ulamak  Sedunia itu juga turut meletakkan harapan yang tinggi kepada Presiden PAS untuk mengemudi bahtera perubahan umat Islam dan rakyat Malaysia secara khususnya.

“Kita merafakkan doa kepada Allah agar menjadikan hari raya ini membawa berita gembira yang baik serta dilimpahi keberkatan dan dipermudahkan segala urusan dan diberikan kemenangan kepada pihak tuan dan seluruh umat Islam”, demikian antara petikan ucapan Hari Raya beliau kepada timbalannya, Datuk Seri Tuan Guru Presiden PAS.

Manakala dalam ucapan balas kepada ucapan Qaradawi itu,  Datuk Seri Tuan Guru Presiden turut mendoakan agar Dr Yusuf Al-Qaradawi turut diberikan kesihatan yang berterusan untuk mendoakan agar para pejuang Islam di negara ini sentiasa beristiqamah dalam menggalas amanah perjuangan Islam sehingga memperolehi kemenangan.

Tuan Guru Presiden PAS telah mencatat sejarah penting di rantau Nusantara apabila dilantik sebagai Timbalan Presiden Kesatuan Ulamak Sedunia yang merupakan antara badan tertinggi ulamak di peringkat antarabangsa. Ianya secara tidak lansung mengiktiraf PAS sebagai gerakan Islam terbesar di tanahair ini.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: