Sayonara DAP

Sayonara DAP

Hari ini merupakan suatu tarikh bersejarah dalam PAS apabila MSU akhirnya mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan tahalluf siyasi dengan DAP sementara bersedia untuk mengekalkan tahalluf dengan PKR. Ini bukanlah perkara baharu yang berlaku sepanjang liku – liku perjuangan PAS, malah PAS sudah matang menghadapi situasi begini.

Keputusan MSU dilihat sebagai satu keputusan yang sangat tepat dan kena pada masanya. Ini kerana ekoran segala desakan, ugutan, dan tohmahan yang dilempar oleh pimpinan tertinggi DAP terhadap Presiden PAS yang menggesa agar PAS berhenti daripada membawa agenda hudud. Perkara ini jelas bertentangan dasar & matlamat perjuangan PAS yang ingin membawa nilai nilai hidup serta syariat Islam dalam masyarakat dan pentadbiran negara seperti yang digariskan dalam perlembagaan, fasal 5.

PAS sekali kali tidak akan berkompromi dalam perkara dasar. PAS akan tetap teguh dan istiqomah mempertahankan prinsip Islam sebagai rahmat untuk semua. Ini selari dengan apa yang selalu diucap oleh Datuk Seri Tn Guru Presiden yang menegaskan bahawa perkara dasar PAS sangat berkait rapat dengan aqidah yang bersifat mutlak dan tidak boleh dibahas dalam mana mana perbincangan.

Hal ini bukanlah sekadar termaktub dalam perlembagaan semata mata, tetapi jauh daripada itu apabila sirah nabawiyah sendiri membuktikan tatkala Rasulullah S. A. W berkeras dengan pak ciknya sendiri ketika mahu menyampaikan Islam dalam kota Makkah. Sabda Rasulullah : ‘Wahai pak cik ku, demi Allah jika sekiranya bulan diletakkan di tangan kiriku dan matahari diletakkan di tangan kananku, nescaya aku akan tetap meneruskan risalah ini’. Daripada sirah ini jelas menunjukkan perkara aqidah ialah perkara yang tidak boleh dibawa bertolak ansur.

PAS tidak menafikan bahawa di sebalik keputusan ini,  terdapat segelintir ahli PAS yang berpendapat bahawa hubungan dengan DAP perlu diteruskan atas dasar meraih kemenangan. Tetapi apalah gunanya kemenangan tersebut jika ianya tidak didasari aqidah? Sudah pasti redha Allah jauh dari kemenangan tersebut. Timbul pula desas desus yang mengatakan PAS tidak akan menang jika bergerak bersendirian. Menatijahkan perkara tersebut, muncul satu persoalan, apakah PAS sudah tidak lagi menjadikan Al-Quran, Al-Hadis, Ijmak serta qias saya sebagai hukum tertinggi sehingga Allah tidak merahmati &  memberi kemenangan terhadap jemaah ini?

Mungkin ada yang terlupa prinsip tahalluf siyasi PAS. Antara prinsip tersebut ialah hubungan tahalluf mestilah membawa keuntungan kepada islam dan dasar dasar islam dapat dipertahankan serta mempunyai ruang untuk tegakkan syariat islam. Menatijahkan provokasi berterusan DAP terhadap PAS, prinsip ini dilihat sudah tidak boleh diterima DAP lagi.

Justeru, semua ahli PAS diseru agar menerima dan menghormati keputusan ini kerana ianya dibahaskan secara terperinci di peringkat institusi tertinggi dalam PAS. Setiap daripada kita perlu akur kepada MSU kerana integritinya dipelihara Allah S.W.T. Di samping itu, kita juga wajib taat terhadap MSU kerana ianya merupakan salah satu daripada prinsip asas harakah islamiyyah di mana perlu adanya sekumpulan ulama yang membentuk sebuah institusi yang mengawasi setiap tindakan jemaah dalam memacu halatuju jemaah supaya tidak tergelincir daripada perkara dasar dan matlamat perjuangan.

Dewan Pemuda PAS Kawasan Selayang berdiri teguh dan menyokong penuh terhadap keputusan yang diambil MSU berhubung kemelut tahalluf siyasi yang melanda PAS desawarsa ini. Kami juga menyeru kepada seluruh pemuda PAS Malaysia agar menyokong penuh setiap tindakan dan keputusan MSU kerana ingatlah sabda nabi S. A. W : ‘Sesungguhnya Allah dekat bersama orang orang yang bermesyuarat’

Sirru A’la Barokatillah

Istiqomah Hingga Kemenangan

Zamri Bin Ismail
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS
Kawasan Selayang

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: